Breaking News

Sunday, May 25, 2014

DNA Babi: Logo HALAL Bukan Jaminan?

logo halal bukan jaminan 
Logo HALAL Bukan Jaminan? 

DNA Babi: Logo HALAL Bukan Jaminan?


Isu Serius pilihan Blog Santai adalah kisah DNA babi yang kini hebat diperkatakan. Walaupun isu ini bukanlah yang pertama kali diperkatakan tetapi kejadian yang menimpa coklat cadbury amatlah dikesali kerana ianya merupakan antara coklat kegemaran rakyat Malaysia sejak sekian lama. Dan pastinya sudah begitu banyak coklat ini yang telah di makan oleh kita semua dan telah menjadi darah daging kita. Persoalannya sekarang, berapa banyak lagi produk dipasaran yang mengandungi "porcine" tetapi mempunyai logo HALAL. Apakah tiada lagi jaminan produk yang berlogo HALAL adalah HALAL?

DNA Babi Dalam Cadbury

Logo HALAL Di Pertikaikan?


Isu ini adalah isu yang serius dan perlu di tangani secara serius oleh pihak JAKIM kerana banyak komen-komen yang kita baca mempertikaikan kesahihan logo HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM. Jika logo ini tidak lagi boleh dianggap sebagai jaminan, apakah lagi yang boleh kita sandarkan?

Kesahihan maklumat serta pengesahan yang sebenarnya oleh pihak JAKIM amat penting bagi mengelakkan keraguan di kalangan umat Islam. Jakim dan Kementerian Kesihatan perlu membuat kajian menyeluruh terhadap semua produk dan mengisytiharkan produk-produk yang halal atau tidak. Sekurang-kurangnya ianya dapat mengembalikan keyakinan kepada kita semua, pengguna yang berugama Islam. Jangan berkompromi dalam soal HALAL dan HARAM.

16 comments:

  1. isu halal yg makin parah
    mcm mana blh terlepas
    padahal sblm dikeluarkan sijil/ cop halal mesti dah dibuat ujikaji terlbh dahulu
    brand famous..kesilapan yg begitu besar

    ReplyDelete
  2. Sakit hati betul dengan CadBabi ni, (formerly known Cadbury) kalau tak bubuh babi dalam coklat, tak sedap ke coklat tu!

    ReplyDelete
  3. beli jer product tempatan ...

    ReplyDelete
  4. lpas ni kna mkn coklat jenama lain la nmpak nya,, xpa2..mlaysia byk lgi mknn lain..huhu..

    ReplyDelete
  5. JAKIM perlu segera bertindak sebelum kredibiliti mereka dipersoalkan..

    ReplyDelete
  6. salam. hmm memang logo halal tu bukan jaminan..sy setuju :))

    ReplyDelete
  7. selepas sekian banyak kes2 ketembusan dan ketirisan penggunaan logo halal, jujurnya saya beli makanan tak tengok pon logo halal. Tengok nama pengeluar dulu.

    ReplyDelete
  8. Hilang terus keyakinan pada pihak berwajib...

    ReplyDelete
  9. hmmmmmmm... harap di perjelas kan dengan baik

    ReplyDelete
  10. Semoga pada masa depan kita tidak terkena, btw tuan jemput datang ke blog saya http://www.kacamataview.com/

    ReplyDelete
  11. Setuju sangat..logo halal bukan jaminan..

    ReplyDelete
  12. Ada logo halal, tapi tak halal. ntah-ntah banyak lagi produk yang tak halal .

    ReplyDelete
  13. Inilah jadinya bila penguatkuasaan lemah...

    ReplyDelete
  14. logo halal pun banyak yang auta. lagipun macamana JAKIM nak pantau 24 jam. takkan nak letak staf dia kat setiap kilang makan kat Malaysia ni. tul tak...

    ReplyDelete
  15. Hmm... Biasalah yg buat kerja manusia juga kn..

    ReplyDelete

Designed By