3 Bahayanya Pujian
Doa Ketika Menerima Pujian
Bahaya Pujian
Bahaya pujian adalah kisah pilihan renungan pagi Blog Santai yang ingin kita kongsikan dengan semua. Bila kita bercakap mengenai pujian, sebagai manusia kita pasti suka. Samada ianya dilafazkan secara ikhlas atau tidak, bukanlah masalah bagi yang menerima pujian kerana naluri manusia biasanya suka pada pujian dan tidak suka pada kritikan.
Namun tanpa kita sedari, pujian ini sebenarnya adalah ujian dari Allah. Bahaya nya amat besar. Antaranya:
1. Pujian boleh membuat kita leka. Dek kerana terlalu banyak pujian, kita akhirnya leka. Kita akan merasakan diri kita yang paling baik, yang paling sempurna dan mungkin diri kita yang paling soleh amalnya. Akhirnya ia bakal merosakkan diri kerana apabila kita leka kita tidak akan berubah kepada sesuatu yang lebih baik.
"Menyukai sanjungan dan pujian membuat orang buta dan tuli." (HR. Ad-Dailami).
2. Pujian boleh membuat kita bangga diri. Tanpa sedar mungkin perasaan bangga diri tu akan bertapak dalam hati. BANGGA diri atau kagum terhadap diri sendiri adalah penyakit hati yang akan merugikan diri kita sendiri.
Firman Allah bermaksud: “Jangan kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang terlalu membanggakan diri.”(Surah Al-Qashash, ayat 76)
3. Pujian boleh membuat kita lupa diri. Hanya kita yang mengenali diri yang sebenarnya. Masalah akan timbul apabila yang memberi pujian hanya nampak pada luaran. Dalamannya mungkin berbeza. Namun dek kerana leka oleh pujian, kita terpaksa menjadi hipokrit. Malangnya sifat hipokrit selalunya tidak akan kekal lama kerana itu bukan diri kita yang sebenar. Bila hipokrit hati kita tidak akan menjadi ikhlas.
So kita kena sentiasa ingatkan diri agar tidak leka dengan pujian dan jangan terlalu berlebihan dalam memberi pujian. Hanya Allah yang "berhak" kepada setiap pujian kerana apa yang ada pada kita adalah hak milik Allah. Ucapkan Alhamdulillah jika menerima pujian, dan berdoalah supaya Allah menjadikan kita lebih baik dari apa yang diperkatakan.
boleh memuji, tapi biar berpada-pada.. :)
ReplyDeletesinggah menabung digi sini.. :)
Pujian itu baik utk memotivasikan diri, tp jika terlalu bnyak dikhuatiri akan mengundang riak.. nauzubillah.. pujian ibarat gula.. sikit2 sedap & menceriakan, tp klu bnyk boleh mengundang penyakit...
ReplyDelete3x digi.. :D
terlalu banyak dipuji akan membawa kepada bangga diri dan riak
ReplyDeletepujilah dgn sederhna krn puji yang melambung akan membuatkan kita terjerumus sifat mazmumah
ReplyDeletepujian yang tinggi akan berikan orang bangga diri.
ReplyDeleteBila kena puji... terus ingat ALlah SWT yang lebih berhak ke atas pujian tersebut...oleh itu, terus katakan Alhamdulillah...
ReplyDeleteso bila dipuji amalkan dengan mengucap "alhamdulillah, sesungguhnya apa sahaja yang ada pada diriku adalah milik Allah, pinjaman dariNya." :)
ReplyDeletePuji-pujian kepada allah amat besar pahala nya daripada puji kpd manusia..
ReplyDeletesinggah menabung hari khamis kak rauzdah... ^_^
Bahaya besar kepada yg dipuji boleh menimbulkan perasaan bangga diri dan riak
ReplyDeleteSukar menidakkan suka dipuji walaupun berkata tidak... Namun reaksi setelah dipuji itu penting, itulah ujian sebenarnya!
ReplyDeletekadang-kadang ter....riak jg dgn pujian,cepat2 istigfar,
ReplyDeleteSegala puji bagi Allah
ReplyDeleteingatan utk diri sendiri juga ni tq yer
ReplyDeleteBetul tu.. Kna hati2 bila dipuji..
ReplyDeletepujian itu ujian..
ReplyDeleteorg perempuan ni mmg suka dipuji...hehehe...thx for this info raudzah...
ReplyDeletenice sharing...
ReplyDelete