Pesawat MAS (MH370) Ke Beijing, China Hilang?
Pesawat MAS
Pesawat MAS Ke Beijing, China Hilang
Pesawat MAS MH370, B777-200 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur, pada pukul 12.41 malam semalam disahkan putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang ketika ia berada di ruang
udara yang dikawal oleh pihak berkuasa Vietnam jam 2.40 pagi tadi.
Pesawat Hilang Membawa 227 Penumpang
Berdasarkan kenyataan laman web rasmi MAS, pesawat tersebut yang membawa 227 orang penumpang termasuk 12 orang krew dan dua orang bayi itu sepatutnya mendarat di Beijing, China pada pukul 6.30 pagi tadi.
Hubungi MAS Untuk Pertanyaan
MAS dalam kenyataannya mengesahkan ahli keluarga penumpang yang terbabit boleh hadir ke Bangunan Sokongan Fasiliti di Zon Selatan Sokongan KLIA untuk mendapatkan maklumat terbaru. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-87871269.
takutnya...moga takde ape2 yang berlaku kan..
ReplyDeleteSemuga semuanya selamat..aaminn..
ReplyDeleteMoga semuanya dalam keadaan selamat..amin
ReplyDeleteBaru tgk breaking news 12pm tadi ... masih dlm pencarian . Tapi tiada di Nanning dan laut China ... semoga semuanya selamat ... aaamin . Saya belikan colgate .
ReplyDeletedoakan semoga semuanya selamat..
ReplyDeletemoga semuanya selamat..
ReplyDeleteharap dapat ditemui dengan segera...
ReplyDeletesemoga kesemua mereka ditemui.. kesian semuanya yg seagama dan rasanya agak tipis utk hidup
ReplyDeletePray and wish that miracle could happen!
ReplyDeletesedih membacanya...apa la sebenarnya yg berlaku..
ReplyDeleteBersama2lah kita semua mendoakan yg terbaik... aamiin...
ReplyDeleteMoga segalanya selamat..
ReplyDelete