Adik-Adik Ni Berpesta Arak Dan Dadah


Foto
 Adik-Adik Ni Berpesta Arak Dan Dadah

Pesta Arak Dan Dadah


Info serius yang ingin kita kongsikan dengan semua pembaca Blog Santai pagi ni adalah kisah pesta harijadi adik-adik kita yang akhirnya bertukar menjadi pesta dadah dan pesta arak.
 
Inilah pesta-pesta yang biasa diraikan oleh rakyat Malaysia. Selalunya bila sebut pesta harijadi, tiada apa yang luar biasa. Menu utamanya pasti kek. Tapi kini tidak lagi. Mungkin selepas ini, menu harijadi utama adalah arak dan dadah. Hmm..

Minuman Keras Hidangan Pesta


Inilah yang berlaku apabila 60 remaja yang ditahan di pesta harijadi di sebuah banglo di Pulau Pinang, disahkan positif dadah. 15 daripada mereka adalah pelajar sekolah. Sewaktu ditahan kebanyakan mereka sedang asyik berpesta. Diiringi alunan muzik adik-adik ni tanpa segan silu meneguk minuman keras dalam pesta tersebut.

Bayangkan salah seorang seorang daripada mereka adalah adik-adik kita. Mungkin tanpa mereka sedari inilah antara pesta yang akan mengubah masa depan mereka.  Biasanya pesta-pesta seumpama inilah yang bakal melahirkan ramai bayi-bayi yang bakal menjadi penghuni tong sampah, bumbung rumah, longkang dan juga tandas.

Jadi apa tanggungjawab kita sebagai seorang kakak atau abang ya? Bagi kita tanggungjawab ibu bapa zaman ini sebenarnya cukup mencabar. Didikan asas agama sahaja tidak mencukupi. Pemantauan yang lebih perlu dilakukan.Hubungan erat kekeluargaan mungkin boleh membantu. Dan kita sebagai kakak maupun abang perlu lebih peka dengan apa yang berlaku kepada adik-adik kita.

Comments

  1. Adik2 juga anak2, disamping asas agama juga perlukan pemantauan dan selalu tegur refresh balik.. takut terleka.

    ReplyDelete
  2. subhanallah, ni yang ada masuk berita tv3 semalam ke? ika ada tengok berita tu...malangnya, memang ini laa yang berlaku di malaysia...lagi menyedihkan kalau ada anak2 melayu yang terlibat...

    ika setuju dengan raudzah, ini bukan semata2 didikan agama je, perhatian daripda ahli keluarga pun penting...kadang2 anak2 yang bermasalah kat luar ni, dorang sebenarnya kurang perhatian dan kasih sayang daripada keluarga...

    semoga dijauhkan daripada berlaku kepada ahli keluarga kita..

    ReplyDelete
  3. Itulah tengok berita semalam. Dah jadi satu kebiasaan pulak kat sesetengah remaja sekarang ni. Dengan dadah dan arak. Astagfirullah. Minta tuhan jauhkan dari orang2 yang kita sayangi... Apa2 pun, mereka ni perlukan bimbingan dan sokongan untuk berubah ke arah yang lebih baik.

    ReplyDelete
  4. yang penting mak bapak kena sentiasa pantau dan ambil tahu pergerakkan anak2...

    ReplyDelete
  5. 80 puluh orang dalam satu banglow???memang mengundang operasi namanya..kadang2 tak paham laa ngan budak2 ini especially remaja, apa yang mereka kejar pun saya tak tahu...semoga kita semua dijauhi daripada gejala2 tidak sihat ini...menabung nissan sini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. Inikah yg anak anak dan adik adik kita dapat bila dunia semakin moden Raudzah.....takutnya! Moga keturunan kita tak akan terlibat sama

    ReplyDelete
  7. mcm2 kan sekrg ni....moga dijauhi...agama tu pnting..

    ReplyDelete
  8. ya Allah.. mcam2 lah anak2 muda skng ni kan !

    ReplyDelete
  9. Sedihnya..ada juga anak melayu yang terlibat..

    ReplyDelete
  10. Mmg bnyk berlaku kegiatan mcm ni skrng.. ujian akhir zaman buat kita semua...
    semoga menjadi peringatan...

    ReplyDelete
  11. Nauzubillah... minta dijauhkan la keluarga kita dari gejala tak sihat nie... ermm.. berhibur tanpa batasan nie...

    ReplyDelete
  12. Itulah tgk berita smlm... Hadui..sedih sungguh..

    ReplyDelete
  13. minta dijauhkan...tapi mcm dah jadi kebiasaan dah skang ni...ibu bapa, abg, kakak...masing2 mempunyai peranan dalam mendidik anak/adik ke jalan yg betul...pemantauan pun mesti juga dilakukan...kena jadi busy body...

    ReplyDelete
  14. Mujurlah aku tidak remaja dizaman ini, jika tidak...entah bagaimanalah agaknya..
    Besar sunguh dugaan mereka, Ya...salah kita semua juga...

    ReplyDelete
  15. penting untuk ibu bapa pantau setiap aktiviti anak mereka yang masih muda remaja..memang terkejut tengok berita semalam

    ReplyDelete
  16. semoga menjadi pengajaran kpd remaja lain diluar sana...

    ReplyDelete
  17. tulah terkejut tengok berita....parti liar ni dah macam sinonim sangat dgn remaja sekarang ni...

    ReplyDelete
  18. Hmm..tak tau nak komen apa..

    ReplyDelete
  19. Bayangkan salah seorang seorang daripada mereka adalah adik-adik kita! memang tak dapat dibayangkan, kalau salah sorang ni adik aku, nahas aku kerjakan yang lelaki aku bagi 17 sebatan. Yang pompuan pulak dihantar ke rumah pemulihan akhlak.

    ReplyDelete

  20. شركة سكاي لخدمات نقل العفش والاثاث بالمنطقة العربية السعودية نحن نوفر خدمات نقل اثاث بالرياض ونقل عفش بالمدينة المنورة ونقل عفش بمكة ونقل عفش بالطائف نحن نقدم افضل نقل اثاث بخميس مشيط ونقل عفش بجدة
    شركة سكاي نقل العفش
    مدونة لنقل العفش
    شركة نقل عفش بمكة
    شركة نقل عفش بالرياض
    شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
    شركة نقل عفش بجدة
    شركة نقل عفش بالطائف
    شركة نقل عفش بالدمام
    <

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat