Sedihnya!!!!

Sebahagian Dari Rakyat Palestin Di Kem Pelarian Yang Menunggu 
Bantuan Makanan

Pelarian Palestin Di Kem Yarmouk


Nasib pelarian palestin memang malang. Sudahlah diusir dari negara sendiri, keadaan di Kem Pelarian Yarmouk juga amat tenat. Kem ini begitu padat kerana banyak kem-kem berhampiran telah musnah akibat serangan pihak tentera Syria. Kem Yarmouk juga kelihatan seperti "tempat berhantu". Kemusnahan di mana-mana. Akibatnya, lebih daripada 18,000 orang pelarian Palestin di kem Yarmouk, di pinggir ibu negara Syria kini kekurangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan lain


http://webcdn.aa.com.tr/webdocs/625x424xc/content_new/245/suriye_yermuk_2-jpg20140125134930-jpg20140209224818-jpg20140212214951-jpg20140212215657.jpg
Kemusnahan
http://news.bbcimg.co.uk/media/images/72824000/jpg/_72824358_yarmouk2.jpg
Padat & Sesak
https://www.middleeastmonitor.com/images/article_images/middle-east/syrian-refugee-children-on-the-streets.jpg
Hilang Arah

Percubaan pihak PBB untuk menyampaikan bantuan kepada mereka juga telah dihalang akibat perang saudara di Syria yang sudah mencecah usia tiga tahun. Yarmouk menjadi sukar sejak Julai tahun lalu. Ramai penduduk kini lemah dan kekurangan zat makanan. Mereka juga terdedah kepada risiko penyakit, kecederaan dan juga kematian.


P/s: Alhamdulillah kita tidak diuji sebegini. Mereka bukan diuji dengan air, malah segala-galanya. Jadi apalah sangat catuan air untuk kita.


Comments

  1. bersimpati dengan nasib mereka. Semoga kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki

    ReplyDelete
  2. sedih tgk..Moga Allah sentiasa melindungi mreka..

    ReplyDelete
  3. Moga kita sentiasa muhasabah diri dengan peristiwa begini.

    ReplyDelete
  4. Peringatan & pengajaran utk kita semua agar sentiasa bersyukur... semoga mereka tabah dlm mengharungi ujian kehidupan... aamiin..
    3x brit council.. :)

    ReplyDelete
  5. kesian tengok..kita nak tolong secara fizikal x mampu..ramai2 la bantu salurkan derma.

    ReplyDelete
  6. sama-sama kita doakan supaya saudara kita disana sentiasa mendapat bantuan dari Allah. tengok gambar kat atas tu, tak tau berapa lama terpaksa beratur untuk dapat makanan.

    ReplyDelete
  7. syria sedang melalui penderitaan manakala dubai gah menjana pendapatan ... jengah IKEA di sini .

    ReplyDelete
  8. Kita plak diuji dgn makann melimpah ruah...

    ReplyDelete
  9. Sedih dan kesian sangat, semoga mereka terus kuat dan tabah menghadapi ujian ini. Hanya doa yg mampu ku kirimkan.

    ReplyDelete
  10. Doa, doa dan doa. Nak hulur bantuan ke sana, banyak pulak sekatan dan halangan. Mungkin dengan doa kita, akan dipermudahkan segala bantuan untuk sampai ke sana.

    ReplyDelete
  11. ya Allah, selamatkanlah mereka.. amiin.

    ReplyDelete
  12. sedihnya...semoga Allah melindungi mereka...

    ReplyDelete
  13. Belajar menerima dan bersyukur..

    ReplyDelete
  14. kasihan mereka diusir dari negara sendiri.. rasa betapa bersyukurnya kita duduk di malaysia.. doakan semoga mereka terus tabah dan sentiasa dilindungi oleh Allah..

    ReplyDelete
  15. simpati dengan nasib mereka...kite kena lah bersyukur..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat