Breaking News

Saturday, February 8, 2014

Ngeri: Maut Di kelar Suami

Maut Dikelar Bapa

Maut Dikelar Bapa


Hampir dua minggu lalu kita semua dikejutkan dengan kejadian 3 beradik di kelar bapanya di Bangi. Salah seorang mangsa telah meninggal dunia. Difahamkan suspek mengalami tekanan emosi yang melampau. Dan suspek telah didakwa di mahkamah atas dakwaan membunuh.

Embedded image permalink
Maut Di Kelar Suami

Maut Dikelar Suami


Dan semalam kes yang sama berulang lagi apabila seorang wanita Maut Di Kelar Suami di rumah mereka di Taman Setia Jaya, Batu Pahat.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Tan Wei Qi, 37, cedera parah dan maut akibat pendarahan yang teruk. Difahamkan suspek mempunyai masalah gangguan emosi dan mental sejak dia terbabit dalam kemalangan jalan raya tahun lalu. Sewaktu ditemui, suspek berada di dalam keadaan ketakutan.

Maut Di Kelar Suami

Maut Dikelar Suami


Sebelum tu, pada 16 Januari 2014, seorang wanita warga Indonesia Maut Di kelar Suami di sebuah kuarters pekerja di Ladang Kelapa Sawit Kuala Suai di Kilometer 126, Jalan Miri-Bintulu,  akibat tertekan dengan krisis rumah tangga. 

Dalam kejadian pukul 2 pagi tersebut, mangsa, Salasiah Jama, 33, berasal dari Makassar, Indonesia, mati akibat cedera parah di tengkuk selepas dikelar dengan sebilah pisau badik. Selepas membunuh isterinya, suspek, Tompo Yara, 38, dari Batu Napara, Indonesia bertindak mengelar lehernya sendiri tetapi tidak mati dan telah dirawat di Hospital Bintulu.

p/s: Hmmm...Ramai yang mengalami gangguan mental dan tekanan emosi yang melampau di luar sana sebenarnya. Mereka ni luarannya mungkin nampak ok tapi dalamannnya memberontak dan boleh bertindak diluar dugaan..Semoga Allah melindungi kita semua. Aminnn!!!


http://3.bp.blogspot.com/-Hc4_NThbBVg/UmmjfQsn-PI/AAAAAAAAH_o/AZ3mgqDRYHs/s400/doa-pelindung-diri.jpg
Doa Di Lindungi Dari Segala Malapetaka (Amalkan 3x setiap hari selepas setiap 
kali solat atau keluar daripada rumah)


10 comments:

  1. beware pada org disekeliling kita ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ti Sis vee..kena alert dengan perubahan orang sekeliling kita kan..janagn take things for granted...

      Delete
  2. main kelar² je dorang ni...aduhai..

    ReplyDelete
  3. Mcm ayam je men smbelih kelar2 nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dunia dah akhir zaman maria..semuanya boleh..

      Delete
  4. Tekanan perasan amat merbahaya! Syaitan mudah merasuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu BM..bila jiwa kita kosong, syaitan masuk jarum..Tu yang jadi macam-macam tu...

      Delete
  5. Astagfirullah.. mudah2an kita semua dijauhi dari perkara2 spt ini.. aamiin...

    ReplyDelete
  6. ada segelintir rakyat malaysia semakin tertekan.. ianya perlu diatasi segera, hanya kita yang mampu mengawal diri kita..

    ReplyDelete

Designed By