3 Amalan Istimewa Di Bulan Rejab

  https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMmnnHhSfAgIEN1dWoX2elnqGalJqBGr5Pk_ehVdp-JlLCtwJ1GW3d2B55r9r8GFb3cSRPVWTZYD1AI52VZzyT_u61zrPLR9g3cqRY_Vn2qzB6cWxgZSeo7XhkSaY6aB2E6cpLbkdKX2k/s1600/bulan+rejab.jpg
 Istimewanya Rejab (Source)

Amalan Istimewa Di Bulan Rejab 


Salam 1 Rejab untuk semua pembaca Blog Santai. Alhamdulillah, kita masih diberikan nafas untuk menyambut kedatangan Rejab pada tahun ini. Kita pasti ramai yang tau, Rejab adalah  bulan Allah. Banyak keistimewaan yang terdapat dalam Bulan Rejab yang kita boleh perolehi sekiranya kita beribadat dengan ikhlas kerana Allah. Tiada ibadat khas yang dituntut untuk kita melakukannya, namun jika kita mampu amalkan 3 perkara ini dengan ikhlas:

Puasa Di Bulan Rejab


Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:  “Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.” 

Sedekah Di Bulan Rejab


Selain daripada puasa kita juga amat digalakkan untuk memperbanyakkan sedekah. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan. 

Meminta Ampun Dari Allah


Memperbanyakkan solat sunat juga serta memohon keampunan dari Allah. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
 
Selain daripada 3 Amalan di atas, kita juga amat dituntut untuk memperbanyakkan bacaan di bawah sepanjang bulan Rejab.

https://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/06/doa-rejab-q-isma-1433.png
Doa Di Bulan Rejab (Source)
http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/06/istighfar-rejab1.jpg
Istighfar Di Bulan Rejab (Source)
http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/06/zikir-rejab-3.jpg 
Zikir Di Bulan Rejab (Source)

Selamat beramal semua. Semoga Rejab kita adalah Rejab yang di rahmati Allah. Jaga diri, hiasi peribadi dan Selamat Hari Pekerja untuk semua.

Comments

  1. perkongsian yg bagus...terima kasih..

    inti dan wisper for u..:)

    ReplyDelete
  2. salam 1 rejab sis...perkongsian yang sangat berguna..like 1000X

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks you Sis Kathy. Salam 1 Rejab to you too..

      Delete
  3. salam rejab . semoga kita dpt melakukannya . klu blh jgn tggl semuanya ... jumpa ribena sini .

    ReplyDelete
  4. Salam rejab, Terima kasih diatas perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam rejab to you too & you are most welcome..

      Delete
  5. Salam rejab..t.kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  6. bila tiba rejab mknanya kita dh hmpir kpd Ramadhan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat