Bunuh Dan Membunuh Apabila Terdesak
Bunuh Dan Membunuh Kerana Terdesak
Bunuh Dan Membunuh Apabila Terdesak
Kalau pagi tadi kita bercerita tentang Penghuni Syurga yang kebanyakannnya orang miskin, kali ni lain ceritanya. Kemiskinan telah membawa kepada kekufuran. Inilah yang terjadi kepada dua insan yang akhirnya terpaksa "Bunuh dan Membunuh" akibat terdesak.
Bunuh Diri Kerana Terdesak
Dalam kes yang pertama, seorang ibu kepada dua anak di India telah mengambil keputusan untuk membunuh diri apabila tidak sanggup lagi berhadapan dengan desakan mentuanya untuk menyerahkan lebihan wang hantaran perkahwinannya. Biarpun telah menyerahkan 131,000 rupee (RM7000), serta menandatangani perjanjian untuk mendermakan ginjal untuk suaminya yang sedang sakit, bagi melangsaikan hantaran tersebut, mentuanya masih belum puas. Beliau tetap mahukan lebihan 25,000 (RM1300). Akibat terdesak dan tidak sanggup lagi menanggung hinaan mentuanya, ibu malang itu mengambil keputusan untuk mengakhiri hidupnya. Beliau telah membakar dirinya sendiri sebelum meningal dunia akibat kesesakan nafas. hmmm..malang sungguh nasib wanita ni..
Membunuh Kerana Terdesak
Sementara itu seorang penganggur di Jakarta terpaksa membunuh
seorang pemandu teksi kerana terdesak untuk
mendapatkan wang. Beliau yang datang ke Jakarta untuk mencari wang gagal mendapatkan mana-mana pekerjaan.
Akibat desakan hidup, beliau mengambil keputusan untuk merompak seorang pemandu teksi yang dinaikinya. Beliau yang tidak berniat untuk melakukannya pada awalnya, terpaksa membuat keputusan untuk membunuh buat pertama kalinya apabila pemandu teksi tersebut enggan menyerahkan wang seperti yang diminta.
Inilah sebahagian daripada realiti kehidupan. Dalam keadaan terdesak seseorang yang tidak kuat imannya, akan melakukan apa sahaja. Kemiskinan yang sepatutnya membuka jalan ke syurga, akhirnya membawa kepada kekufuran. Semoga kita semua mampu bertahan jika diuji Allah dengan kesempitan hidup.
Kalau dah terdesak orang akan buat apa sahaja walaupun membunuh, jadi pegangan agama mesti kuat..
ReplyDeletesemuga kita sentiasa redha dgn ujian Allah dan tak buat yg bukan2 sebab desakan hidup ni
ReplyDeleteakibat dari terdesak apa2 pun boleh berlakukan..
ReplyDeletedesakan hidup manusia tanpa fikir panjang jalan mudah dengan membunuh diri.
ReplyDeleteTekanan hidup zaman sekarang ni memang secara fikrahnya terlalu mendesak. Manusia sekarang hidup umpama menggunakan hukum rimba di mana, yang kuat menindas yang lemah. Enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
ReplyDeletemacam-macam.. janganlah begitu, kembalilah pada Allah s.w.t dan bersabarlah di atas ujian datang...
ReplyDeletebagi kita yg Islam , apa pun keadaannya , kita perlu berbalik kpd Allah ... digi sini
ReplyDeleteOrg buat apa shja bila terdesak bh yg lmah iman lagi la kn..nauzubilah..
ReplyDeleteOrg akan buat apa saja masa terdesak..
ReplyDeletekerana desakan pasti sanggup lakukan apa sahaja..
ReplyDeleteHanya kpd Allah kita berserah utk perlindungan & beroleh kurniaan yg halal... semoga dijauhi dari perlakuan orang atau diri sendiri spt ini... aamiin.
ReplyDeletesemoga dijauhkan dari perkara sebegini...
ReplyDeletehanya keimanan mampu membenteng kita dari perlakuan seumpama ini..
ReplyDeletebetapa rapuhnya iman seseorang sehingga sanggup melakukan perkara yg dilarang oleh allah...semoga ianya dijauhkan dari kita semua... aminnn
ReplyDeleteselalunye disebabkan tekanan hidup yg wat mereka ni sanggup membunuh...
ReplyDeleteشركة سكاي لخدمات نقل العفش والاثاث بالمنطقة العربية السعودية نحن نوفر خدمات نقل اثاث بالرياض ونقل عفش بالمدينة المنورة ونقل عفش بمكة ونقل عفش بالطائف نحن نقدم افضل نقل اثاث بخميس مشيط ونقل عفش بجدة
ReplyDeleteشركة سكاي نقل العفش
مدونة لنقل العفش
شركة نقل عفش بمكة
شركة نقل عفش بالرياض
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل عفش بجدة
شركة نقل عفش بالطائف
شركة نقل عفش بالدمام
<