Breaking News

Monday, May 12, 2014

Awas Serangan Polio

http://www.aerzteblatt.de/bilder/2013/05/img50726489.jpg
Serangan Polio

Serangan Polio


Info Serius pilihan Blog Santai adalah tentang Amaran Serangan Virus Polio yang bakal menyerang penduduk dunia. Amaran ini telah dikeluarkan oleh pihak pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) buat pertama kalinya pada minggu lepas.

Sebelum ini, pihak WHO tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran mengenai penyakit ini, biarpun usaha untuk menanganinya telah berlaku hampir tiga dekad.  Namun disebabkan bilangan kes polio yang semakain meningkat sejak akhir-akhir ini telah mendorong pihak WHO mengeluarkan amaran tersebut. Mereka percaya tanpa tindakan yang sewajarnya bilangan kes polio mungkin akan meningkat kepada satu jumlah yang menakutkan dalam masa dua tiga bulan akan datang.

Kawasan Serangan Polio

Berikut adalah Malumat Tentang Penyakit Polio


Tanda Awal Serangan Polio


Tanda awal seseorang dijangkiti polio adalah termasuk demam,  keletihan, sakit kepala, muntah, kekejangan di leher dan juga sakit seluruh anggota badan.

Kesan Penyakit Polio


Polio boleh mengakibatkan lumpuh serta ketidakupayaan fizikal dan juga kematian. Penyakit ini juga dikatakan tidak boleh diubati sepenuhnya.

Mangsa Serangan Polio


Biasanya menyerang kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah. Mereka yang melawat ke kawasan yang diserang virus polio adalah berisiko besar.

Jangkitan Polio


1. Polio boleh disebarkan melalui air yang tercemar.
2. Polio boleh tersebar melaui air liur atau ludah si "penderita"

Virus Polio masuk melalui mulut dan hidung, berkembangbiak di dalam kerongkong dan saluran pencernaan, lalu diserap dan disebarkan melalui sistem pembuluh darah.

Mencegah Polio


Polio boleh dicegah melalui imunisasi. 

p/s: So Take care everyone. dah macam-macam virus sekarang ni. yang tak aktif pun dah aktif semula...Jaga diri especially kalau yang selalu travel..

15 comments:

  1. salam. nice info...baru tahu apa it polio

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga virus ni tak menular secara serius ke negara kita cik ta..

      Delete
  2. yup..betul tu mcm2 virus skrg ni kn....moga dijauhkn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena banyak berdoa Wan..

      Delete
    2. betul tu...doa supaya Allah jauhkan virus ni kat kita semua..amin..

      Delete
  3. Urm... sekarang dah polio pulak skrg ea Raudzah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Nurull..macam dah lama tak dengar. Tiba-tiba aktif balik..

      Delete
  4. ya Allah seram pula baca... sekarang penyakit ini pula

    ReplyDelete
  5. perkongsian yg baik.. pentingnya vaksin ni ni untuk mencegah penyakit seperti polio ni. jgn mudah terperdaya dengan dakwaan sesetengah pihak yg kata vaksin ni konspirasi yahudi dsb..

    ReplyDelete
  6. Semoga kita semua dilindungi & dijauhkan dari penyakit ini.. aamiin. mmg merisaukan..

    ReplyDelete
  7. tulah macam-macam virus sekarang ni...mudah-mudahan kita dijauhkan

    ReplyDelete
  8. bahaya..moga kita di lindungi..

    ReplyDelete
  9. Nice info...semoga kita dihindari dari penyakit ni...

    ReplyDelete

Designed By