Breaking News

Thursday, May 8, 2014

15 Azab Kerana Solat

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/p480x480/63530_574114792612593_1664501179_n.jpg
Balasan Kerana Meninggalkan Solat 

Renungan Pagi Jumaat


Salam pagi Jumaat untuk semua pembaca Blog Santai. Renungan pagi pilihan kita untuk dikongsikan dengan semua adalah mengenai 15 Azab untuk mereka yang meninggalkan solat. Kita pasti ramai yang selalu dengar dan baca mengenai perkongsian inikan. Tapi sebagai seorang manusia kita perlu selalu di "peringatkan" kerana mungkin ada yang terlepas pandang apabila kita sibuk dengan urusan dunia. 

Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa yang melalaikan akan solat, akan menerima 15 balasan dari Allah. 6 balasan semasa hidup, 3 balasan semasa saat kematian, 3 didalam kubur dan 3 semasa keluar dari kubur (hari Akhirat)

Azab Ketika Hidup Di Dunia

 
Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

Azab Ketika Sakaratul Maut

 
Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.

Azab Ketika Di Dalam Kubur 


Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

Azab Ketika Berada Di Akhirat

 
Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.

Jom sama-sama kita jaga solat kita. Semoga Allah melindungi kita semua daripada 15 azab di atas. Jaga Diri, Hiasi Peribadi & Selamat Beramal.



13 comments:

  1. ngerinyaaa azab Allah akibat tinggalkan solat...

    so yg mana rasa ada solat yg tertinggal dolu2 tu... cuba qadha'kan...

    eh bukan cakap kat Raudzah... cakap umum ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its ok ummi..entry ni pun sebagai peringatan untuk kita juga...

      Delete
  2. Ya Allah takutnya...Peringatan buat diri sendiri ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peringatan untuk kita semuakan sheena..

      Delete
  3. Akibat tinggalkan solat di dunia lagi terima akan azabnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ema..Jom sama-sama jaga solat kita..

      Delete
  4. jangan pandang remeh tentang solat..muhasabah diri...

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas peringatan raudzah

    ReplyDelete
  6. Moga kita tguh mendirikan solat..

    ReplyDelete
  7. Astagfirullah.. semoga kita semua dilindungi... aamiin.
    Salam Jumaat Raudzah..

    ReplyDelete

Designed By