Breaking News

Friday, March 14, 2014

Raja Bomoh Nak Saman Siapa Degil

Raja Bomoh Sedang Beraksi

Raja Bomoh Nak Saman Siapa Degil


Raja Bomoh Nak Saman Siapa Degil dan berkeras mengatakan ritual beliau adalah syirik. Ibrahim Mat Zin yang menggelar dirinya sebagai 'Raja bomoh' dilaporkan akan mengambil tindakan itu ke atas pihak yang mendakwa kaedah perbomohannya itu bertentangan dengan syariat Islam.

Menurut beliau, penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja. Beliau berharap orang ramai tidak mudah menuduhnya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil.

Raja Bomoh Sedang Beraksi

Raja Bomoh Bersama Tikar Ajaib


Raja Bomoh yang hadir ke KLIA pada hari Sabtu lepas atas jemputan seseorang telah menggemparkan dunia apabila beraksi bersama Teropong dan Tikar Ajaibnya untuk mencari pesawat MH370. 

Applikasi Permainan "BOMOH"


Tindakan beliau telah mendapat respon yang overwhelming apabila perkataan BOMOH telah di muatnaik sebanyak 200,000 di Twitter dan tak ketinggalan satu aplikasi baru yang dikenali sebagai bomoh mencari pesawat MH370 telah diperkenalkan.  Aplikasi permainan ‘Bomoh’ tersebut boleh didapati di Play Store bagi pengguna sistem operasi Android. Dalam masa yang sama, aksi-aksi beliau juga telah diparodikan dan menjadi viral di laman sosial.

My suggestion is, Ada baiknya Raja Bomoh duduk bersama JAKIM untuk menyelesaikan masalah ni. Tak perlulah saman-saman kot. Kita pasti niat beliau baik. Untuk sama-sama membantu cuma ada baiknya aksi-aksi lucu beliau tu tak perlu dipertontonkan dikhalayak ramai rasanya. Kalau hanya bacaan ayat-ayat suci Al-Quran pasti tak ada masalah. Tapi nasi dah jadi buburkan. Nak buat camne..

11 comments:

  1. buat malu rakyat malaysia jelah bomoh nie..

    ReplyDelete
  2. Betul tu... setuju.. JAKIM dbg badan agama yg dipertanggungjawabkan melaksanakan perihal agama di negara ini perlu dihormati.. klu org2 yg dah matang spt beliau tak hormat Jakim pun dah jadi contoh tak baik buat semua rakyat Malaysia ni.

    ReplyDelete
  3. huhu...kelakar lah..buat malu jer...

    ReplyDelete
  4. entah pape je kan..memalukan malaysia...

    ReplyDelete
  5. lucu pun ada juga bila melihat aksi mereka.. hehe.. komli, nissan, nissan.. selamat berhujung minggu.. :D

    ReplyDelete
  6. Malu satu dunia aksi dia tu... Smpai kena perli dgn ngra luar.. Huhu

    ReplyDelete
  7. Agak-agak dorang tu dapat duit banyak tak dengan publisiti macam tu? :D

    ReplyDelete
  8. mereka memalukan negara dengan aksi mereka yang agak lucu tu

    p/s komli and Inti for you :)

    ReplyDelete
  9. macam2 ada, masalah juga bila ada hal2 bomoh macam ni....haishhh

    ReplyDelete

Designed By