MH370: Jangka Hayat Kotak Hitam Semakin Lemah
Kotak Hitam Semakin Lemah
MH370: Jangka Hayat Kotak Hitam Semakin Lemah
Hari ni sudah masuk hari ke 14 Kehilangan Misteri Pesawat MH370. Ini bermakna jangka hayat kotak Hitam pesawat juga semakin lemah. Jangka hayat bateri kotak hitam pesawat penerbangan MH370 kebiasaannya hanya mampu bertahan sehingga 30 hari selepas mengalami sesuatu hentakan mahupun terhempas. Dalam kes MH370, kotak hitam pesawat hanya mampu bertahan untuk jangkamasa 16 hari lagi selepas pesawat itu dilaporkan hilang 8 Mac lalu.
Kotak Hitam (Klik Untuk Besarkan Imej)
Apakah Kotak Hitam (Black Box)?
Kotak hitam merekodkan segala data mengenai apa yang berlaku dalam pesawat termasuk mengesan segala tindakan yang dilakukan oleh juruterbang menggunakan sistem pesawat sebaik enjin dihidupkan seperti membelok, menaik dan membuka pintu kecemasan. Kotak itu berupaya mengeluarkan isyarat kecemasan ketika berlaku rempuhan atau apabila ia menyentuh air. Ia juga mengandungi isyarat ultrasonik yang boleh dikesan sejauh 6 kilometer.
Kotak hitam ini penting kerana ia berupaya menjawab segala persoalan serta spekulasi kejadian yang menimpa sebarang pesawat, terutama dalam kes kehilangan misteri Pesawat MH370. Cip yang berada di dalam kotak hitam berupaya merekodkan data antara satu saat hingga dua saat apa yang berlaku dalam pesawat.
Kotak Hitam Bewarna Oren
Walaupun dinamakan kotak hitam tetapi sesungguhnya kotak tersebut berwarna oren. Warna yang terang ini memudahkan pencarian jika pesawat itu mengalami kecelakaan atau kemalangan.
Biasanya terdapat dua unit kotak hitam yang diletakkan pada bahagian depan pesawat dan bahagian ekor pesawat, yang mana merupakan bahagian yang mudah untuk ditemui dan juga bahagian yang dikatakan kukuh pada badan pesawat.
Sekiranya kotak hitam terbabit tidak dapat ditemui selepas hayat bateri tamat (30 hari), operasi SAR akan menjadi sangat sukar memandangkan kawasan pencarian sangat luas. Kedalaman Lautan Hindi (lautan terdalam di dunia) juga pastinya memberikan tekanan kepada proses pencarian. #Pray4MH370
Rakaman Dari Kotak Hitam Adam Air
sama-sama kita doakan penumpang MH370 Selamat...
ReplyDeleteSemoga kotak hitam ini akan dapat dijumpai sebelum jangka hayatnya habis..kalau tak kita ibarat mencari satu kotak tanpa sebarang petunjuk...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Hanya kuasa Allah melebihi segalanya.moga di permudahkan
ReplyDeleteInti..inti yahoooo!
ReplyDeletesemoga segera ditemui dan segalanya dalam keadaan selamat ... aaamin . belanja mcd .
ReplyDeleteSemoga dipermudahkanlah segala usaha.... sudah semakin lama hari2 yg berlalu...
ReplyDeletebaru tahu kotak tu warna oren..ingatkan warna hitam...thanks for sharing kak..
ReplyDeleteTak sabar nak tau apa cerita sebenar MH370 nie...
ReplyDeleteSemoga semua anak kapal selamat... ameen..
semoga kotak hitam segera ditemui.. doakan seoga semuanya berjalan lancar..
ReplyDeletesemoga segera ditemui...
ReplyDelete