Breaking News

Tuesday, May 20, 2014

Apabila Pesawat MAS Di Sambar Petir

pesawat mas di sambar petir 
 Pesawat MH1348 Di Sambar Petir 

Pesawat MAS Di Sambar Petir


Info Serius pilihan Blog Santai adalah kisah Pesawat MAS (MH1348) Di Sambar Petir di bahagian enjin. Pesawat ini dalam perjalanan ke Langkawi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).  Alhamdulillah tak ada kejadian yang buruk berlaku. Sebenarnya bila baca artikel ni kita tak pasti kesannya kepada pesawat apabila ia disambar petir kerana kejadian seperti ini jarang didedahkan di media terutama untuk pesawat milik Malaysia. Mungkin ini yang pertama kot.

Untuk mendapatkan sedikit gambaran mengenai kejadian pesawat yang disambar petir, kita google beberapa kejadian yang berlaku sebelum ni. Antara kejadian yang serius adalah letupan yang berlaku kepada pesawat penerbangan Pan Amerincan yang telah menyebabkan 83 orang maut pada 8 Disember 1963. Sejak kejadian itu, telah banyak pembaharuan yang dilakukan kepada pesawat. Pastinya melibatkan material yang digunakan untuk membuat pesawat bagi menangkis serangan petir diudara.

 pesawat mas di panah petir
Kesan Pesawat Di Sambar Petir

Kesan Pesawat Di Sambar Petir


Kalau dilihat kesan kepada pesawat yang disambar petir ianya agak mengerikan. Antaranya ianya boleh menyebabkan letupan "fuel tank" dan juga kegagalan system elektrikal. Namun keadaan ini jarang berlaku. Yang selalu berlaku adalah, apabila pesawat disambar petir, penumpang akan dapat melihat cahaya kilat terang memasuki pesawat dan suara ledakan petir. Kerusi penumpang mungkin juga turut bergetar. Hmm..agak mengerikan bagi kita yang memang forbia kilat dan petir ni. Semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian malapetaka yang serius seperti ini.

25 comments:

  1. tak ada apa yang perlu dirisaukan kalau pesawat disambar petir, dalam National Geographi ada diceritakan pasal ni. Badan Pesawat memang direka khusus untuk menampan sambaran petir dan aliran letrik dari petir itu akan mengalir dan keluar melalui ekor pesawat.
    sekiranya berlaku electrical system disruption pun, ada sejenis kipas dibawah pesawat yang akan hidup secara automatik seperti "dynamo" dan pesawat masih boleh meluncur sejauh 68 km sebelum melakukan pendaratan kecemasan.
    Yang seterusnya kita serahkan pada Allah S.W.T, jangan lupa baca doa naik kenderaan ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Anon for info. And pasti doa itu adalah kekuatan kepada kita semua...

      Delete
  2. tpi selalunya peswat dah dilengkapi dgn sistem yg dpt alirkn elektrik kluar dgn slmat klu kena petir..timm nk blik da buln depn ni..hopefully xda pape..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Cik Tim..cuma kadang-kadang kita risau ada kejadian yang lebih buruk berlaku. Secanggih mana ciptaan manusia, ciptaan Allah pasti dapat mengalahkannnya..

      Delete
  3. sejak isu MH 370 memang kejadian kecil yang melibatkan MAS akan dihebahkan... memang akan fikir bukan-bukan bila kapal terbang disambar petir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ema..kejadian biasa mungkin akan jadi luar biasa kalau itu yang di rencanakan..apa-apa pun kita memang takut kilat dan petir..

      Delete
  4. hari tu ada terbaca yang kes pesawat disambar petir ni adalah perkara biasa dan biasanya tiada apa yang serius yang akan berlaku pada pesawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya kesan dia memang minimal. paling tidak gegaran dalam flight akan berlaku..sebenarnya itu dah cukup menggerunkan sebenarnya..he..he. Then kesan panahan selalunya akan kelihatan pada dinding pesawat..

      Delete
  5. kapal sekarang dah ada perlindungan . MH370 tu dah jadi keywords penting di seluruh dunia ... 2 whisper dah kena petir nih .

    ReplyDelete
  6. Terbaca juga pagi tadi.. tapi xde ape2 yang buruk terjadi... :)

    ReplyDelete
  7. tak habis2 cerita MAS lepas kes MH370 tu yer... hrmm!

    ReplyDelete
  8. Semoga segalanya berjalan lancar dan tak ade cerita2 negatif..

    ReplyDelete
  9. Hmm.. Kuasa Allah.. Klu kt darat risiko eksiden, dlm air tenggelam dan ombak, kt udara petir la kan.. Hukum alam...

    ReplyDelete
  10. tengok kilat dari bawah pon dah rasa gerun..>.<

    ReplyDelete
  11. Mmg menakutkan klu kena... mudah2an dijauhkanlah...

    ReplyDelete

Designed By