Pesawat MH370: Teori "Terrain Masking"

Teori Terrain Masking (Klik Untuk Besarkan Imej)

Pesawat MH370: Teori "Terrain Masking"


Blog Santai kembali mengupas isu kehilangan Misteri Pesawat MH370. Kali ni dengan satu teori baru. Teori Terrain Masking. Sebelum tu kita nak minta maaf kalau isu kehilangan Pesawat MH370 menjadi isu tetap yang akan diterbitkan setiap hari. Sebenarnya kita tak bermaksud untuk menyebarkan spekulasi demi spekulasi, tapi kita merasakan ini tanggungjawab setiap rakyat untuk bersama-sama mengambil tahu (belajar tentang sesuatu yang baru) dan mengambil iktibar daripada kejadian ni sambil berdoa untuk keselamatan kesemua anak kapal. 

Terrain Masking Digunakan Pesawat Pejuang


Teori Terrain Masking adalah merujuk kepada teknik yang biasanya digunakan oleh pesawat pejuang dalam pertempuran di mana juruterbang tentera akan terbang serendah mungkin di kawasan berbukit atau pergunungan untuk melindungi kedatangan mereka daripada dikesan musuh. Dalam kes MH370, pesawat diterbangkan serendah mungkin untuk mengelak daripada dikesan oleh sebarang radar. Mana-mana Individu yang mengendalikan pesawat cara ini harus mempunyai pengetahuan yang sangat kukuh mengenai avionic dan navigasi. Tak salah kalau kita katakan mereka selalunya mempunyai asas ketenteraan.


Applikasi Terrain Masking (Klik Untuk Besarkan Imej)

Terrain Masking Pendekkan Masa Penerbangan


Berdasarkan siasatan, pesawat MH370 diterbangkan pada ketinggian 45,000 kaki di atas paras laut sebelum membuat "terjunan" pada tahap dibawah 10,000 kaki untuk mengaplikasikan teori Terrain Masking.

Mengikut pakar, pengendalian pesawat cara ini sangat merbahaya kerana ianya boleh menyebabkan mereka yang berada di dalam pesawat pening atau jatuh pengsan, jika tidak memakai corong oksigen. 

Penerbangan pesawat Beoing 777 menggunakan teknik terrain masking juga amat berbahaya kepada kerangka Pesawat MH370 kerana saiznya yang besar serta mampu memendekkan masa penerbangan.

#Pray4MH370

Comments

  1. banyak ilmu yang kita belajar sebenarnya dari kehilangan MH370 ni, hari demi hari ada ajer maklumat, walaupun orang kata berbagai spekulasi, tapi at least we learn something and kita pun kenalah tau macam mana nak hadam info dan maklumat kann...apa2 pun keep on praying for MH370...

    ReplyDelete
  2. sis tak anggap ini sebagai spekulasi tetapi sebagai general knowledge tentang penerbangan . Kita digalakan utk cari n tambah ilmu ... semoga mereka ditemui dgn segera ... aaamin . sis cari ilmu di inti .

    ReplyDelete
  3. Sememangnya bukan calang-calang & sebarangan org yg mampu melakukan yg sedemikian... semoga Allah jualah yg mematahkan segla perancangan jahat sekiranya ada... Allah jualah sebaik2 perancang & perlaksana.. aamiin..

    ReplyDelete
  4. Secerdik atau sepandai mana pun orang yang terlibat dgn isu nie.
    Pasti akan kembali kepada ALLAH

    ReplyDelete
  5. tak sabar nak mengetahui pengakhiran pesawat MH370..terlalu banyak spekulasi dan andaian di buat...kalau penumpang2 tu masih hidup,kesian mereka...Dah lama sangat...entah makan ke tidak...

    ReplyDelete
  6. apelah cite ataupon gambaran yg sebenar kan? Tapi sedikit sebanyak dapat ilmu gak dari issue ni...harap semuanya kembali dengan selamat jika mereka masih hidup dan moga Allah Swt melindungi mereka...

    ReplyDelete
  7. Doa dan terus berdoa... Setiap kejadian ada byk.hikmah yg Allah nk tnjuk.. Dr tak tahu, segalanya jadi tahu...

    ReplyDelete
  8. ilmu baru untuk aiza.. tak pernah tahu pun mengenai terrain masking sebelum ini..

    ReplyDelete
  9. teruskan lah berdoa...sejak kehilangan pesawat ni..byk ilmu kita perolehi dan ada kemungkinan anak2 muda kita berminat untuk menceburi bidang penerbangan ataupun bidang ketenteraan..

    ReplyDelete
  10. Kes MH370 ni ... buat saya teringat cerita LOST yang merapu tu... :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat