Solat Sunat Istisqa (Minta Hujan)

 Embedded image permalink
Solat Sunat Istisqa

Kemarau yang berpanjangan adalah ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana kita semua manusia ingat kepada NYA. Kita manusia adalah umat yang lemah dan sering leka. Untuk memastikan kita sentiasa dilandasan yang benar, kadang kala Allah turunkan ujian supaya kita muhasabah diri. 

Solat Sunat Istisqa (Minta Hujan)


Cara yang terbaik untuk menghadapi ujian Allah ialah dengan kembali merujuk kepada NYA dan memohon supaya ujian tersebut segera berakhir. Dan untuk menghadapi kemarau yang berpanjangan Solat Sunat Istisqa (Minta Hujan) adalah salah satu cara untuk kita memohon kepada Allah. 

Istisqa dalam bahasa adalah meminta turun hujan. Secara istilah ia bermaksud  meminta kepada Allah SWT agar menurunkan hujan dengan cara tertentu ketika kita benar-benar memerlukannya. Hukum shalat Istisqa adalah sunnah muakkad bagi mereka yang terkena musibah.

Adab Solat Istisqa'


Semua orang yang hendak menunaikan solat Istisqa' digalakkan berpuasa selama 3 hari, bersedekah dan bertaubat. Namun ia sekadar galakan bukan satu kemestian.


Pada hari keempat mereka akan pergi ke tempat yang lapang dengan berpakaian sederhana dan tanpa wangi-wangian untuk solat istisqa'.

Cara Solat Istisqa


Ia dilakukan secara berjamaah. Tiada azan mahupun iqamah. Rakaat pertama membaca Surah A'la selepas Surah Al-Fatihah. Rakaat kedua membaca Surah Al-Ghasyiah. Bacaan ini dibaca dengan kuat seperti Solat Jumaat.


Niat Solat Istisqa


أُصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِسْقَاءِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat ististiqa’ 2 rakaat kerana Allah Taala.



Jemputan Solat Istisqa


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama dengan NGO-NGO dan komuniti setempat akan mengadakan Solat Sunat Istisqa’ pada 1 Mac 2014 (Sabtu), mulai jam 8.30 pagi, di Padang Pusat Komuniti Kg. Sg. Kantan, Kajang. 

Aturcara program adalah seperti berikut:
 

1. Solat Dhuha
2. Kuliah ringkas Dhuha
3. Solat Istisqa’ diimamkan oleh Imam Ustaz Shamsul Firdaus al-Hafiz
4. Khutbah oleh Ustaz Naim Mohd Nor, Tembalan Presiden ABIM


P/s: Bagi sesiapa yang tinggal berhampiran, bolehlah join sekali.

Comments

  1. Hari ini (jumaat) disarankan selepas solat jumaat diadakan solat istisqa' si semua masjid. Bersama kita doakan sebab kakak tak dpt ikut sama dgn mereka.

    ReplyDelete
  2. Insyaallah...Bersama2lah kita berdoa. Semoga Allah memperkenankan permintaan kita.

    ReplyDelete
  3. salam jumaat and great piece of sharing dear...

    ReplyDelete
  4. moga dipermudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..semoga usana murni mereka dipermudahkan olehNya..salam jumaat raudah..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. salam jumaat kak..moga allah permudahkan segalanya..aminn..

    ReplyDelete
  7. amin ...semoga Allah makbulkan permintaan kita . perlis da 2 bulan tak hujan . panas sangat :(

    ReplyDelete
  8. Salam jumaat sis.mg selepas ini hujan turun semula.inshaALLAH.

    ReplyDelete
  9. Semoga Allah memperkenankan hajat & doa2 kita semua utk mengakhirkan kemarau yg meresahkan ini... aamiin.

    ReplyDelete
  10. Semalam hujan juga tapi sekejap aje..

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah hujan lebat turun petang tadi.. tapi tak sampai sejam pun.. menabung komli dan education uk.. :D

    ReplyDelete
  12. salam singgah...maaf lambat blogwalking...:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat