7 Cara Mencuci Hati Manusia

http://files.myopera.com/peyang26/albums/11906682/Motivasi%2Bcintaku.jpg
Gambaran Hati Manusia

Gambaran Hati Manusia


Hati adalah ibarat raja bagi tubuh badan manusia. Ianya adalah organ hebat yang mempengaruhi pemikiran dan emosi kita . Jika hati seseorang itu diisi dengan sifat yang baik maka hebatlah seluruh anggota badannya dan baiklah akhlaknya Namun jika hati kita telah dikotori dengan sifat keji maka rosaklah peribadi dan akhlak kita.
Sabda Rasullulah s.a.w: 'Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati.'

Kita selalu berkata atau dengar orang berkata, hati manusia tiada siapa yang tahu. Sebenarnya kita salahkan. Isi hati manusia akan tergambar dari perbuatan dan sikap kita. Segala sikap dan perbuatan kita adalah translasi dari apa yang ada dalam hati kita.

7 Cara Mencuci Hati


1. Hati dicuci dengan rasa penyesalan. Menyesal daripada pelbagai kesalahan dan kerana meninggalkan kebaikan.
2. Hati harus dicuci dengan taubat nasuha. Bersungguh-sungguh dan bertekad tidak akan mengulanginya. Jika perlu taubat itu disertai dengan puasa tiga hari sebagai bukti kesungguhan, selain membiasakan solat malam.
3. Hati harus dicuci dengan meninggalkan cinta dunia. Cinta dunia mengakibatkan perbuatan yang salah seperti menipu, curang, rasuah dan sebagainya.
4. Hati dicuci dengan menjauhkan diri daripada sukakan kekuasaan. Sesungguhnya kekuasaan sering menyibukkan manusia dan memalingkannya daripada Allah Yang Maha Kuasa.
5. Hati harus dicuci dengan meninggalkan perasaan suka dipuji. Pujian seringkali menenggelamkan manusia dalam sifat keAkuan yang mengakibatkan kesombongan yang luar biasa.
6. Hati dicuci daripada dendam. Meninggalkan dan melupakan dendam kesumat secara automatik akan memberikan kepada seseorang itu ketabahan dan kesabaran menghadapi cubaan dan rasa sakit daripada orang lain.
7. Hati dicuci dengan meninggalkan hasad dengki yang sudah pastinya sangat berbahaya. Bahaya hasad adalah seperti bahayanya api yang dengan cepat membakar kayu.

Jom sama-sama kita Jaga Diri, Jaga Hati & Jaga Amal. Semoga Allah merahmati kita semua dan dijauhi dari penyakit hati.

Comments

  1. Kerana hati ni dalam badan...sukarnya nak mencuci. kalau boleh keluarkan, masuk mesin basuh je...

    ReplyDelete
  2. hati suci itu susah nak dapat tapi kena siram selalu dengan amalan dan perbuatankan

    ReplyDelete
  3. libres,libres,libres,libres heeeeee selamat hari rabu sis :)

    ReplyDelete
  4. 'Hati kalau terlalu bersih, pandangannya akan menembusi hijab'

    Teringat satu lgu nasyid tu. Hehe

    ReplyDelete
  5. mmg susah nk cuci hati ini....tapi klu terus berusaha...insyaAllah...nanti boleh dicuci juga...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. in shaa Allah. terima kasih kak berkongsi entri berguna ini~~~

    ReplyDelete
  7. Betapa hati kakak tak suci lagi dik..
    Rasa pada cinta dunia masih kuat benar... kena lebih kuatkan iman.
    Malu pada diri sendiri bila melihat org yg tawadhuk..

    ReplyDelete
  8. baik buruk kita semua datang dari hati.. sbb itu hati kita perlu dibersihkan drp perkara2 yg keji dan mungkar..

    ReplyDelete
  9. Semoga kita semua sentiasa tabah utk menjaga & menyucikan hati ini demi keredhaan Allah swt... aamiin..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...perkongsian yg baik...walaupun nk cuci or jaga hati tu ssh..

    ReplyDelete
  11. semua tingklah laku kita bermula dr hati..kalau niat kita baik..maka baiklah jadinya...

    ReplyDelete
  12. Nice sharing.. Mmg bkn mudah nk cuci hati... Kna istiqamah betul2..

    ReplyDelete
  13. tq for sharing.. semoga kita semua dapat mencuci hati kita untuk mendapatkan keredhaan ALLAH.. in shaa ALLAH

    ReplyDelete
  14. bersama kita bermuhasabah diri dan memperbaiki diri agar menjadi lebih baik.. bersama-sama kita mencuci hati kita agar ianya bersih.. menabung komli dan nuff hanya keluar churp2..

    ReplyDelete
  15. semoga kita dapat mencuci hati kita dan memperbaiki segala kekurangan

    ReplyDelete
  16. sucikanlah hati mu...eh,ni macam lirik lagu raya lak kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat