Awas: Fenomena El Nino Datang Lagi
Fenomena El Nino
Fenomena El Nino Datang Lagi
Info serius pilihan Blog Santai adalah berkenaan Fenomena El Nino yang dijangka melanda Asia Tenggara pada pertengahan tahun ini. Pada sesiapa yang kurang pasti, El Nino merujuk kepada fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam
tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur
Lautan Pasifik.
Ianya menyebabkan perubahan iklim berlaku di seluruh dunia. Akibat perubahan ini, hujan lebat akan berlaku di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain akan berlaku kemarau yang berpanjangan dengan taburan hujan yang amat sedikit. Kurang daripada 50mm bagi sesetengah tempat.
Fenomena El Nino Terburuk
Kesan Fenomena El Nino
Fenomena ini akan memberi kesan yang agak membimbangkan kepada alam sekitar dan aktiviti manusia. Sekurang- kurangnya terdapat tiga kesan utama yang bakal dirasai daripada peningkatan suhu semasa fenomena ini. Kesan ini sebenarnya telah dirasai sejak beberapa bulan yang lalu.
Pertama, kesan terhadap kesihatan manusia apabila cuaca panas berterusan akan mengakibatkan penyakit seperti batuk, selsema, demam dan penyakit berkaitan cuaca panas.
Kedua, keadaan panas mendorong kepada proses sejatan daripada kawasan tadahan air. Ia akan menyebabkan krisis bekalan air. Kawasan tadahan air seperti empangan, tasik dan kolam dibimbangi akan mengalami penyusutan ketara disebabkan kadar sejatan yang tinggi. Sekiranya ini berlaku, langkah seperti catuan air di sesetengah kawasan mungkin terpaksa dibuat.
Ketiga, persekitaran yang kering mendorong berlakunya kebakaran. Biasanya kebakaran berlaku disebabkan oleh tindakan manusia. Kawasan padang yang kering boleh terbakar dengan mudah andainya putung rokok yang masih berapi dibuang ke kawasan tersebut. Tapak pelupusan sampah yang membebaskan gas metana pula berpotensi menyebabkan kebakaran secara spontan. Semasa El-Nino 1997/1998, kualiti udara terjejas teruk akibat jerebu.
what? el nino datang lagi?
ReplyDeleteKalau ikut ramalan dijangkakann akan berlangsung selama 6 bulan itu yg membimbangkan.. Ujian Allah buat rakyat M'sia..
ReplyDeletesaya dah lupa fenomena el-nino ni pada zaman 1997/1998.. yg saya ingat sekitar tahun awal 2005/6 (rasanya lah) pernah jadi jerebu sampai nampak semuanya kuning... nampaknya semua kena ambil langkah berjaga2... terutama kesihatan....
ReplyDeleteketika itu bulan ramadhan kan sehingga hujung tahun ... bersedialah . Ujian drp Allah mmg tak blh tolak . klu kat kg blh gak buat perigi tapi blh kering kontang juga ... harap syabas dah sedia ...fenomena inti dan whisper saya jumpa di sini .
ReplyDeleteredha dgn kehendakNYA ...semuga kita tabah dgn ujian dan dilindungiNya
ReplyDeleteDengar jugak pagi tadi kat radio Raudzah.... baru je nak relax sikit ...air tak yah kena catu dah nak Elnino pulak....moga dijauhkan hendaknya...mereka mampu meramal tapi segalanya dari Allah kan...
ReplyDeletebelum pernah lagi pasal El Nino ni, btw nice info.. :)
ReplyDelete