Bayi Dua Bulan Koma

Bayi Dua Bulan Koma Di Dera Pengasuh


Kisah bayi didera pengasuh nampak gayanya tidak akan pernah berakhir. Kenapa dia orang ni tak belajar dari pengalaman ya? Bukan satu, bukan dua dan bukan bukan tiga kes-kes macam ni manjadi antara tajuk hangat dibincangkan di banyak media masa.

Kes terbaru berlaku minggu lalu di Ipoh, apabila seorang bayi lelaki berusia dua bulan 16  hari, koma selepas mengalami pendarahan dalam otak yang serius, dipercayai akibat didera pengasuhnya seminggu yang lalu.

Imbasan tomogafi berkomputer (CT Scan) yang dilakukan ke atas bayi tersebut mendapati terdapat pendarahan dalam otak bayi tersebut. Mangsa juga mengalami masalah sawan yang serius.

Bayi Koma Akibat Goncangan Yang Kuat


Berdasarkan maklumat daripada doktor, mangsa mengalami ‘baby shaking syndrom’ akibat goncangan kuat hingga menyebabkan pendarahan di bahagian selaput otak di antara otak kiri dan kanan. 

Pembedahan bagi menyelamatkan nyawa mangsa selamat dijalankan namun bayi malang tersebut masih kritikal.

P/s: Mungkin hukuman bagi mereka-mereka yang mendera kanak-kanak ni tak cukup menakutkan kot. Kalau hukuman tersebut dibuat dihadapan khalayak ramai seperti rotan ke mungkin dia orang ni takut kot. Sama jugak dengan kes mencuri, merompak atau berzina. Kalau hukum Islam dijalankan In Shaa Allah jenayah macam ni boleh dikurangkan. Yalah bila dah dapat tengok real hukuman sesiapa yang berhajat nak melakukan kesalahan tu mungkin berfikir ribuan kali. Itulah kebaikan hukum Islam. Hikmah untuk semua orang.