Breaking News

Sunday, March 30, 2014

5 Rahsia Air Kelapa

http://static.cumicumi.com/images/other_covers/manfaat_air_kelapa-640x360.jpg
Rahsia Air Kelapa

Rahsia Air Kelapa


Kita pasti ramai yang suka minum air kelapa kan. Rasanya yang manis berlemak memang sesuai untuk diminum sewaktu cuaca panas. Selain dari rasanya yang enak air kelapa ni mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan. Antaranya:
 

Air Kelapa Meningkatkan Metabolisme

  
Air kelapa membantu meningkatkan metabolism, sekali gus membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat. Air kelapa mengandungi rendah lemak, gula dan kalori, tetapi ianya kaya dengan nutrien dan vitamin. Oleh itu, ia boleh membantu menyekat rasa lapar secara sihat.

Air Kelapa Membantu Sistem Pencernaan


Bagi mereka yang mempunyai masalah pencernaan, air kelapa boleh mengatasinya kerana ia membantu penyerapan makanan dan mengurangkan berlakunya refluks asid.  

Air Kelapa Menurunkan Berat Badan


Minum air kelapa secara kerap bukan sahaja bagus untuk menambah kelembapan badan dan meningkatkan metabolisme, tetapi ia juga mempunyai kesan yang positif bagi mereka yang cuba untuk mengurangkan berat badan.

Air Kelapa Melembabkan Kulit

 
Air kelapa boleh melembapkan kulit serta mengurangkan jerawat dan jeragat. Sebab itu banyak produk kosmetik mengandungi ekstrak kelapa kerana keberkesanannya.

Air Kelapa Agen Anti-Penuaan

 
Air kelapa mengandungi antioksidan tertentu yang dapat membantu untuk melawan radikal bebas, sekaligus, melambatkan proses penuaan. 


20 comments:

  1. Kat belakang rumah ada pokok kelapa ni... tapi malas nak kait. Dulu masa ada pembantu rumah dia rajin amik dan sediakan air kelapa untuk budak-budak ni... tengah panas-panas macam ni terasa teringin pulak nak minum air kelapa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best Wafa. Then masukkan ais seakali...memang yummy sgt-sgt...

      Delete
  2. Air kelapa memang sedap...good info Raudzah..thanks

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.... Cuaca panas begini mesti best klau dpt minum air kelapa...

    ReplyDelete
  4. dapat redakan panas dalam badan

    ReplyDelete
  5. seriously..air kelapa mmg best...lepas minum tentu rasa fresh

    ReplyDelete
  6. banayak khasiat air kelapa ni.. tapi jangan minum banyak2 sangat, nnti cirit.. hehe..
    menabung sini..

    ReplyDelete
  7. Coconut water is good for pregnant ladies too.

    ReplyDelete
  8. Air kelapa muda...kena pula yg sejuk, memang nikmat tengah2 panas! Banyak sungguh khasiatnya...tapi jangan minum berlebihan, jadi mudarat pula.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. bagus untuk ibu mengandung juga kan? sheila start minum air kelapa ni next week. ehhehehe

    ReplyDelete
  10. Saya mmg suka air kelapa.. mmg puas & menghilangkan dahaga... best. Thanks sharing Raudzah.. :)

    ReplyDelete
  11. wah.. ternyata baik manfaat air kelapa terhadap kesihatan dan kecantikan kita.. aiza juga suka minum air kelapa.. :D

    ReplyDelete
  12. mmg sedap air kelapa... tambah2 musim panas...

    ReplyDelete
  13. apalagi kelapa yang muda, enak dan banyak sekali manfaatnya

    ReplyDelete
  14. air kelapa jugak blh tawarkan ubat y kita mkn.. so kalau tgh makan ubat pape..jgn minum air kelapa..nanti kesan ubat tu hilang..hehe

    ReplyDelete
  15. biasa minum air kelapa bila masa cuaca panas n bila badan rasa nk demam....

    ReplyDelete
  16. kalau rase nak demam selalu cari air kelapa ni...

    ReplyDelete
  17. Esok jugak okje cari air kelapa Raudzah....

    ReplyDelete

Designed By