MH370: Tompokan Minyak Jadi Taruhan, Setelah Isyarat Kotak Hitam Tiada Lagi

 
Bluefin 21 Di Turunkan Ke Dasar Laut Setelah The Towed Pinger Locator 
Gagal Mencari Kotak Hitam

MH370: Tompokan Minyak Jadi Taruhan


Pencarian MH370 masuk phasa ke tiga. Setelah isyarat Ping dari kotak hitam dikatakan telah padam sepenuhnya, tompokan minyak kini jadi taruhan untuk dilaporkan di media-media antarabangsa. 

Inilah "drama" terbaru dari Australia. Menurut Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston, tompokan minyak tersebut berada pada anggaran 5,550 kilometer dari isyarat "ping" yang dikesan sebelum ini.

Tompokan Minyak Dari Kapal Peronda?


Dan seperti biasa, "tompokan minyak" ni akan mengambil masa dua tiga hari untuk diuji. Tapi kita rasa jawapannya ramai yang dah taukan. Tak perlu tunggu dua tiga hari. Bagi kita tompokan minyak bukanlah sesuatu yang ganjil, kerana sudah terlalu banyak kapal peronda yang berada ditempat tersebut. Tumpahan minyak ni mungkin adalah salah satu daripada kapal-kapal tersebut. 

Atau ianya sengaja ditumpahkan oleh salah sebuah kapal-kapal tersebut untuk membuatkan "Drama" pencarian MH370 nampak lebih real. Kalau serpihan MH370 tidak dijumpai dan dikatakan telah tenggelam dalam lumpur dan juga di bawa lari arus yang ganas, mana mungkin tompokan minyak dari MH370 masih kekal disitu. Hmmm..


MH370: Mustahil Dan Misteri


Sebenarnya kalau dulu, minat kita terhadap kes ni hampir 110%, tapi kini ianya hilang sedikit demi sedikit, kerana terlalu banyak perkara yang mustahil lagi misteri berlaku. Dan kita sendiri tak hairan kenapa ramai yang mempertikaikan kes ini dan sudah tidak berminat untuk mengikutinya. Sedih tapi itulah kenyataannya.

Comments

  1. doakna terus yer !.. done nuffnang kat sini

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum....raudz,

    moga2 pencarian misteri kehilangan mh370 ini akan terungkai hendaknya..

    mselim3

    ReplyDelete
  3. harap misteri mh370 dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  4. Allah takkan turunkan musibah tanpa sebab ... semoga keluarga mangsa redha dan terus berdoa ...

    ReplyDelete
  5. Harapkan yang terbaik.

    ReplyDelete
  6. dah lama tak ambil tahu perkembangan MH370 ni... yang saya tahu, tak boleh bayang perasaan keluarga mereka yang terlibat... bukan tak tahu, penantian satu penyeksaan... sebulan lebih ... menanti... mengharap... kalau logik asas... nasib apa dah kat mereka tu... nak kata dah tak ada... tak ada tanda-tanda kata tak ada... so berdoa agar Allah mempermudahkan urusan keluarga mereka yang terlibat dalam meneruskan kehidupan mereka yang dah berubah ... moga Allah bagi ketengan dengan cara lain... Allahuakbar

    ReplyDelete
  7. dah kurang ambil tahu berita tentang MH370 ni..banyak sangat yang misteri. Tapi masih berdoa dan mengharapkan yang terbaik

    ReplyDelete
  8. Tragedi ni mcm dah di rancang oleh puak2 yg pandai psikologi agar org jadi malas nak tau... wallahualam.. cuma terfikir mcm tu shj.. Semoga Allah jua yg membuka segala pintu rahsia utk permasalahan ini.. aamiin..
    3x digi...

    ReplyDelete
  9. Semoga usaha ni akan membuahkan hasil..

    ReplyDelete
  10. Memang le, malas nak ambil tahu, sebab, kejap kata kat laut China Selatan, kejap laut Andaman lepas tu kat lautan Hindi, lepas tu nampak serpihan, bukan dari MH 370. kejap kata ada kat koridor utara, kejap patah balik, kejap jatuh kat Pulau Perak.
    Mana satu yang Betul? nampak sangat dipermainkan, diperbodohkan. Kalau tak pasti, tak payah harapan Palsu, statement palsu, bagi orang marah je.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat