Skip to main content
Sedih: 6 Maut Kerana Dadah Di Konsert Festival Music, Bukit Jalil
Konsert Yang Mengundang Musibah
Lima Maut Kerana Dadah
Enam maut dan tiga lagi berada didalam keadaan kritikal kerana mengambil dadah jenis 'methamphetamine' secara berlebihan semasa menyaksikan Konsert Festival Music Di Bukit Jalil. Keenam-enam mereka adalah merupakan rakyat Malaysia berumur di antara 21 dan 28 tahun. Tiga daripada mereka adalah wanita dan berbangsa Melayu. Sedihkan...
Bila perkara macam ni berlaku, kita rasa sedih sangat coz pada masa sebahagaian daripada rakyat Malaysia masih sedih dengan apa yang berlaku pada pesawat MH370, ada juga pihak yang sengaja mengundang musibah. Difahamkan kebanyakan mereka ni mengambil dadah tersebut untuk memastikan mereka mempunyai cukup tenaga untuk menari dan berhibur sehingga pagi.
Dadah Jenis 'Methamphetamine'
Konsert Mengundang "Drug Cartels"
Dan semalam bila kita tengok berita mengenai kes ni, agak terkejut bila dengar kenyataan dari Saudara Khai Aziz, Presiden Drug Free Youth Association. Menurut beliau, kejadian ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Dia dah expect benda ni akan berlaku kerana perkara yang sama berlaku pada tahun lalu.
Sebagai seorang yang pernah terlibat dalam aktiviti seperti ini, beliau mengesahkan penganjuran Festival Music atau seperti ini sebenarnya mengundang ramai "drug cartels" ke tempat tersebut kerana kehadiran penonton dalam jumlah yang besar. Bagi mereka inilah masa paling sesuai untuk mendapat pulangan lumayan coz ramai pengunjung terutama anak-anak melayu kat situ yang memang teruja untuk "Menghiburkan Diri" secara berlebihan.
Mungkin tiba masanya kerajaan mengambil serius perkara ni. Penguatkuasaan perlu dilakukan. Pastikan mana-mana konsert yang diadakan di Malaysia adalah "FREE" dari dadah.
itulah bila berhbur secara berlebihan..
ReplyDeletesalam takziah.. kpda mangasa...
inti n inti
lepas ni kena wat pemeriksaan pada setiap orang ler .
ReplyDeletePemantauan lebih teliti kita harapkn selepas ini
ReplyDeletesedih bila anak bangsa kita boleh terjebak begitu.. :(
ReplyDeleteSedihnya..kesian anak bangsa kita..
ReplyDeletememang menyedihkan...anak-anak Melayu tu terperangkap dengan keseronokan sementara.
ReplyDeleteYang bersalah adalah pihak penganjur dan pihak berkuasa yng meluluskan konsert ini!
ReplyDeletebukankah ia salah orang yang mengguna dadah? kalau dadah tu kecik, kena strip search semua orang ke?
Deleteharapnya lepas ni akan ada pemantauan yang lebih teliti..perkara sebegini sepatutnya boleh dielakkan
ReplyDeletekomli, inti and blue bird for you :)
ReplyDeleteFun drugs ni tak macam heavy drugs spt kokain & heroin.. mmg lambat utk jadi ketagih tetapi klu nasib tak baik mmg boleh mati terus... jauhilah terus dadah...
ReplyDeleteMmg sedih yang teramat...
ReplyDelete