Breaking News

Monday, May 26, 2014

Di Hina Allah Kerana Seorang Tetamu

Tetamu pembawa rezeki 
Di Hina Allah Kerana Seorang Tetamu

Di Hina Allah Kerana Seorang Tetamu

 
Renungan Pagi pilihan Blog Santai adalah kisah tangisan Sayidina Ali r.a kerana takutkan hinaan Allah kerana seorang tetamu. 

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Sayidina Ali r.a menangis, lalu orang bertanya kepadanya, "Apakah yang menyebabkan engkau menangis?"

Ali r.a lalu menjawab, "Tidak datang kepadaku seorang tamu pun semenjak tujuh hari. Aku takut, Allah telah menghinakan aku sehingga tidak ada seorang tamu pun yang datang rumahku".

Apa yang berlaku kepada Sayidina Ali r.a ini mungkin bertentangan dengan apa yang kita lalui sekarang kerana ramai diantara kita yang seboleh-bolehnya tak nak tetamu datang ke rumah. Alasan yang diberi, rumah adalah tempat privacy. Malas nak memasak, sediakan minuman buat tetamu atau meluangkan masa untuk melayan tetamu. 

Tetamu Penanda Aras Keberkatan Allah


Tanpa kita sedari, amat malang bagi kita jika tidak ada sebarang tetamu yang mengunjungi rumah kita dalam jangkamasa tertentu kerana tetamu itu adalah antara penanda aras keberkatan Allah kepada sipenghuninya. Setiap tetamu yang datang membawa keberkatan dan rezeki. Mereka yang meraikan tetamunya dengan sebaik-baik layanan, Insha Allah rezekinya tidak akan putus. Jadi jika rumah kita sudah lama tidak ada tetamu yang datang, itu mungkin petanda yang tidak bagus kerana ditakuti bala yang akan datang.

22 comments:

  1. Salam Tuan, article bagus dan buat lawatan balas di atas kunjungan tuan ke blog saya http://www.kacamataview.com/ ..
    jemput singgah dan follow

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks MN..In Shaa Allah nanti kita singgah ya..

      Delete
  2. allahuakbar... terima kasih kak atas peringatan ini..

    ReplyDelete
  3. Semoga memberi peringatan kepada kita semua ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup sama-sama kita ingat-mengingati hani..

      Delete
  4. Astagfirullah... t kasih atas perkongsian.. semoga menjadi peringatan bersama semua..

    ReplyDelete
  5. ya Allah.. teruknya diri ini.. seboleh2 x nak org dtg umah :(
    terima kasih byk2 yg berkongsi ilmu ini..
    semoga mendapat ganjaran yg baik disisi Allah..
    terima kasih sgt sgt!!!
    salam israk mikraj

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are most welcome Ain...sama-sam kita belajar dan ingat mengingatikan..

      Delete
  6. Saya ada soalan utk raudzah, kalau "tetamu" yang selalu datang tu salesman ataupun salesgirl patut-patut nak halau ke atau buat tak tahu. Kalau tak nanti, kena tipu pulak dengan barangan yang dijual tu ntah apa-apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm.susah jugak nak jawab tu ya..cuma kalau dalam islam apa yang kita baca even kalau orang kafir yang datang pun kita kena raikan mereka sama seperti orang islam..jadi kita kena anggap dia orang tu pun mencari rezeki sama seperti yang lain..kena layan dan tolak produk-produk mereka tu secara baik lah kan.

      Delete
  7. terima kasih mengingatkan...tetamu memang perlu dilayan dengan baik :)

    ReplyDelete
  8. Tulah... orang tua-tua selalu cakap yang tetamu tu rezeki.kena raikan

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas peringatan raudzah...parents noe dulu selalu cakap...elok kalau ramai tetamu datang umah...murah rezeki...

    ReplyDelete
  10. Tetamu pembawa rezeki dan keberkatan..

    ReplyDelete

Designed By