Awas: Darah Tiruan

 http://obatkankerpembuluhdarah.files.wordpress.com/2014/01/kanker_darah.jpg
 Darah Tiruan Dari Kilang Darah Manusia

Kilang Darah Manusia


Info serius pilihan Blog Santai yang ingin kita kongsikan dengan semua adalah kisah Darah Tiruan Dari Kilang Darah Manusia. Hmm...Bunyinya agak menyeramkan. 

So you all boleh bayangkan, suatu hari nanti, ada industri baru akan lahir. Industri pengeluaran darah manusia. Dan pada ketika itu nanti, kebanyakan tabung darah di hospital dipenuhi dengan darah tiruan yang telah diproses dari Kilang Darah Manusia

Darah Tiruan Dari Kilang Darah


Difahamkan proses membuat darah tiruan ini akan melibatkan pengadunan sel yang diambil daripada manusia dan sel stem.  Dan sehingga kini pasukan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Marc Turner, telah berjaya menghasilkan sejumlah sel darah merah yang sesuai bagi pemindahan darah klinikal. Darah tiruan ini telah diuji ke atas pesakit buat kali pertama kalinya.

Dengan kejayaan ini, mereka berharap dapat menghasilkan sel darah merah dalam skala yang lebih besar bagi menggantikan darah yang didermakan pengguna dan menyelamatkan nyawa lebih  ramai orang. Sasaran utama adalah bekalan darah jenis O yang sukar didapati. Hmm...

Sebenarnya bila kita baca rawatan stem yang popular sekarang ni, darah tiruan ni macam ok. Tapi kita pun tak pasti ianya baik atau tidak untuk tubuh manusia. You all rasa ok ke tak ok?

Comments

  1. bila sebut tiruan susah sikit nak selamat ... rezeki hari ni dapat tiga sekali , ,digi , darlie n esteelauder .

    ReplyDelete
  2. ada pro dan cons kalu benda ini berjaya dihasilkan...

    ReplyDelete
  3. tak tau nak cakap macam mana, ada kesan jangka panjang ke tidak, itu pun kita tak tau lagi kann???

    ReplyDelete
  4. ada yerk.. kena pikirkan baik buruk nyer juga ni !

    ReplyDelete
  5. bagus jugak ada kilang darah ni,dapat jugak menampung kekurangan darah untuk pesakit.tapi kena lihat kesan jangka panjang juga.

    ReplyDelete
  6. adeh....ok ke ni yer?

    ReplyDelete
  7. Ok kalau untuk kebaikan manusia dan tak ada kesan sampingan..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak, sheila tak pasti. nanti nak tanya doktor2 dulu. hehee terkejut gak dengar depa berjaya hasilkan darah tiruan ni T______T"

    ReplyDelete
  9. bercakap pasal tiruan..selalunya mmg susah nak terima..tapi kalau utk manusia sejagat dan mmg niat nak selamatkan manusia..why not kita cuba..

    ReplyDelete
  10. uwaaa.. takut pulak. tapi kalau safe apa salahnya. cuma jangan digunakan utk benda bukan2 dah la

    ReplyDelete
  11. err..susah nk ckp..kalo sebut tiruan mmg was2 jg

    ReplyDelete
  12. mcm tak ok jer...
    kalau pesakit tu allergy mcm mana ya..?

    ReplyDelete
  13. hish menyeramkanlah Raudzah ..... Kalau dah namanya pun tiruanankan ada ke yang baik? Kalau guna untuk luaran tu bolehlah jugakkan kot ni dalam badan manusia...takutlah..

    ReplyDelete
  14. salam. emm tak tau la ok ke tak ..

    ReplyDelete
  15. New info ni...tak tau pulak di dunia ini ada darah tiruan. Kalau pontianak tau habislah kilang darah tu diserbunya....

    ReplyDelete
  16. Saya masih tak konfiden dgn barang tiruan lebih2 lagi benda2 yg mcm ni.. duduk mengalir dlm badan... dah mcm cyborg pulak. Huih.. ngeri je...

    ReplyDelete
  17. Darah tiruan, kalau elok baguslah tapi ada mudharat memang patut dihalang. Bila sebut tiruan ni mana ada baiknya kan?

    ReplyDelete
  18. nama pun dah tiruan...takkan sama dengan darah asli...mesti dikaji kesan penggunaan darah tiruan tu...byk kajian mesti dilakukan....

    ReplyDelete
  19. Pppeerrggghh...macam2 ada skrg ni

    ReplyDelete
  20. erk... semua nya tiru.. hadoila... nsib cubaan buat otak tak menjadi dulu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat