10 Fakta Menarik Tentang Boeing 777 (MH370)

Diperkenalkan pada bulan Jun 1995, pesawat Boeing 777 atau "Triple Tujuh" adalah enjin berkembar terbesar jet di dunia
 
Boeing 777 menggunakan bahan api paling minimal dan mampu terbang jauh, menjadikan ia antara pesawat paling popular di kalangan syarikat penerbangan. Berdasarkan rekod, ia telah menggantikan Boeing 747 sebagai pesawat paling laris .
 
Boieng 777 juga dikatakan salah satu pesawat paling selamat dalam sejarah penerbangan
 
Sistem kawalan bagi pesawat Boeing 777 adalah berbeza daripada yang direka untuk lain-lain Boeing.
Pesawat Boeing 777 milik Malaysia boleh menampung sehingga 282 penumpang
Dalam kes kecemasan, Pesawat Boeing 777 boleh terbang selama hampir tiga jam menggunakan enjin tunggal.
Pesawat MAS MH370 yang hilang adalah pesawat Boeing 777-2H6ER yang dibeli pada tahun 2002. Pernah mengalami kemalangan kecil dibahagian sayap pada tahun 2012. Ia juga adalah pesawat yang ke 404 yang dikeluarkan bagi model 777. Pesawat ini dikuasakan oleh enjin Rolls-Royce Trent 892.
 http://images.says.com/uploads/story_source/source_image/262506/49c4.jpg
Pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines pernah mengalami satu insiden pada bulan Ogos 2005 sewaktu dalam penerbangan dari Perth, Australia ke Kuala Lumpur. Semasa terbang pada ketinggian 38,000 kaki (11,580 meter) di atas Lautan Hindi, perisian pesawat telah membuat perkiraan yang salah dari segi kelajuan dan pecutan, menyebabkan pesawat tiba-tiba melonjak 3,000 kaki (915 meter). Juruterbang terpaksa "melepaskan" autopilot dan mendarat dengan selamat kembali di Perth. Selepas kejadian tersebut, kemas kini perisian pesawat telah dilakukan di seluruh dunia.
 
Pesawat MH370 akan jatuh dengan pantas dan berubah arah setelah ia mencecah ketinggian 107,000 m.

Comments

  1. Assalamualaikum.. semoga Allah permudahkan urusan pencarian mh370...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Shiela..Semoga dipermudahkan..Aminn!!

      Delete
  2. tringin nak try naik boeing ni sbb beso..slalu nek sit knan 3..sit kiri 3..pnerbngan dlm mlysia psawat kecik jer.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pernah Fly guna pesawat MH370 ni Cik Tim..

      Delete
  3. Sila check angka2 ketinggian tu...macam ada yang xkena jer

    ReplyDelete
  4. Lagi satu...setahu saya MH370 ini dari model boeing 777-200 ER. Apa bezanya dengan 777-300 ER?

    ReplyDelete
    Replies
    1. BM kita Accountant bukan engineer tau, tapi apa yang kita faham 777-300 ER ialah extended version of 777-200 ER. Bigger capacity in terms of seat arrangement dan juga better saving in terms of fuel.

      Boleh baca kat sini ya: http://en.wikipedia.org/wiki/Boeing_777#777-300ER

      Delete
    2. Thanks RZ... terlebih tanya la pulak ye... :)

      Delete
    3. baru la tau akak nie akaunten.. hihihi..^_^

      Delete
    4. Ohh rahsia dah terbongkar ya MC...he..he

      Delete
    5. Mencelah sikit... akauntan rupanya hehee... :D

      Delete
  5. betapa canggih pun ciptaan manusia...bila Allah kata jadi...maka jadilah ia...kun fa ya kun

    ReplyDelete
  6. ya allah.. semoga dipertemukan secepat mungkin pesawat MH370... tak senang hati rasanya.... :(

    ReplyDelete
  7. doakan mereka dalam radar yang selamat. amin

    mana pi tuan umh dua hari tak datang oh sedih.picit2 lagi di sini yeah..

    ReplyDelete
  8. rasa takut tapi itu ujian Allah moga keluarga luar sana tabah dan sabar selalu

    ReplyDelete
  9. hanya mampu mendoakan yg terbaik buat mereka...:'(

    ReplyDelete
  10. Assalam, semoga dipermudahkan dalam pencarian..

    ReplyDelete
  11. Walau sehebat mana sekalipun boeing 777 ni tapi kalau dah tertulis takdirnya hilang di atas udara....apalah yg mampu kita buat....selain redho....kan Raudzah

    ReplyDelete
  12. mmg canggih dan berteknologi.. tetapi perkara dah nak jadi.. hanya mampu berdoa semoga penumpang pesawat selamat.. amin

    ReplyDelete
  13. kuasa Allah.. titanis yg kononnya tak akan tenggelam tu pun akhirnya tenggelam jugak..

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum...

    bila baca entry nie.. boeing nie memang canggih kan..

    mselim3

    ReplyDelete
  15. memang canggih spesifikasinya.. semuanya kuasa Allah.. doakan semoga mereka masih selamat..

    ReplyDelete
  16. Selama naik kapal terbang, tak pernah ambil port pun tentang model2nya... apalah saya ni.. tau naik je...
    Semoga dipermudahkan segala usaha penyelamat MH 370 & diberi ketabahan kpd keluarga mangsa dlm menghadapi situasi sukar ini... aamiin.

    ReplyDelete
  17. semuanya nampak canggih.. tapi Allah swt maha berkuasa... semoga dipermudahkan segala urusan menjejaki MH 370

    ReplyDelete
  18. Yang saya tau, sy mmg prefer naik MAS.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat