Mengapa Kualiti Backlink Penting Untuk Blog

http://www.clixfuel.com/wp/wp-content/uploads/2013/06/Penguin-2.0-Low-Quality-Backlinks.png
Kualiti Backlink

Kenapa Kualiti "Backlink" Penting Untuk Blog


Kita rasa ramai yang tau bahawa, Kualiti Backlink sangat penting untuk sesebuah Blog. Backlink yang berkualiti boleh menaikkan PageRank sesebuah Blog. Manakala backlink yang kurang berkualiti boleh merosakkan PageRank sesebuah Blog. Sebelum tu, pada sesiapa yang tak pasti kepentingan PageRank dan apa kaitan dengan Backlink boleh baca artikel ni ya: Kenapa PageRank Penting.

Bila kita bercakap pasal kualiti backlink ada banyak cara untuk mendapatkannya. Ada yang mengunakan webmaster untuk membeli backlink. Tapi you all jangan tak tau, Dalam Google Panda dan juga Penguin World, kuantiti tidak dikira. Yang penting adalah kualiti. Jadi kita perlu tau cara untuk mendapatkan Kualiti backlink kalau nak dapat PR 3,4 atau 5.

Kalau ikutkan tips memang banyak tapi untuk hari ni kita akan kongsi cuma satu tip bagaimana untuk mendapatkan kualiti "Backlinks". Tip ni sebenarnya di tulis oleh blogger favorite kita, bloggertipstricks.comBagi kita tip ni paling senang dan memang selalu you all buat. Cuma mungkin cara yang tak kena.

http://3.bp.blogspot.com/-TKLF5Tkkrd4/UvTd-jndexI/AAAAAAAADgI/tn56A0jQ5Qw/s1600/what-are-high-quality-backlinks-seo.png
Kualiti Backlink

Cara Bagaimana Dapatkan Kualiti Backlink


1. Komen Di Blog Rakan-Rakan Untuk Tingkatkan Backlink


Kebanyakan kita tahu bahawa meninggalkan komen di lain-lain blog adalah kaedah yang terbaik untuk membina backlink. Tapi untuk mendapatkan backlink yang berkualiti pastikan you all tinggalkan komen di Blog-Blog yang mempunyai PR yang tinggi. Kalau blog you all PR nya 0 atau 1, maka you all seharusnya komen di Blog yang mempunyai PR 2 ke atas. Kalau PR Blog you all 2, maka komen harus ditinggalkan di Blog yang mepunyai PR 3 ke atas. 

Pastikan you all ada List Blog-blog yang mempunyai PR yang baik. Sekurang-kurangnya 5 ke10 Blog satu hari. Adalah lebih baik jika Blog tersebut mempunyai niche yang sama dengan blog you all. Sebab tu kalau you all perasan ada blogger-blogger yang terkenal yang mempunyai PR yang tinggi hanya meninggalkan komen didalam kelompok tertentu. Di Blog-blog yang mempunyai PR yang tinggi. Ini untuk menjaga PR blog masing-masing.

2. Keyword Dalam Komen Untuk Tingkatkan Backlink


Apabila meninggalkan komen, pastikan ada keyword dalam komen tersebut. Contohnya you all buat entry mengenai SEO contest. Jika you all join contest ni, komenlah di Blog-blog yang mempunyai PR yang tinggi yang turut bertanding. Bila tinggalkan komen, pastikan perkatan SEO contest ada didalamnya. Jangan tinggalkan komen seperti nice enrty, good luck atau apa-apa ajelah yang tak ada kena mengena dengan isi kandungan entry tersebut. Boleh baca lebih details lagi di: Cara Bina Backlinks Dengan Kata Kunci

3. Komen Di Artikel PR Tinggi Untuk Tingkatkan Backlink


Selain daripada tinggalkan komen di Blog-Blog Yang PRnya tinggi, komen juga seharusnya ditinggalkan di artikel-artikel yang mempunyai PR yang tinggi. Artikel yang mempunyai PR yang tinggi, selalunya berada di muka pertama carian Google. So bila you all buat entry, cuba search untuk artikel-artikel yang sama tajuk yang berada di halaman pertama. Then bolehlah komen di Blog-blog berkenaan.

http://cdn.fulltraffic.net/images/blog/dofollow-nofollow-backlinks.jpg
Blog Do Follow 

4. Komen Di Blog DoFollow Untuk Backlink


Selain itu, kualiti backlink juga boleh diperolehi dengan meninggalkan komen di Blog-blog DoFollow yang menggunakan kotak CommentLuv dan KeywordLuv. Untuk mendapatkan senarai blog-blog yang menggunakan kotak CommentLuv, you all boleh google menggunakan perkataan berikut:

1) kata kunci " CommentLuv "
2) kata kunci " KeywordLuv "

Apabila terjumpa dengan blog-blog tersebut, gunakan mereka untuk meningkatkan backlinks blog you all. Luangkan masa untuk membaca artikel-artikel mereka dan tinggalkan komen yang berharga yang ada kaitan dengan artikel tersebut. Tidak ada backlink yang akan diperolehi untuk Blog NoFollow, tapi you all masih boleh dapat trafik dari blog berkenaan.

Jumpa lagi untuk tips-tips yang lain ya. Kalau you all rasa tak sabar nak tunggu tips-tips yang lain tu, you all boleh baca dua enrty yang disediakan oleh dua blogger favorite kita ni:

Backlink dan Kepentingannya Untuk Blog
Pagerank Dan Blogrrr Awards


Comments

  1. Wah...info yang bagus..thanks dear...

    ReplyDelete
  2. Ohhh.. macam tu rupanya... Hmmm. Kalau blog yang PR tinggi contohnya 2 atau 3 komen di blog PR 0, adakah ia tidak dikira kualiti backlink? dan adakah ia akan jejaskan Page Rank mereka?
    (ops dah jadi serius pulak) :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdasarkan apa yang kita baca memang ada effect Wafa. Kalau nak komen di blog-blog yang ber PR rendah, kena pilih article yang berkualiti dan PRnya tinggi...tapi tulah dah macam kejam pulakkan..nway that's the game..Wafa boleh baca kat artikel ni Pagerank Dan Blogrrr Awards nak tau details k. Klik link kat atas tu ya...

      Delete
  3. Assalam
    Backlink umpama nyawa bagi blog . Terima kasih ya . Info yang berkualiti.

    ReplyDelete
  4. Setakat ni saya tak pilih pun nak komen di blog yang PR rendah atau tinggi, kalau artikel tu menarik saya akan komen.

    ReplyDelete
  5. tips yg terbaik. nice sharing. ada benarnya segala tips di atas. yumida pun ada praktikkan.

    ReplyDelete
  6. bersemangat sungguh raudzhah naikkan backlink . malangnya saya x byk masa . sis hadiahkan kempen mc donald burger atas kerajinan itu ...

    ReplyDelete
  7. dh try ikut.. hehe. PR masih 1 lg top view tinggi. acane tu raudzah. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nina..PR ni updates 3 bulan sekali tau..atau mungin lebih..bukan macam Alexa ranking..hari-hari bertukar..the next updates March/April rasanya...

      Delete
  8. saya tengah cuba meningkatkan kualiti backlink sekarang nie... rupa nya ada tips lagi yang saya tak tau... tq raudzah sharing.... :)

    ReplyDelete
  9. Tq atas tips ni Raudzah....kadang tu tak fikir dah pasal backlink dan pagerank hehe...main belssah jer...
    Oklah nk htr anak sekolah nanti sambung

    ReplyDelete
  10. sangat berguna tips ni..insyallah sy akan buat berterusan

    ReplyDelete
  11. terima kasih berkongsi tips dan info ini.. patutlah blogger yang PR tinggi tak suka komen di blog PR rendah.. baru aiza tahu sebabnya..

    ReplyDelete
  12. Info dan ilmu yG bermanfaat.

    ReplyDelete
  13. thanks berkongsi aiza..ha ah memang ada blogger yang memilih blog untuk dikomen demi menjaga PR..tapi puteri tak berapa berkenan dengan cara itu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Style masing-masingkan Puteri..tapi kita pun rasa macam tak bestkan..

      Delete
  14. Nak komen pun kena ada tertibnya yerr... haaii.. yang kita nie main bedal jer... hehehe... hancuss..! :D

    ReplyDelete
  15. thanks raudah for info... tau tak camne nak setelkan problem entry yang di post tak keluar kat feed blogger lain... dah macam2 try tuturiol... tapi tetap xjalan..hiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry Naniey kita pun tak sure sangat..nanti kita find out some info on this ya...

      Delete
  16. Assalammualaikum..

    Insaallah akan mselim3 cuba praktikkan .. walaupun agak susah. Tp mselim3 selalu percaya tiada perkara mudah utk senang...

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini salah satu tips aje MS..yang lain banyak lagi..so tak perlu risau k!!!

      Delete
  17. Kadang2 nampak kejam tapi utk peningkatan ianya terpaksa dilakukan.
    Bagi saya pula...xkesah sgtlah, dulu cuba buat tapi ianya bagaikan menyekat keseronokan dan ukhwah. Bagi saya kepuasan blogging itu lebih utama...Insyaallah, dgn keikhlasan pasti blog akan berjaya juga. Contoh terbaik blog Kak Zakie...Titisan Nurani. PR tinggi tapi tak memilh...ikhlas bw kpd semua pengomennya.

    ReplyDelete
  18. thx for sharing raudzah...tengok pada niat masing2 tuk berblog la...klu pentingkan sangat backlink...PR semua..kena pilih blog la...tapi mcm x bess ... pilih bulu gitu...PR rendah so tak geng...apa2 pun bergantung pada niat masing2

    ReplyDelete
  19. terima kasih untuk perkongsian info. buka mudah sebenarnya nak jd otai dalam dunia blog ni. hanya pada yg berilmu, sabar dan minat sahaja yang berjaya.

    ReplyDelete
  20. terima kasih untuk perkongsian berguna

    ReplyDelete
  21. KITA NAK ORANG BACA ARTIKEL BUKAN SETAKAT SYOK SENDIRI SO INFO DI SINI SANGAT MEMBANTU SAYA..THANK YOU ADMIN VERY MUCH...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat