Breaking News

Thursday, May 15, 2014

Awas: Kes Pecah Kereta Dan Samun Pemandu Semakin Serius

http://img.astroawani.com/2013-01/51358308395_freesize.jpg
Cermin Kereta Di Pecahkan Penjenayah

Kes Pecah Kereta Dan Samun Semakin Serius


Info Serius pilihan Blog Santai yang ingin kita kongsikan dengan semua adalah mengenai peningkatan serius kes Pecah Kereta Dan Samun Pemandu dikhalangan pemandu wanita terutama di lembah Kelang. Mengikut laporan polis, kejadian ini berlaku hampir setiap hari. 

Ianya selalu berlaku pada ketika keadaan sesak samada ketika waktu hujan atau ketika berada di lampu isyarat. Kebanyakannya berlaku pada waktu puncak, iaitu sekitar jam 4 petang sehingga 8 malam dan 6 pagi hingga 11 pagi.

Pecah Kereta Menggunakan Topi Keledar 


Kebiasaannya penjenayah ini bermotosikal dimana salah seorang daripada mereka akan memecahkan cermin kereta dan meragut beg tangan yang diletakkan disebelah tempat duduk penumpang. Di antara senjata yang selalunya digunakan untuk memecah cermin kereta mangsa adalah seperti palam pencucuh motosikal, tukul besi dan juga topi keledar.
 
Ketika kejadian berlaku, mangsa selalunya tergamam dan tidak mampu melakukan apa-apa. Ini memudahkan lagi tindakan mereka untuk melarikan barangan berharga milik mangsa.


 http://img.astroawani.com/2013-01/81358913900_freesize.jpg
Kawasan Panas  Di Lembah Kelang

Kawasan Sasaran Penjenayah


Antara persimpangan lampu isyarat yang sering menjadi sasaran penjenayah ini di kawasan Lembah Kelang adalah seperti di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Razak (Dang Wangi), Bukit Jalil, Sungai Besi, Bandar Tun Razak dan Taman Maluri (Cheras) dan Jalan Duta dan Batu 2 ½ di Jalan Ipoh (Sentul).

Cara Mengelakkan Kes Pecah Kereta


Untuk mengelakkan kejadian pecah kereta dan samun berulang, rakan-rakan semua diingatkan supaya tidak meletakkan beg tangan, komputer riba mahupun handphone di sebelah tempat duduk penumpang. Keadaan ini akan mendorong penjenayah untuk memecahkan cermin kereta bagi mendapatkan barangan tersebut.

 http://1.bp.blogspot.com/-t80LtR5fekQ/ULV-5j9LJVI/AAAAAAAABPg/31nwmIvLqoo/s1600/doa+pelindung+diri+(2).jpg
 Bacalah ayat ini setiap kali keluar daripada rumah. (pagi & petang). Semoga kita semua dilindungi dari segala keburukan.
 

18 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. bahaya nya skang ni.. dulu Zara ngan husbnd pena jugak mcm ni.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. dah x selamat dah kat mane2 pun..
    kita amalkan doa pelindung tu
    mudah2an dilindungi Allah..

    ReplyDelete
  4. sangat menakutkan ada kawan terkena juga... baru jer lagi kes ni kat The Store, Sungai Buloh....

    ReplyDelete
  5. tu lah sekarang ni, orang semakin berani nak buat kerja2 macam ni. baru2 ni pun kawan saya dah kena.

    ReplyDelete
  6. bukit jalil pun kawasan panas eh..kena lbh berhati2 selepas ni...

    ReplyDelete
  7. elak berhenti di sebelah motor masa di traffic light ... saya samun libresse dan promoted content di hari jumaat .

    ReplyDelete
  8. Semakin membimbangkan. Itu yg kadang org baik pun kadang kakak curiga lagi-lagi bila berhenti sebelah motor di traffic light. Rasa was-was aje..

    Jadikan doa itu sebagai zikir ketika memandu. Boleh dinyanyikan biar tak boring...

    ReplyDelete
  9. salam. sy tak drive..terkecuali dari risiko ni..tapi makin drastik pulak mereka ni ya ..

    btw salam jumaat :)

    ReplyDelete
  10. Mmg kena berhati2 skrng ni.. terutama klu wanita driving sorang2... Semoga kita semua dilindungi.. aamiin..

    ReplyDelete
  11. kalau noe beg laptop ke..handbag ke semua letak belakang..mmg x berani letak depan...kadang2 ramai yg lupa..masih letak handbag kat tempat duduk sebelah pemandu...kat area noe ni plak kes langgar belakang kete...jgn la berhenti...semakin menakutkan..

    ReplyDelete
  12. Mmg seriau..terutama pemndu wanita.. X lupa baca ayat kursi sblm mmndu..

    ReplyDelete
  13. bahaya...perlu lebih berhati-hati

    ReplyDelete
  14. Walau sudah diingatkan tapi masih dibuat juga. Letak barang dikerusi penumpang...saja cari nahas le.

    ReplyDelete
  15. seramnya kalau jd betol2 kt diri sendiri.. kena berhati2 lepas ni.. raudzah jaga diri k

    ReplyDelete

Designed By