Skip to main content

3 Hikmah Solat Sunat Dhuha

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhyjeDBK2XJ7oKvDoDu3Q1ofybd-FFRzvNuf6zyejUlBlvOum0zseqLuxwMUuUqpsMca8jSiHuPIrdYPI-6iJ8PiWtZ2k1TlLhQ0h1yR9iGML4i6ei32O8Ue6Y91HSX8_kIYgwveyAy-KMr/s320/solat+dhuha.png
Solat Sunat Dhuha (Source)

Solat Sunat Dhuha


Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi iaitu 30 minit selepas terbit matahari dan tamat waktunya sebelum tergelincir matahari. Bilangan rakaatnya paling kurang dua rakaat dan maksimumnya 12 rakaat.  Pada rakaat pertama boleh dibaca surah ad-Dhuha, manakala rakaat kedua boleh dibaca surah al-Ikhlas. Masa yang diambil untuk menunaikannya cuma tiga ke lima minit, sangat pendek masanya berbanding keberkatan yang Allah berikan kepada kita untuk sepanjang hari kehidupan. 

Hikmah Solat Sunat Dhuha


Banyak sekali keajaiban dan hikmah yang akan dirasai seseorang ketika melakukan solat sunat Dhuha, apatah lagi jika dilakukan secara berterusan dan penuh kesabaran tinggi serta hanya mengharap keredaan Allah SWT. Di antara 3 hikmah Solat Dhuha adalah:


1. Solat Dhuha Mengelakkan Kemiskinan. 

Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali kamu malas melakukan empat rakaat solat Dhuha, kerana dengan solat itu, Aku cukupkan keperluanmu pada waktu petangnya.” (Riwayat Hakim dan Tabrani)

2. Solat sunat Dhuha juga dapat menghapuskan dosa. 

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang masih berdiam diri di masjid atau tempat solatnya setelah solat Subuh kerana melakukan iktikaf, berzikir, dan melakukan dua rakaat solat Dhuha disertai tidak berkata sesuatu kecuali kebaikan, maka dosanya akan diampuni meskipun banyaknya melebihi buih di lautan.” (Riwayat Abu Daud)

3. Solat Dhuha Melindungi Diri Dari Azab Api Neraka

Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama bab Ad Dhuha (Pintu Dhuha), dan pada Hari Kiamat nanti, ada orang yang memanggil di mana orang yang sentiasa menunaikan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.”

Semoga kita sama-sama berusaha menjaga dan memelihara solat sunat Dhuha, kerana hikmah yang Allah janjikan amat besar. Selamat beramal semua...


Comments

  1. Allahu robbi moga solat-solat dhuha kita setiap pagi diterima olehNya..
    Amin ya robbal'alamiin..

    ReplyDelete
  2. subhanallah...terima kasih mmg betul,try kita buat ..
    Allah Swt mendengar apa yg kita minta...

    ReplyDelete
  3. great piece of sharing dear...kalau sempat dan ada masa ataupun cari ruang bolehlah diamalkan selalu kann???

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... ingat mengingati... jazakallahukhairan

    ReplyDelete
  5. good entri..banyak hikmahnya :)

    british council, blue bird and komli for you :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian bermnfaat ni akak..:)

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing Raudzah.. salam khamis ^^

    ReplyDelete
  8. In shaa Allah, pastikan ada masa terluang utk solat dhuha.. tak merugikan, malah menguntungkan.. t kasih atas peringatan Raudzah.. :)

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah...akan diamalkan...thx for sharing raudzah

    ReplyDelete
  10. terima kasih kerana share RDZ...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. sangat bermanfaat perkongsian berkenaan himah solat sunat dhuna ini.. memang banyak hikmahnya.. menabung visa travel, education uk dan komli.. :D

    ReplyDelete
  12. Memang baik amalkan solat ni..

    ReplyDelete
  13. Mmg antara amalan sunnah digalakkan oleh Rasulullah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat