Breaking News

Tuesday, May 27, 2014

Kod E Bukan DNA Babi?

 http://4.bp.blogspot.com/-PNffYOZagjA/TeBYe7QZPuI/AAAAAAAACXw/5MRc6BRqwvg/s1600/butterscotch+bread2.jpg
Kod E Yang Pernah Di Persoalkan

Kod E Bukan DNA Babi?


Rasanya kebanyakan dari kita, memang dah biasa terdengar produk dengan Kod E tidak boleh dimakan kerana ianya mengandungi DNA Babi. Namun kenyataan ini telah disangkal oleh JAKIM. Beliau berkata tidak semua produk makanan yang mempunyai kod atau nombor 'E' mengandungi DNA Babi. Ianya selamat dan boleh digunakan tanpa was-was.

Apa Itu Kod E

 

Kod E ialah kod untuk bahan tambah (aditif) dan selalu diguna pada label makanan di negara Kesatuan Eropah yang merujuk kepada bahan aditif
 

Bahan Aditif mengikut nombor E:


E100 - E199 - Warna
E200 - E299 - Pengawet
E300 - E399 - Oksidan, Fosfat, Antioksida dan Pengawal Asid
E400 - E499 - Pemekat, Pelembap, Penstabil dan Emulsifier
E500 - E599 - Garam, Regulator Asid dan agen penghalang kerak
E600 - E699 - Penambah perisa
E900 - E999 - Pemanis dan bahan-bahan lain
E1000- E1999 - Bahan Kimia Tambahan

 
Bahan-bahan aditif ini boleh bersumberkan tumbuhan, sintetik, mikrob, semula jadi, kimia dan haiwan. Inilah masalahnya kerana apabila melibatkan haiwan, kita semua pastinya tau lemak haiwan mana yang biasa digunakan sebagai pengawet untuk tahan lama serta memberikan kekenyalan yang maksima.

KOD E Di Senarai Dan Di Uji


Menurut JAKIM, syarikat-syarikat yang memohon untuk mendapatkan sijil HALAL perlu mengisytihar kesemua ramuan digunakan termasuk menyertakan dokumen kukuh mengenai status halal aditif yang digunakan dalam produk makanan mereka. Bahan ini akan diuji oleh pihak JAKIM untuk memastikan ianya benar-benar HALAL serta mengikut syariat yang dibenarkan.


Kalau dilihat pada proses untuk mendapatkan sijil HALAL memang sukar. Namun apabila kes-kes seumpama Cadbury berlaku, pasti ramai yang tertanya-tanya megapa DNA BAbi boleh terlepas pandang. Adakah ramuannnya tidak pernah diuji atau tidak diuji secara berkala atau sample-sample yang digunakan tidak menyeluruh?

Pihak JAKIM perlu memberikan penjelasan yang terperinci mengenai pencemaran ini supaya ianya menjadi pengajaran kepada semua.
 

14 comments:

  1. huhu..i'allah kalau kita mkn jgn was2..bila dah timbul was2 yg bahaya tu..

    ReplyDelete
  2. perlu ntuk pguna sntiasa update info2 semasa bab mknn ni.. lagi2 ngan pelbagai isu panas skang ni.. mm

    ReplyDelete
  3. Masak sendiri je lah..Payah betul makanan cam ni adehh..

    ReplyDelete
  4. Jika dah Jakim letak halal, kita yakin...jika mereka tidak melakukan pemeriksaan berkala dan berlaku spt isu Cadbury... Jakim tanggunglah dosanya...

    ReplyDelete
  5. Jakim uji sample lain...yg diguna sample yg lain...x mustahil ianya berlaku...solution jangka panjang...perbanyakkan produk2 yg dikeluarkan sendiri oleh orang2 islam... lactacyd for u :)

    ReplyDelete
  6. So, garam pun tergolong di dalam kod makanan E jugak yer. Hari tu ada yang share kod garam ni pun mengandungi khinzir. Agak-agak la pun kalau nak share. Haha

    ReplyDelete
  7. Jakim adalah badan yg utama di Malaysia ni ttg halal haram kandungan makanan.. sepatutnya lebih mesra rakyat dlm menyampaikan maklumat & lebih ketat penguatkuasaannya kepada sykt2 gergasi bukan dgn iks atau pks semata2....

    ReplyDelete
  8. Susahlah nak makan apa pun sekarang ni...macam mana pulak yang makanan proses dan makanan dari hotel2 tu....lagilah macam2...walaupun platingnya menarik tapi bahan2 nya tak pulak jadi isu...

    ReplyDelete
  9. memang kod E dah menjadi isu sekarang ni...sebab risaukan bab sumber haiwan kan

    ReplyDelete
  10. dah susah dah nak makan atau nak guna produk..rasa was2.. asyik dok belek je sebelum beli..haishh.. takutnyee.. mintak2 la pihak berwajib siasat sampai penghujungnye..

    ReplyDelete
  11. hmm... cara terbaik ialah, teguhkan ibadat dan kuatkan iman.. insha Allah jika iman kuat kita boleh guna gerak hati memilih makanan...

    ReplyDelete
  12. sebenarnya JAKIM harsu pantau dari semasa ke semasa bukan bila timbul sesuatu isu saja. teruklah jika makin ramai yang termakan produk dari khinzir sebab kecuaian pihak yang sepatutnya alert.huhuhu..hanya pendapat kathy saja.

    ReplyDelete
  13. babi ni buat kecoh betul la. sebok nk masuk dlm makanan plak

    ReplyDelete

Designed By