Breaking News

Friday, March 14, 2014

La ..Salah Topeng Ke?

http://1.bp.blogspot.com/-9CqfU7z6rRI/UcdBg9A5_BI/AAAAAAAABh0/jbqkhSrBjl8/s1600/haze-in-KL.jpg
Jerebu Di Lembah Kelang

Jerebu kembali. Dan kalau bercakap pasal jerebu, pastinya langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan jerebu adalah memakai topeng. Unfortunately bila kita tengok news di Astro Awani, dia orang ada bangkitkan isu mengenai ramai diantara kita yang pakai topeng yang salah untuk tujuan ini. 

Topeng yang dimaksudkan adalah topeng surgical yang biasa digunakan oleh pesakit di hospital. Topeng yang sepatutnya dipakai adalah topeng N95. Memandangkan kita tak pun tak sure topeng N95 yang mana satu, terpaksalah guna khidmat uncle google lah kan. Dan I'am lucky coz ada info yang lengkap mengenai jenis-jenis topeng ni dari Blog Drhassanbasri.

Antara jenis-jenis topeng muka ialah :

Surgical Mask

Ia digunakan oleh pesakit untuk mengelakkan cecair kahak dan hingus pesakit tersebar ke udara ketika batuk. Tidak menjanjikan perlindungan 100% kepada pemakai yang sihat kerana udara masih lagi boleh masuk ke rongga-rongga yang ada di topeng tersebut jika tidak dipakai dengan kemas.

N95 Mask

Ia digunakan oleh staf kesihatan untuk melindungi pemakai ketika berhadapan dengan pesakit yang bersimptom. Memberi perlindungan yang lebih tinggi kerana tiada rongga diantara mulut, hidung dan persekitaran luar. Pemakai mungkin berasa tidak selesa kerana tiada rongga udara dan menyebabkan sedikit kesukaran bernafas.

 N 100 with filter

Mempunyai air filter dihadapan yang berfungsi dengan menapis udara diluar dan menghalang kemasukan partikel udara daripada memasuki rung dalam topeng. Agak selesa dipakai kerana filter tersebut membenarkan udara didalam topeng ke luar. Tidak sesuai dipakai oleh pesakit kerana masih membenarkan udara tercemar keluar daripada topeng tersbut.

So berdasarkan info kat atas, kita ada dua pilihan actually. Samada nak guna N95 mask atau N 100 with filter. Dan topeng ni hanya boleh digunakan sekali sahaja. Tidak boleh digunakan sekali lagi dan tidak boleh dikongsi. So next time kalau nak beli topeng pilih antara dua ni ya.



12 comments:

  1. kena tahu ni mask yang mana sesuai dipakai masa jerebu kan raudzah (:

    ReplyDelete
  2. selalunya beli yang surgical mask tu.. baru tahu ianya topeng yang salah.. hehe.. lepas ini kena beli topeng N95 atau N100.. terima kasih berkongsi informasi ini..

    ReplyDelete
  3. dah salah topeng nih ... sis bagi topeng visa .

    ReplyDelete
  4. Dah tentu le guna topeng yg murah..surgical mask le tuu. N95/N100 tu mahal...
    Untuk kesihatan pun nak berkira...huhu

    ReplyDelete
  5. Ohh.. ingat minyak je ada jenis 95.. topeng pun ada rupanya... 3x komli.. :D

    ReplyDelete
  6. yg dua tu mahal sikit kan...mahal2 tp x leh guna byk kali la plak...

    ReplyDelete
  7. kena betul-betul jaga kesihatan, pastikan mask tu betul... hihiih....

    ReplyDelete
  8. surgical mask murah, n95 dgn n100 tu mahal sikit laa...semoga kita sama2 jaga kesihatan dgn baik musim2 jerebu ni...

    ReplyDelete

Designed By