8 Rahsia Doa Ketika Wuduk

 http://izatulnasrahkupusb.files.wordpress.com/2011/11/niat_wudhu.gif
 Niat Wuduk (Source)

8 Rahsia Doa Ketika Wuduk


Wuduk adalah salah satu cara menyucikan anggota tubuh dengan air. Seorang muslim diwajibkan bersuci sebelum melaksanakan solat. Setiap pergerakan yang kita lakukan semasa mengambil wuduk mempunyai rahsia yang tersendiri. Antaranya ialah:

1. Ketika berkumur, berniatlah: "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Ini adalah kerana kita sebagai manusia tidak lepas dari berbicara perkara-perkara yang kurang berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah: "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Ini adalah kerana Ahli Syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah: "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". Ini adalah kerana ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah: "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".  Ini adalah kerana Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah: "Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu" Ini adalah kerana di Padang Mashyar keadaannya amat panas, kerana matahari berada sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah: "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini". Ini adalah kerana setiap hari kita terdedah dengan pelbagai dosa dan maksiat seperti mendengar orang mengumpat, memfitnah dan juga mendengar lagu-lagu yang berunsur maksiat.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah: "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". Ini adalah kerana Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah: "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat". Ini kerana maksiat boleh dilakukan jika kita tidak mengawal pergerakan kaki kita.
 
http://www.bimbingan.org/wp-content/uploads/2013/07/Bacaan-Doa-Wudhu9.jpg 

Comments

  1. terima kasih kerana berkongsi ilmu yang bermanfaat ini.

    ReplyDelete
  2. Penyucian diri setiap kali mengambil wudhu'.
    Indah dan cantik ironi setiap kali kita berwudhu'

    Kakak suka N3 ini dik..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah terimalah wuduk ku...
    terima kasih byk2...

    ReplyDelete
  4. maceh akak kongsi ni..slalu wuduk sekdar cmtu2 jer..skng smbil2 wuduk ley niat yg baik2 cmtu..amin..akn diamalkan.. ;)

    ReplyDelete
  5. sharing yg bermanfaat ni.. boleh la diamalkn

    ReplyDelete
  6. salam. sy da hampir+ lupa da doa+ dalam wuduk ni..astaghfirullah..
    btw..thanks share akak :)

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas info Raudzah...

    ReplyDelete
  8. setiap kewajipan dalam ibadah kita pasti ada hikmah di sebaliknya..

    ReplyDelete
  9. T.kasih di atas perkongsian...semoga menjadi amalan..

    ReplyDelete
  10. Tapi jarang buat Raudzah.....selalunya lupa....hehe...wudhuk pun tak khusyuk....

    ReplyDelete
  11. Subhanallah... t kasih atas perkongsian ini Raudzah.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat