Awas Jangkitan MERS-Cov
Jangkitan Virus MERS-Cov
Jangkitan MERS-Cov
Jangkitan Sindrom Pernafasan Koronavirus Timur Tengah (MERS-COV) yang menular di Malaysia pada ketika ini, adalah Info serius pilihan Blog Santai yang ingin kita kongsikan dengan semua.
Kita pasti, ramai yang dah tau bahawa kes kematian pertama yang melibatkan MERS-Cov di Malaysia
berlaku di batu Pahat Johor. Kes jangkitan MERS-Cov kini menjadi
semakin serius apabila sehingga semalam, seramai 64 orang penduduk dari
Kampung Bintang Batu Pahat
terpaksa dikuarantin selama seminggu di rumah masing-masing selepas
dikesan mengalami tanda-tanda awal MERS-CoV.
Apa Itu Sindrom MERS
MERS-CoV adalah singkatan daripada Middle East Respiratory Syndrome - CoronaVirus atau sindrom pernafasan asia barat - Virus Korona. Sindrom ini mula dikesan di Timur Tengah pada tahun 2012 dan dikenali sebagai 'novel coronavirus'. Pada Mei 2013 ia ditukar kepada MERS-CoV. Sehingga kini pihak penyelidik masih belum menentukan punca jangkitan.
Tanda-Tanda Sindrom MERS
Virus MERS-Cov boleh menyebabkan masalah pernafasan serius dan kegagalan buah pinggang. Individu yang diserang sindrom ini akan mengalami batuk, demam dan sesak atau sukar untuk bernafas.
Langkah Pencegahan MERS-Cov
Untuk mengurangkan risiko jangkitan MERS-Cov, langkah berikut perlu dilakukan:
1. Sering membasuh tangan dengan sabun atau "hand sanitizer" selama 20 saat.
2. Menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk atau bersin.
3. Elakkan menyentuh mulut, hidung dan juga mata dengan tangan yang kotor
3. Elakkan daripada berkongsi cawan atau peralatan dengan mereka yang tidak sihat.
Jangkitan MERS-Cov Seluruh Dunia (klik imej untuk besarkan)
Jangkitan MERS-Cov Seluruh Dunia
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan sehingga kini, 238 kes jangkitan MERS-CoV telah direkodkan di seluruh dunia dengan 92 kematian.
So hati-hati semua. Kalau ada tanda-tanda awal jangkitan, eloklah berjumpa doktor ya...
So hati-hati semua. Kalau ada tanda-tanda awal jangkitan, eloklah berjumpa doktor ya...
kene jaga kesihatan dan cpt2 jupe doktor kalau dah mula batuk2...
ReplyDeleteMemang perlu jaga Fiza..bahaya..
Deleteni pun batuk2 jugak...nak gi klinik secepat mungkin..risau jugak jangkitan seperti ini
ReplyDeleteBetter pergi check aida..
Deletebaru tahu penyakit ini malam td, bile tgk berita...tambah pula dgn info dari akak..thumbs ups for sharing this info kak...
ReplyDeleteThanks MC..harap dapat menambah ilmu k..
DeleteWah harus bisa lebih jaga kebersihan nih :)
ReplyDeleteYup harus dijaga..
Deleteterima kasih atas perkongsian ini...samaa-sama jaga kesihatan..
ReplyDeleteYou are most welcome Wan..
DeleteYa Allah sy sedang batuk teruk ni, harapnya cepat baik ni,skrg macam2 penyakit ada..
ReplyDeleteBetter psergi check imie..
Deleteoye kak, saya nak tanya ni, akak tahu tak cara nak buat entry kita tu selalu teratas di bloglist tu? walaupun entry semalam punya..tq kak
ReplyDeleteKena schedulekan entry tu imie. Guna auto publish. Imie boleh baca tutorial dia kat sini.
Deletehttp://coretanhatikathy.blogspot.com/2014/01/tutorial-blog-entri-auto-publish.html
tq kak, =)
Deletebahaya kalau terkena setakat ni sorang jer kena uh...
ReplyDeleteDah merebak Suri..harap-harap talk serius
Deletedah macam-macam jenis penyakit....kena lebih berhati-hati dalam menjage kesihatan...
ReplyDeleteBetul. Wan...kena hati-hati. Kebersihan kena jaga
Deletenisan dna digi hoyeh
ReplyDeleteThanks Dear...
DeleteNice sharing...
ReplyDeleteThanks Maria..
Deletetakut pulak dgr mcm2 virus penyakit skang kan !
ReplyDeleteMemang takut KA..macam-macam virus adakan..
DeleteSekarang ni macam2 virus dan penyakit baru menyerang..
ReplyDeleteDah akhir zaman kan AB..
Deletekg saya tu ... nasib baik dah lama x balik kg ... virus nissan pasti buat raudz happy .
ReplyDeleteReally? Kena tanya khabar orang kampung tu. Nway thanks sis vee...
Deletewah baru tau saya ada penyakit ini. mesti dicegah juga nih biar ga terjangkit..
ReplyDeletenice share gan :)
Yup virus agak baru Irvan..Kena hati hati..
Deletethanks for the info..tak perasan plak sebelum ni pasal jangkitan virus ini...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
You are most welcome Strider..
Deletesemoga kita di jauhkan dari penyakit berbahaya
ReplyDeleteKena banyak-banyak berdoa adi..
Deletedapat tahu tentang penyakit ni pun bila tengok kat berita..memang bahaya
ReplyDeleteMemang bahaya Puteri..
DeleteMmg merbahaya ni.. semoga kita semua dijauhi.. aamiin..
ReplyDelete3x digi.. :D
Semoga Allah melindungi kita. Aminn...Thanks Khir..
Deleteacik baru dpt tahu penyakit nie .. thanks kak info yg sgt bermanfaat.... kak mohon izin acik nk letakkn blog ini di bloglist acik
ReplyDeleteYou are most welcome acik...And ok aje nak masukkan Bloglist. Thanks ya...
Deletenampaknya kena berhati-hati selalu sekarang ni kan..
ReplyDeleteAlamak...mcm sama je dgn sakit kathy ni..
ReplyDelete