Breaking News

Saturday, May 17, 2014

Jangan Dengki Ya...

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/t1.0-9/10154889_852711854742836_6447367343574753090_n.jpg
Akibat Dengki

Perasaan Dengki


Renungan Pagi Ahad pilihan Blog Santai adalah kisah dengki. Perasaan dengki terjadi apabila kita tidak gembira jika ada diantara saudara kita yang mendapat sesuatu, sedangkan kita sendiri akan merasa gembira jika kita memperolehinya. 

Perasaan dengki yang ada dalam jiwa kita akan menyebabkan jiwa kita tidak akan tenteram. Kita bukan sahaja dimurkai oleh Allah SWT, malah pemikiran kita juga akan sentiasa bercelaru kerana asyik memikirkan ketidakpuasan hati terhadap orang lain. 

Cara Berhadapan Si Pendengki


Jika kita berhadapan dengan si pendengki, kita ada dua pilihan. Pertamanya kita boleh berdiam diri. Tidak perlu membalas, hanya perlu bersabar. Keduanya, kita juga boleh membalas "kedengkian" itu dengan kebaikan serta mendoakan mereka yang penuh hasad dengki ini agar diberi hidayah oleh Allah. Ini adalah lebih baik.

Sebagai manusia yang tidak sempurna, kita semua pasti ada perasaan hasad dengki di dalam hati. Cuma bezanya banyak atau sedikit banyak atau sedikit, bertindak atau tidak. Jadi kalau kita tidak ingin berhadapan dengan azab merangkak di bawah panas matahari yang terik mencari mereka yang didengki, jangan sesekali melayan perasaan tersebut.  Hindari dan kawal diri kita dari perasaan dengki kerana ianya akan memakan segala kebaikan.

Jaga diri, Hiasi Peribadi & Selamat berhujung minggu untuk semua.

17 comments:

  1. tak mahu dengki, takut azab Allah..

    ReplyDelete
  2. Buatlah dengki.. Hidup pun x tng...

    ReplyDelete
  3. Entah nape la ada orang suka dengki mengdengki nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah..kadang-kadang tu pening jugakkan..

      Delete
  4. tak guna berdengki...tak dapat apa pun

    ReplyDelete
  5. libresse and darlie for tonight :)

    ReplyDelete
  6. Kalau dengki dgn pencapaian blog ini boleh tak....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh aje BM..tapi kalau dengki dengan HH lagi best..he.he..

      Delete
  7. Nauzubillah.. berat dengki ni... jauhkanlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gosok gigi 3x dgn darlie.. gigi bersih harap tiada yg dengki.. :D

      Delete

Designed By