Doa Waktu Pagi Untuk Mengelak Musibah

 
Doa Mengelak Musibah (Source)

Doa Pagi Mengelak Musibah


Renungan pagi Blog Santai, ingin berkongsi tentang amalan doa yang sangat dituntut untuk kita semua amalkan pada pagi hari untuk melindungi diri daripada sebarang musibah.

Dari Aban bin Osman, bahwa Nabi SAW. bersabda: “Sesiapa membaca ‘BISMILLAAHIL LAZII LAA YADURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDI WALA FIS SAMAA’ WAHUWAS SAMII’UL ‘ALIIM’ Maksudnya : "Dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui", sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa musibah hingga malam hari, dan sesiapa membacanya di waktu malam maka tidak akan ditimpa musibah hingga pagi hari, dengan izin Allah.” (Hadis Riwayat Ahmad no 497) 

Satu ketika Aban bin Osman telah ditimpa musibah mendadak di mana dia telah ditimpa penyakit lumpuh. Sahabat hairan mengapa Aban boleh mengalami musibah, padahal dia yang telah meriwayatkan hadis doa menolak musibah. Maka Aban bin Usman dengan jujur mengakui bahwa pada hari itu dia telah terlupa membaca doa tersebut

Sedekah Pagi Mengelak Musibah


Selain daripada berdoa kita juga amat dituntut untuk bersedekah pada waktu pagi untuk mengelak daripada sebarang musibah.
Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.wj maksudnya : "Wahai Ali ! Sedekah yang sembunyi-sembunyi itu dapat mereda murka Allah dan dapat menarik rezeki dan berkah yang banyak. Maka berpagi-pagilah kalau bersedekah. Kerana sesungguhnya bahaya itu turun pagi hari, sebelum bahaya turun, bersedekahlah sehingga dapat menolak bahaya di udara."
Semoga doa dan sedekah yang kita amalkan setiap pagi kerana Allah, dapat melindungi diri kita daripada sebarang musibah. Aminn!!!

Comments

  1. Nice info, salah satu yang boleh mengubah takdir Allah ialah doa. Dari-NYA Datang keselamatan, kepada-NYA juga kembalinya keselamatan.

    ReplyDelete
  2. sedah untuk doa pun boleh juga ker sis

    ReplyDelete
  3. datang waktu tengahari cari menu libresse dan foard ada tak ?

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian bermanafaat kak..

    ReplyDelete
  5. dah baca dah.. tenkiu sebab post entry ni ye :)
    licha klik ford sini

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. dah copy paste surah tu, bole baca sebelum memulakan keje awal pagi. Timekasi Raudzah

    ReplyDelete
  7. menarik..tq tau sis..

    ReplyDelete
  8. tq berkongsi doa ni yer... done nuffnang !

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..thanks for sharing kak...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. Subhanallah.. t kasih atas perkongsian Raudzah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat