Breaking News

Tuesday, February 11, 2014

Misteri Terowong Larkin

SIAPA BENAR?
Misteri Terowong Larkin

Misteri Terowong Larkin


Misteri Terowong Larkin semakin kusut. Kalau dulu, mungkin ramai yang tak ambil pusing mengenai dakwaan pergaduhan yang yang membabitkan pasukan T-Team dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Baharu pada 1 Februari lalu. Namun setelah aksi sumpah di hadapan Al-Quran dilakukan oleh pemain dan jurulatih yang terbabit ramai yang tersentak. Dan persoalannya Sumpahan dihadapan Al-Quran siapa yang benar?

Sumpah Khairan Ezuan - Evaldo Di Tumbuk Di Dalam Terowong 

Evaldo Di Tumbuk Di Dalam Terowong


Pada malam Isnin yang lalu, pemain T-Team Khairan Ezuan Razali dan penolong jurulatih Azlan Johar bersumpah di hadapan Al-Quran bagi membuktikan kenyataan mereka bahawa Evaldo ditumbuk ketika di dalam terowong itu adalah benar. Azlan dan Khairan Ezuan bersumpah mengatakan mereka berada dalam keadaan sedar dan waras ketika kejadian itu berlaku dan melihat sendiri bagaimana pemain import T-Team, Evaldo Goncalves ditumbuk pada bahagian muka.

Upacara itu disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang sebelum ini meminta pemain dan pegawai T-Team yang beragama Islam bersumpah menggunakan al-Quran bagi membuktikan kebenaran dakwaan mereka.

Sumpah Irfan - Tidak Ada Pergaduhan Di Dalam Terowong

Tidak Ada Pergaduhan Di Dalam Terowong


Sementara itu di Johor Bahru, bekas pemain T-Team, Irfan Abdul Ghani turut bersumpah di hadapan Al-Quran. Beliau menegaskan kenyataannya yang mendakwa tiada pergaduhan berlaku di dalam terowong tersebut adalah benar.

Menurut Irfan, beliau terdengar kekecohan di dalam terowong pemain semasa tamat separuh masa pertama perlawanan, namun tidak nampak apa yang berlaku. Tambahnya lagi semasa berada di dalam bilik persalinan kemudian, beliau mendengar pemain import T-Team, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impligazzo mendakwa dipukul ketika di dalam terowong itu. Namun daripada pemerhatian beliau semasa berada di dalam bilik persalinan tersebut, dia lihat tiada sebarang tanda bahawa Evaldo dan Stefano telah dipukul. 

Sumpahan Siapa Yang Benar


Dalam kes di atas sebenarnya sukar dipastikan sumpahan siapa yang benar. Namun kita rasa kedua-dua pihak mungkin benar. Dakwaan T-Team mungkin benar dan dakwaan Irfan juga mungkin benar berdasarkan apa yang dia "percaya" bukan apa yang dia lihat atau saksikan. 

Cuma sejujurnya ketika idea Sumpahan di lakukan di hadapan Al-Quran diutarakan oleh MB Terengganu untuk mencari kebenaran, kita dapat merasakan perkara ini akan berlaku. Bukan tidak percaya kepada kekuatan Al-Quran tapi inilah realitinya. Dan kita pasti ramai yang masih mengingati beberapa kes yang popular yang melibatkan sumpahan di hadapan Al-Quran sebelum ini. Adakah kita percaya kepada sumpahan tersebut?

Dan kejadian kali ini mungkin menambahkan "kekeruhan" yang ada. Mungkin selepas ini ramai yang beranggapan tidak apa bezanya sumpah dihadapan Al-Quran atau sebaliknya. Nauzubillahi Min Zalik. 

P/s: Dan kita semua sebagai seorang Islam, jangan jadikan Al-Quran sebagai benteng pertahanan diri jika kita tidak beramal dengannya. Semoga kita semua dapat memelihara kesucian Al-Quran dan sentiasa beramal dengannya. Harap-harap kes ni boleh dijadikan iktibar untuk semua!!! 

25 comments:

  1. Tak perlu bersumpah bagai mcm tu..xde ke security yang jaga kat situ..pelik la..

    ReplyDelete
  2. dah main bersumpah2 bagai dah kes ni, macam meleret2 adanya...

    ReplyDelete
  3. pasal bola pun nak bersumpah depan Alquran...x tau la sape yg betul...harap2 orang yg menyiasat tu biar lah telus...

    ReplyDelete
  4. the end of the day...yang berpangkat dan berduit jugak yang menang!!!

    ReplyDelete
  5. tak tahu plak isu ni... sampai sumpah guna quran?

    ReplyDelete
  6. Parah dah kes nie. Kita tak tahu keadaan sebenarnya.
    Bialah ALLAH mengetahui kedudukan sebenarnya

    ReplyDelete
  7. hmmm susah nak ckp..smoga kebenaran akan terdedah jgk satu hari nanti..

    ReplyDelete
  8. sikit2 nak sumpah..dah macam mainan pulak..hhuurrmm

    ReplyDelete
  9. berani sangat bersumpah.... hmmm... macam2 hal lah mereka nie.....

    ReplyDelete
  10. Saya bukanlah arif dlm agama, tp saya berpendapat bahawa bersumpah dgn Al Quran dlm isu ni mcm keterlaluan juga... agak2lah... main bola pun ramai yg tak berapa tutup aurat.. tambahan, Allah kurniakan akal utk digunakan dgn bijaksana dlm menyiasat punca serta penyelesaian. Lepas ni klu orang bunuh orang lain mesti ada nak suruh mahkamah guna sumpah Al Quran je.. wallahualam..

    ReplyDelete
  11. betul tu..isu ini tak sepatutnya melibatkan Al-Quran kerana ia merupakan satu kitab suci yang kita junjung..tapi kalau FAM bersikap tegas dari awal dengan menyatakan janjinya untuk menyisat kes ini sudah tentu tiada lafaz2 sumpah ini..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. aiza setuju dengan pandangan khir khalid.. macam-macam kontroversi dicetuskan..

    ReplyDelete
  13. aah...lepas angkat sumpah ni..mencetuskan kntroversi
    sepatutnya hal tu disiasat dgn terperinci..baru dpt mencari kebenaran..berdasarkan fakta n bukti

    ReplyDelete
  14. sampai bila2 pun bola kita tak kan maju kalau mcm nie caranya...

    ReplyDelete
  15. Need further investigation and evidence to find out the truth.

    ReplyDelete
  16. Perlukah sampai kena bersumpah guna Al-Quran? Semoga ada alim ulama mengulas isu ini agar Al-Quran yang kita sanjung tidak diperkotak katik kan demi kepentingan tertentu.

    ReplyDelete
  17. setuju dgn komen BM tu,.moga kebenaran akan terserlah juga nnti !

    ReplyDelete
  18. pada pandangan puteri la, tak perlulah sampai nak bersumpah kan..i mean its just football

    ReplyDelete
  19. Kwn dpt info...mmg ada kekasaran tp bkn dr tmj. Bodyguard tmj yg bg se das dua bila mat salleh tuh angkat tgn utk serang tmj. Belum sempat sentuh tmj, bodyguard nya dah bg dulu.
    Percaya atau x....terpulanb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau benar-benar diserang mesti ada sebabkan..Allah Hu Alam..

      Delete

Designed By