Breaking News

Wednesday, February 26, 2014

Tidur Dalam Kandang Kerana Miskin


Tidur dalam kandang, tak mampu sewa rumah
Tai Lun Po, 79, telah ‘menginap’ di dalam kandangnya selama 30 tahun

Tidur Dalam Kandang Kerana Miskin


Kerana kemiskinan dan kos sara hidup makin meningkat, tak semua orang mampu mempunyai sebuah rumah mahupun menyewa sebuah bilik. K
andang adalah antara pilihan yang mereka ada.  Itulah realiti kehidupan. 

Itulah dilema ramai penduduk dunia. Ianya juga turut berlaku di Hong Kong.  Antara bandar terkaya di dunia. Walaupun bandarnya kaya, tapi penduduknya masih ada yang terpaksa hidup dalam kandang seperti binatang kerana tidak mampu menyewa rumah.
Getting some work done: Tang Man Wai, 60 (right) looks out of the window as his roommate sits at a desk, a rare luxury in the filthy, dank cage rooms
 Kandang Jadi Pilihan
Kandang Jadi Pilihan

Harga hartanah di Hongkong tersangat tinggi. Satu apartmen dengan satu bilik boleh mencapai sewa 1,240 pound (RM6,850.13) sebulan. Sebagai pilihan, mereka yang kurang berkemampuan terpaksa memilih untuk tinggal di dalam 'kandang' yang disusun secara bertingkat di dalam sebuah bilik yang kecil dan panas. Itulah nasib orang miskin.

p/s: Alhamdulillah. Rakyat Malaysia rasanya belum sampai ke tahap ini. Tapi tak mustahil kerana ramai aje yang tak mampu memiliki rumah kat Malaysia sekarang ni. Bilik mungkin ok lagi. Kalau kenaikan kos sara hidup makin meningkat dan tak ditangani dengan baik kejadian macam ni mungkin juga akan berlaku pada suatu hari nanti.


20 comments:

  1. kesian dan tak menyampai hati tengok, bersyukurlah kita seadanya ye tak???

    ReplyDelete
  2. dengan umur macam dia..terpaksa tidur dalam kandang..kesian..

    ReplyDelete
  3. penduduk kat sana padat sangat... rumah mesti mahal2..tak mampu di miliki oleh org miskin... kalau kat malaysia ni ramai yang gelandangan..tidur kaki lima...

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum...rdz z,

    kesian nyer .. jika menghabiskan sisa2 kehidupan di kandang.. kesian sangat.

    mselim3

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar... dorang di Hong kong ni banyak bukan Islam... x mustahil benda macam ni boleh berlaku kerana lifestyle based on capitalisme... Kita kat Malaysia, negara Islam, pemimpin Islam, rakyat majoriti Islam... so boleh lagi tolak capitalisme... tu pon masih ada gelandangan... memang tak faham bab ni... macamana seseorang yang ada duit lebih boleh belanja RM500 - RM600 atau RM1000 untuk hidangan makan malam sekeluarga boleh hidup selesa walaupun nampak ada orang tidur di kakilima... Macamana orang yang ada kondo 5 - 6 buah bagi sewa kat orang boleh hidup selesa, sedangkan tahu ada orang hanya boleh makan sekali sehari... Mohon tuhan ampunkan lah diri ini yang tak terdaya... hanya mampu zakatkan harta yang tak seberapa sahaja...

    ReplyDelete
  6. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    kasihan sekali melihatnya di sisa sisa hidupnya bertahan hidup tidur dalam kandang

    ReplyDelete
  7. Sedihnya kakak tengok..
    Kalau kita lihat kat sana memang dahsyat kan. Yg kaya tak terkata tapi org miskin jarang dipeduli. Dulu kakak terbaca ada yg hidup dlm longkang tertutup berpuluh tahun sebab nak sekolahkan anak dia... dahsyat kan.

    ReplyDelete
  8. hmm..akak pun tengok drama bersiri tvb berkenaan isu rumah di hong kong...memang teruk untuk mereka yang miskin..kerja bertahun pun belum tentu dapat beli rumah kerana harga semakin naik..

    ReplyDelete
  9. alahai nasib kita kat sini masih hidup dgn baik

    ReplyDelete
  10. kesiannya, slm singgah ptg smbl dtg membaca !

    ReplyDelete
  11. GILAAA........
    TERNYATA WARGA HONGKONG ADA YANG MISKIN JUGA. MMG KESIAN SEUSIA BEGITU TAK MAMPU ...ALHAMDULLILAH KITA DI MALAYSIA MASIH MAMPU DGN REZEKINYA...

    ReplyDelete
  12. kasihannya dia.. di malaysia ada juga yang bergelandangan dan tidur di bawah jambatan..

    ReplyDelete
  13. Kesian... bersyukurlah atas kurnia yg Allah berikan kpd kita.. tak sanggup melihat jika ada kenalan atau ahli keluarga kita yg jadi mcm tu..

    ReplyDelete
  14. kesian melihat mereka, di negara kita pun masih ada yang tidak ada rumah untuk berteduh. Ada juga yang tidur bawah jambatan

    ReplyDelete
  15. Syukur pada Allah...kita masih ada rumah utk berteduhkan Raudzah...nasib depa sangatlah teruk

    ReplyDelete

Designed By