Breaking News

Wednesday, March 19, 2014

Misteri Kokpit MH370

https://pbs.twimg.com/media/BizxjhmCAAEKpJd.jpg 
Misteri Kokpit MH370

Misteri Kehilangan MH370


Hari ni masuk hari ke 13 Kehilangan Misteri Pesawat MH370. Hingga kini tidak ada sebarang maklumat yang sahih dimana kedudukan pewasat MH370. Seluruh dunia tergamam dan pelik bagaimana pesawat sebesar MH370 tidak dapat di kesan oleh mana-mana radar dan juga data satellite dalam dunia ini. Walaubagaimanapun ianya tidak mustahil jika Allah inginkan ianya berlaku sedemikian. 

Dan yang menjadi persoalan utama kini adalah siapa punya angkara dan apa yang sebenarnya berlaku didalam kokpit. Bila kita terbaca beberapa artikel baru-baru ni mengenai tentang kemungkinan-kemungkinan yang berlaku didalam Kokpit MH370, kita teringat satu artikel yang kita anggap penting yang pernah dikeluarkan pada 8 hb Mac (pada hari kejadian) mengenai apa yang sebenarnya berlaku di dalam kokpit pada pagi Sabtu (8 March 2014).

"All Right, Goodnight" Ungkapan Terakhit Dari MH370


Setelah kata-kata terakhir "All Right, Goodnight" di lafazkan, pesawat itu hilang sepenuhnya daripada radar. Menara kawalan Vietnam yang sepatutnya mengambil alih kawalan tersebut gagal berkomunikasi dengan pesawat malang tersebut. Mereka telah meminta bantuan daripada  seorang lagi juruterbang 777 yang dalam perjalanan ke Narita Jepun (30 minit awal), untuk menghubungi Pesawat MH370.

Bunyi Bising dalam Kokpit MH370


Mengikut juruterbang tersebut, beliau berjaya menghubungi MH370. Dan semasa berkomunikasi dengan co-pilot pesawat malang itu kira-kira 1.30 pagi, keadaan kokpit pesawat MH370 sungguh bising, sehingga percakapan dengan co-pilot tidak jelas dan tidak difahami (seolah-olah "mumbling") sebelum percakapan terputus secara total. Bagi beliau terputusnya hubungan antara pesawat terbang adalah perkara biasa. So tidak ada sebarang follow-up dilakukan. 

Bila kita recall balik kejadian ni, kita pasti ada "sesuatu" yang besar berlaku didalam kokpit. Adakah Kokpit MH370 dicerobohi oleh pihak tertentu? Tidak ada pihak yang pasti sehingga MH370 ditemui. Namun ada sesuatu yang pasti. Iaitu, tidak ada tindakan "immediate" dari Menara kawalan Vietnam dan juga Menara Kawalan Subang, apabila pesawat hilang dari radar. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran yang penting kepada negara kita dan juga negara-negara dalam dunia.

Dan kita juga agak hairan kenapa tidak ada sebarang konfirmasi dilakukan dengan juruterbang tersebut yang merupakan orang terakhir yang berkomunikasi denagn pesawat malang tersebut. Mungkin beliau boleh membantu. #Pray4MH370

13 comments:

  1. Masih menjadi tanda tanya pelik..visa tiga kaki hiii

    ReplyDelete
  2. sudah tentu ada sesuatu 'berlaku' di kokpit . visa sini . semoga mereka ditemui dengan segera serta dalam keadaans elamat ... aaamin .

    ReplyDelete
  3. Memang macam tulah dan macam2 lagi andaian yang ada dikepala kita...macam2 perkara yang agak pelik dan aneh mungkin terjadi...hanya mereka yang mengalami yang tahu...
    Sama2lah kita berdoa agar terungkai juga segala andaian dan misteri kehilangan pesawat MH370 ini..

    ReplyDelete
  4. hari demi hari semakin banyak pertanyaan yang timbul...dan semuanya masih tidak terjawab selagi MH370 tidak ditemui...

    ReplyDelete
  5. Cepat lah jmpe... Byk sgt fitnah berlaku sbb kes ni shja..

    ReplyDelete
  6. Semoga segala urusan dipermudahkan...

    ReplyDelete
  7. Bersamalah kita semua terus berdoa agar segalanya dipermudahkan... aamiin..

    ReplyDelete
  8. hmm... tu la.. tak tahu nak kata apa...
    teringat cerita-cerita mat salleh... kalau macam dalam cerita, tentu dah ada fighter jet kejar kapalterbang tu... tau tau jer muncul ...

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum.. raudz,

    memang misteri kehilangan mh370 nie.. sehingga kotak hitam dijumpai...

    mselim3

    ReplyDelete
  10. masih kekal menjadi misteri yang belum terungkap..

    ReplyDelete
  11. banyak persoalan yang berada di minda..

    ReplyDelete
  12. masih terus menjadi misteri...harap semuanya akan terjawab nanti :)

    ReplyDelete

Designed By