Breaking News

Thursday, May 22, 2014

Fakta Menarik Mengenai Panda Gergasi

panda gergasi, Fu Ma dan Feng Yi
Panda Gergasi, Fu Wa  dan Feng Yi  

Panda Gergasi Di Malaysia


Kehadiran dua ekor panda gergasi ke Malaysia mendapat perhatian ramai. Ada yang bersetuju dan ada juga yang membankang. Walau apa pun kita pasti persetujuan negara China untuk meminjamkan Fu Wa  dan Feng Yi kepada Malaysia selama 10 tahun sempena sambutan ulang tahun ke 40 hubungan diplomatik China dan Malaysia pasti ada kebaikannya biarpun ramai yang menganggap ianya satu pembaziran. Jom kita tengok beberapa fakta menarik mengenai panda gergasi.

Fakta Menarik Mengenai Panda Gergasi

Fakta Menarik Mengenai Panda Gergasi


1. Nama Saintifik Panda Gergasi adalah Ailuropada Melanoleuca
2. Panda Gergasi adalah merupakan haiwan mamalia dalam keluarga beruang.
3. Anggaran tinggi panda gergasi dewasa adalah 4 kaki dengan berat sekitar 100 hingga 150 kg.
4. Makanan kesukaan panda gergasi adalah buluh serta daun pucuk tumbuhan
5. Panda gergasi mempunyai jangkahayat selama 14 hingga 30 tahun.
6. Kedua-dua panda gergasi, Fu Ma dan Feng Yi, kini berusia lapan tahun.
7. Panda gergasi dikatakan berasal dari Pergunungan Sichuan, Shanxii dan Gansu Di Chia serta Tibet
8. Panda gergasi telah di klasifikasikan sebagai haiwan terancam sejak tahun 1990. Sehingga kini dikatakan hanya terdapat 1600 ekor panda gergasi diseluruh dunia. Jumlah ini semakin berkurang, hari demi hari.


Komplek Panda Gergasi Di Zoo Negara 
panda gergasi  
Panda Gergasi

Pusat Konversi & Komplek Panda Gergasi


1. Komplek Panda Gergasi terletak di Zoo Negara
2. Mempunyai Keluasan 1.6 hektar
3. Dilengkapi 3 ruang utama dengan suhu 24 darjah celcius (Menyamai habitat asal)
4. Komplek Panda Gergasi dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat senaman, air terjun serta nurseri.
5. Kedua-dua Panda Gergasi ini dipantau melaui CCTV selama 24 jam untuk memastikan keselamatan dan kesihatannya terjaga.
6. Tiket bernilai RM10 untuk kanak-kanak dan RM20 untuk orang dewasa akan dikenakan untuk menyaksikan kedua-dua panda gergasi ini. Komplek panda gergasi akan dibuka kepada orang ramai pada akhir bulan bulan Jun depan.

Hebat juga penangan panda gergasi ni ya..Mesti ada yang lain jealous nanti..he..he

14 comments:

  1. Kita boleh tengok jarak dekat tak nanti..hehehe

    ReplyDelete
  2. Tgk gak kt tv smlm.. Geram je.. Comel sgt.. Hehe

    ReplyDelete
  3. geram nak peluk...bese cpt anak patung dia je yg sama saiz...heee

    ReplyDelete
  4. Fakta xmenarik....habis berjuta RM dana awam utk 2 ekoq tu.

    ReplyDelete
  5. besarnya tempat dia ye..1.6 hektar. ala-ala VIP lah dia dalam tu zoo nanti.

    ReplyDelete
  6. Insha Allah kedatangan panda nie dapat menambah bilangan pengunjung zoo negara dan meningkatkan basil pendapatan zoo negara :))

    ReplyDelete
  7. masuk zoo dah kena bayar..on top of that kena bayar lagi ker???huntung laa panda ni..datang malaysia buat duit..hahahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. makin ramailah yang akan ke zoo nanti sebab nak tengok panda gergasi tu...comel kan

    ReplyDelete
  9. Panda ni kena jaga betul2... klu mati boleh rosak hubungan diplomatik kita dgn China...
    3x vanish.. :D

    ReplyDelete
  10. Great, can go visit Zoo Negara next time!

    ReplyDelete
  11. bertuahnya pasangan panda comel ni..

    (>.<)

    ReplyDelete

Designed By