5 Jenis Coffee Yang Unik Di Asia

http://img.21food.com/20110609/product/1305741985140.jpg 
"Big Train Blended Ice Coffee"
 

5 Jenis Coffee Yang Unik Di Asia


You all suka minum coffee tak? Mesti ramai yang sukakan. Kalau tanya kita, kita lebih suka tea dari coffee. Cuma kalau blended ice coffee memang tak tolak punya.  Dan bila bercakap pasal coffee ni, pelbagai perisa yang ada diseluruh dunia.  Semuanya unik dan ada rasa tersendiri. Dan untuk hari ni, slot Info menarik pilihan Blog Santai ingin berkongsi kisah 5 Jenis Coffee Yang Paling Unik Di Asia.

 
"Coffee Egg" Dari Vietnam

Vietnam terkenal dengan "Coffee Egg". Unik nya coffee ni adalah kerana toppingnya dibuat daripada gabungan kuning telur dan susu pekat yang dipukul bersama. Sebelum coffee dituang ke dalam cawan, toppingnya disediakan terlebih dahulu. Kemudiannya Coffee akan dituang ke dalam cawan menyebabkan toppingnya yang sangat berkrim dan manis terapung. Coffee Egg ini selalu dijadikan sebagai pencuci mulut.

 
"White Cofee" Dari Malaysia

Malaysian's Old Town "White Cofee" adalah istilah yang sama sekali tidak ada kaitan dengan warna coffee, tetapi sebenarnya merujuk kepada cara unik penyediaan coffee tersebut. Secawan Oldtown White Coffee adalah gabungan 3 jenis biji kopi premium (biji kopi Arabica, Robusta dan Liberica ) yang telah dipanggang dengan sempurna dan disediakan mengikut kaedah "White Coffee" yang asal. Proses yang tidak berubah hingga ke hari ini. Proses yang unik inilah yang menyebabkan tekstur dan aroma "Oldtown White Coffee" tiada tandingan.

  
"Ice Coffee" Dari Thailand

"Ice Coffee" dari Thailand, juga dikenali sebagai Oliang. Unik nya coffee ni adalah kerana ia menggabungkan kopi dengan jagung, bijan dan juga kacang soya. Rasanya sangat lazat. Oliang berasal dari dua perkataan. O, yang bermaksud "hitam" dan Liang, yang bermaksud "sejuk " dalam dialek Teochew, bahasa utama yang dituturkan oleh Thai Cina. "Ice Coffee" ni sering dihidangkan dengan susu pekat atau cair dan juga sirap manis.

"South Indian Filter Coffee" Dari India

Uniknya "South Indian Filter Coffee" Dari India adalah kerana cara penyediaan dan hidangannya. Ia di sediakan  dari coffee terbaik yang dipanggang dan dihidangkan bersama-sama dengan "dabarah". Piring tinggi yang digunakan untuk menyejukkan kopi tersebut. Selepas ianya disejukkan coffee tersebut dituang semula ke dalam gelas. Aromanya lebih terasa berbanding diminum terus dari dabarah.
 
 
"Coffee luwak" Dari Bali

"Coffee luwak" adalah dianggap sebagai salah satu kopi terbaik yang disediakan. Uniknya Kopi Luwak ni adalah kerana ianya menggunakan biji kopi yang diambil dari sisa kotoran luwak/musang kelapa. Biji kopi ini dipercayai memiliki rasa yang berbeza setelah ianya dimakan dan dicernakan oleh luwak. Kemasyhuran coffee ini di Asia Tenggara telah lama diketahui, namun ianya menjadi terkenal bermula dari tahun 1980-an. Biji kopi luwak adalah yang termahal di dunia. Ianya boleh mencapai USD100 per 450 gram.

Comments

  1. ok iolss terbayangkan caramel machiatto sekarang ni... oh i'm craving for it... ekekeekekeke.....

    ReplyDelete
  2. sy makin tertarik dgn minuman berasakan kopi walau sblmni tak berapa suka...sebab ; Minum kopi itukan sunnah nabi, setiap Sunnah yang kita buat dapat ganjaran pahala, dan pasti ada kebaikan.

    ReplyDelete
  3. nampak best tp saya kurang kopi2 ni.. clik nuffnang yer

    ReplyDelete
  4. mmg kopi vietnam sedap sekali,aromanya pun menyusuk kalbu...
    eermm saya seorg pengemar kopi.

    ReplyDelete
  5. semuanya nampak best especially yg dari thailand...

    ReplyDelete
  6. hmmm... teringat pasar kopi kat Ipo... tak ingat dah kat mana ...Super Kinta ke apa dah... ada jual macam-macam biji kopi... bila lalu kat lorong tu bau harum kopi semerbak... sedapnyer...

    ReplyDelete
  7. Sekarang ni mudah..kopi segera 3 in 1 jadi pilihan. Ipoh white coffee...pilihan terbaik.

    ReplyDelete
  8. dalam 5 ni pernah try white coffee je..hehe :)

    ReplyDelete
  9. Mmg best kopi2 tu.. teringin pulak tekak ni nak pekena kopi kat kopitiam..
    3x digi.. :D

    ReplyDelete
  10. Starbuckcoffe juga best, tapi mahal!

    ReplyDelete
  11. ice coffee a.k.a oliang mcm menarik ja tu..mmg menyelerakan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat