Servis "Lipat Kain" Untuk Semua



http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2014/04/23/17/39/lipat%20kain.ashx?w=620&h=413&crop=1&/ 
Servis Lipat Kain

Servis Lipat Kain  


Bila kita terbaca mengenai Service lipat kain dalam Star minggu lepas, kita macam tak percaya je..Kalau dobi dah biasakan. Tapi yang ni idea perniagaan yang kita rasa mungkin orang tak pernah terfikir nak buat kan..Memang betul-betul thinking out of box lah. 

You all tau tak idea perniagaan ni datang dari mana? Sebenarnya menurut pemilik perniagaan ni, timbunan kain dirumahnya yang tidak sempat dilipat, kerana beliau dan isteri sibuk bekerja adalah pencetus idea untuk memulakan business melipat kain ni. Walaupun kedengaran agak kelakar tapi ia benar-benar menjadi tau. 

Servis Lipat Kain Dari Rumah


Sambutan yang diterima setelah tiga bulan beroperasi, amat menggalakkan. Sehingga kini mereka telah mempunyai 30 ejen sah di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Melaka. Dan kini mereka ingin meluaskan lagi perniagaan ni ke Pantai Timur Semenanjung.

Buat masa ni, servis melipat kain yang dikendalikan oleh syarikat Guru Niaga Enterprise ni beroperasi dari rumah pemilik dan juga dari rumah ejen-ejen yang dilantik. Menurut pemilik perniagaan ni, awal-awal dulu memang ramai yang segan nak hantar kain untuk dilipat. Sembunyi-sembunyi lagi..Tapi sekarang tak lagi..he..he 

Lipat Kain RM2 Sekilogram 


Purata kain yang diterima setiap hari mencecah sehingga 100 kilogram. Mereka mengenakan bayaran servis sebanyak RM2 sekilogram. Not bad kan..Memang kita salute lah dengan dia orang. 

So sapa-sapa yang belum ada idea nak memulakan perniagaan, just look around you guys. Mesti ada benda yang boleh dijual yang mungkin orang lain tak terfikir. 

Comments

  1. Macam best je!!! tak pernah terfikir pun

    ReplyDelete
  2. Bagus jugak ni terutama bagi mereka yang bekerja dan punya ahli keluarga yang ramai...walaupun nampak kerja melipat kain ni macam senang dan remeh, tapi pada hakikatnya ramai yang ada masaalah ini...

    Kadang tu berlonggok kain baju dua tiga hari tak berlipat...setengahnya tu sampaikan ambil dan guna semula kain baju yang belum berlipat...keronyot nya tak payah nak cakap lah...

    Ntah2 sikit hari lagi ada pulak servis basuh pinggan...

    ReplyDelete
  3. aduhai,,, mmg keje yg plg malas KA nk buat lipat kain hehehe, done nuffnag yer

    ReplyDelete
  4. Memang terbaiklah dear. Kat Johor depa dah start benda ni dah 2 bulan dengan caj yg sama rm 2/kg. Err...info dari mak cik jijah tu bila kami bertandang ke rumahnya 2 minggu sudah hehehe...

    ReplyDelete
  5. Ohh ada ek orang buat bisnes nie... ermm... kreatif laa dorang nie...

    ReplyDelete
  6. kalau macam tu, lepas ni, aku nak try bisnes iron pakaian, mana tahu, laris jugak!

    ReplyDelete
  7. wahh...service macam nie pun ade ker??hehehe...saya kalau kena time malas lipat kain (which is selalu) saya gantung jer baju2 dengan hangar..hehehe

    Regards.
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. kalau dia dtg kat rumah saya tentu kaya...hihihi,
    kain pun bertimbun-timbun tu ha..

    ReplyDelete
  9. wahhh...servis lipat kain pun dah ada sekarang kan :)

    ReplyDelete
  10. mmg service yang sangat2 diperlukan sbb sangat la bercinta utk melipat kain ni..hehe

    ReplyDelete
  11. X rela org lain lipatkan kain.. Hehe biorlah bertimbun pun..

    ReplyDelete
  12. Bagus gak ni. Kalau yg family kecil mungkin tak terasa. Tapi yang anak ramai masih bersekolah dan suami isteri berkerja, ini kira bagus jugak. Cuma maybe once a while lah hantar. Tapi pakaian dalam tu lipat sendiri ya :D

    ReplyDelete
  13. Hubby noe dulu pun ada kasi idea ni..servis lipat kain...hehehe...mmg pening nk lipat kain...

    ReplyDelete
  14. wah ada juga servis macam ni yer..sesuai untuk yang ada ahli keluarga yang ramai

    ReplyDelete
  15. membasuh rajin...tang lipat tu yg malas....

    ReplyDelete
  16. Mereka pandai melihat peluang.. mmg sesuatu yg baik..
    meninjau 3x ribena.. :D

    ReplyDelete
  17. bagus servis ni..kathy paling tak suka melipat.. hehehehe..

    ReplyDelete
  18. Terima kasih tuan Tanah

    advertis kan kami disini
    inshaAllah kami ada facebook
    https://www.facebook.com/servislipatkain

    dan kami ada website
    www.servislipatkain.com

    dan no hot kami 016 541 2006

    ReplyDelete
  19. Perlukan perkhidmatan lipat kain...call/sms/whatsapp ke no saya,pn intan 0176476704 / 0176447167
    Fb : Intan Al-Fsroque

    ReplyDelete
  20. Perlukan perkhidmatan lipat kain...call/sms/whatsapp ke no saya,pn intan 0176476704 / 0176447167
    Fb : Intan Al-Fsroque

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat