Breaking News

Sunday, March 23, 2014

Pesawat MAS Di "Serang" Di India

mh 370 
Pesawat MAS Di Serang Unggas

Pesawat MAS Di Serang Unggas 


Biarpun kisah kehilangan misteri MH370 belum lagi selesai, MAS diuji lagi. Kalau MH370 yang hilang menghala ke Beijing, China, kali ini pesawat MH144 yang menuju ke India di serang unggas semasa mendarat.

Namun mereka bernasib baik kerana pesawat MH114 yang membawa 180 penumpang dan anak kapal tersebut terselamat daripada mengalami sebarang bencana apabila sekumpulan unggas merempuh cermin hadapannya (menyebabkan kerosakan pada cermin pesawat) ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) pada malam Jumaat. Mengikut petugas yang berada di sana, mereka tidak pernah melihat sebegitu banyak unggas berada di tempat tersebut walaupun ada beberapa kejadian yang melibatkan unggas berlaku sebelum ini.
 

Kerosakan pesawat Di Serang Unggas


Sejak tahun 1990, terdapat Lebih 75 kejadian pesawat berlanggar dengan unggas ketika berlepas atau mendarat berlaku di TIA. Tiga daripadanya mengakibatkan kerosakan besar terhadap pesawat. Walaupun sebuah pesawat Airbus A300 Thai Airways dan sebuah pesawat Dc-10 Biman Bangladesh terselamat daripada nahas pada 1996 dan 2010, 19 orang maut apabila pesawat Dornier Sita Air terhempas pada September 2012. 


Pesawat MAS: Terkini


Pihak MAS hari ni, mengesahkan pesawat MH066 dari KL ke Incheon (Korea) pada 23 Mac 2014 (semalam) terpaksa dilencongkan ke Hong Kong kerana masalah teknikal.

P/s: Kalau you all perasan, ada kalanya dalam kehidupan kita, ada perkara yang berlaku berturut-turut. Ada berita gembira dan ada juga berita yang kurang elok. Dalam kes MAS, mereka diuji dengan peristiwa-peristiwa yang kurang elok berturut-turut. Cuma nasib mereka yang terlibat aje berbeza. Bermula dari kerugian after kerugian, sekarang diuji dalam bentuk kemalangan kapal terbang. Mungkin adabaiknya pengurusan MAS melihat kembali rentetan peristiwa-peristiwa yang berlaku dan mohon petunjuk dari Allah. #Pray4MH370

14 comments:

  1. Diserang unggas pulak...huh bahaya2

    ReplyDelete
  2. Betul tu...pengurusan kena lihat kembali secara mendalam kejadian2 yg menimpa MAS ini. Muhasabah dan mohon petunjuk Allah swt.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. Allahurabbi.. semoga pesawat2 penerbangan selamat mendarat..

    ReplyDelete
  4. mesti semua penumpang dah kecut perut kan

    ReplyDelete
  5. Macam-macam ujiannya. Alhamdulillah, selamat.

    ReplyDelete
  6. Kepimpinan kena segera sedar atas apa juga yg terjadi. Kembalilah kita sujud mohon pada Allah. Walau tinggi mana pun teknologi tak ada yg mampu mengatasi kudorh dan irodah Allah..

    ReplyDelete
  7. kadang2 kita tak sedar, kita cuba menandingi kekuasaan Allah, semoga peristiwa yang berlaku dapat dijadikan pengajaran. Kembali kepada Pencipta, minta pertolonganNya...

    ReplyDelete
  8. Macam2 dugaan MAS dan negara kita skrng ni.. semoga Allah lindungi & permudahkan segalanya... aamiin..

    ReplyDelete
  9. Adalah sebab apa Allah uji begitu... Moga MAS muhasabah diri... Sama ada bala atau ujian utk kesedaran..

    ReplyDelete
  10. aduhai lepas satu satu dugaan yer.. kena bermuhasabah lah !

    ReplyDelete
  11. Ujian demi ujian... sebaiknya kembali kepadaNya...

    ReplyDelete
  12. biasalah kan kat sana geogarfinya berbukit bukau.....

    ReplyDelete
  13. jalan terbaik kembali pada Allah.. menabung inti, komli, inti.. :D

    ReplyDelete

Designed By