Breaking News

Wednesday, March 26, 2014

Pesawat Malindo Air Dari Subang Terbakar Di Udara

gambar dari lama sosial Faiz Subri
Sayap Malindo Air Yang Terbakar 

Pesawat Malindo Air Terbakar Di Udara


Belumpun reda kisah MH370, sebuah pesawat milik Malindo Air dilaporkan terbakar di bahagian enjin sayap kiri dalam penerbangan ke Kuala Terengganu, pagi ini.

Berdasarkan kejadian, percikan api sudah kelihatan sewaktu takeoff. Namun pesawat terus terbang menyebabkan e
njin sayap kiri pesawat tersebut terbakar pada ketinggian 7,000 kaki, kira-kira lima ke tujuh minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. 

 http://www.nammatrichy.com/wp-content/uploads/2013/11/B739-9M-LNF-MALINDO-AIR.jpg
Malindo Air

Alhamdulillah mereka bernasib baik kerana Juruterbang, Kapten Wong Y.Y  berjaya mengawal keadaan sebelum berpatah balik ke lapangan terbang Subang untuk pendaratan kecemasan.

Semua 49 penumpang, yang sebahagian penumpangnya terdiri daripada skuad bolasepak Terengganu, dan empat anak kapal pesawat yang berlepas kira-kira pukul 7.35 pagi itu selamat dan punca kejadian sedang disiasat.

Bila rentetan kemalangan seperti ini berlaku, ianya memang mengerikan. Kini bukan hanya MAS yang terlibat namun ianya telah berjangkit kepada penerbangan yang lain. Apakah ujian Allah selanjutnya? Semoga pihak bertanggungjawab mengenai keselamatan penerbangan mengambil perkara ini secara serius dan kita semua perlu muhasabah diri.

18 comments:

  1. operator penerbangan perlu lebih peka selepas ini...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. mujur semuanya selamat. alhamdullilah. semua yang terjadi ni ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah semua selamat.. macam bersiri pulak kisah kapal terbang nie kan.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
    tak bisa saya bayangkan apabila petaka udara ini terjadi...
    Semoga Allah akan senantiasa medampingin kita dalam setiap langkah dan hela nafas
    آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

    ReplyDelete
  5. alahai...buat org seram sejuk je...huiii~

    ReplyDelete
  6. ya allah jadi risau pulak nak naik flight lepas ni KA

    ReplyDelete
  7. rasa takut dah nak naik flight lepas ni...huhuhu

    ReplyDelete
  8. lepas satu, satu lagi dugaan...pape pon alhamdullillah semuanya selamat

    ReplyDelete
  9. Subhanallah... nasib baik sempat landing kan... dan penumpang tak apa2.. syukurr...

    ReplyDelete
  10. ada tgk dlm tv tadi. sesiapa yg mengalami sure rasa seriau. entah apa punca enjin sayap tu blh terbakar

    ReplyDelete
  11. Seriau pulak nak naik flight kalau macam ni..:(

    ReplyDelete
  12. erm....tkut pula kan....alhamdulillah takde apa yg terjadi..

    ReplyDelete
  13. Saya slalu naik malindo air tu sbb harganya murah, sempoi & ramai juga steward & stewardess yg dah kenal & mesra.. aduhh.. risaulah pulak...

    ReplyDelete
  14. Nasib baik semua penupang selamat.

    Salam

    ReplyDelete
  15. mujur semua penumpang selamat.
    seram jugak kite nak naik flight selepas ne..
    mintak2 takde apa2.

    ReplyDelete
  16. isu MH370 masih x selesai...jangan la ada tragedi lain lagi...menakutkan...

    ReplyDelete
  17. semoga ianya tiada kaitan dengan sabotaj.. syukur semuanya selamat..

    ReplyDelete

Designed By