Breaking News

Sunday, May 25, 2014

Marah Itu Di Tujukan Kepada Allah

Marah Allah gara-gaar tembikai 
Marah Allah Kerana Tembikai

Marah Itu Di Tujukan Kepada Allah

 
Renungan Pagi pilihan Blog Santai adalah kisah marah yang ditujukan kepada Allah. Kisah ini seringkali berlaku dalam kehidupan kita tanpa sedar. Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada kita semua.

Suatu hari, seorang ahli sufi yang masyur, Syaqiq Al Balkhi telah membeli sebiji tembikai untuk isterinya. Si isteri begitu gembira menerima buah tembikai tersebut. Malangnya apabila buah tembikai itu dibelah, ia didapati tidak elok. Lalu si isteri marah-marah kerana tidak mendapat buah seperti yang diharapkan.

Ahli sufi bertanya kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marah itu?" Adakah sipenjual, atau pembeli atau penanam atau pun kepada Pencipta buah tembikai tersebut?

"Wahai isteriku, ketahuilah sipenjual itu tentu ingin jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Si pembeli pula tentu ingin membeli yang terbaik. Manakala si penanam, kalau mampu sudah tentu ingin hasil tanamannya yang terbaik.

Kini, nyatalah bahawa marahmu ditujukan kepada si Pencipta buah tembikai tersebut. Maka bertakwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.

Marah Allah kerana Tidak Redha 
Marah Allah Kerana Tak Redha Dengan Ketentuannya

Kesimpulannya jika berlaku sesuatu yang kita tak ingini, cepat-cepat beristighfar kerana kita tau bahawa ianya datang dari Allah. Semuanya telah ditentukan dan kita kena redha.

15 comments:

  1. Kisah dan peringatan yg baik Raudzah..tq

    ReplyDelete
  2. peringatan yg baik..saya singgah lagi....:D pagi!

    ReplyDelete
  3. betul jugak kan..jgn mrah2..nnti cpat tua..hehe..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Raudzah.. entry yang betul2 memberi keinsafan pada Fiza pagi nie.. sambil2 menabung nestum dan lactycyd...

    ReplyDelete
  5. Sebab itu kita kena syukur dengan apa yang kita dapat. Buah tak elok bukan salah pekebun kerana mereka sudah buat sehabis baik bagi memastikan buah mereka dalam keadaan yang baik.

    ReplyDelete
  6. betul tu.. bukan kita tahu yang buah di jual elok ke tak di dalam..sebab luaran nampak cantik..anggap je tak ada rezeki..

    ReplyDelete
  7. belajar cermin diri,kenapa rezeki yang diberi kepada kita tidak dapat dinikmati?Mungkin juga ianya adalah ujian dari Allah atau Allah menyediakan yang lebih baik untuk keredhaan hati kita.

    ReplyDelete
  8. nice sharing..macam kita marah-marah bila hujan turun atau sakit..kan ke tu macam marah pada Allah gak kan? :( Mintak dijauhkan dari sifat sebegitu.

    ReplyDelete
  9. bila kita nak marah, memang kena berhati2 kerana kita sebenarnya seolah nak menolak ketentuan Allah

    ReplyDelete
  10. Astaghfirullahhalazim..mari kita istighfar banyak-banyak..rasanya memang banyak kali situasi begini terjadi..marahkan sesuatu tapi kurang pasti marahkan siapa..apa yang boleh kita buat istighfar..inyaAllah terapi hati..

    Penipuan Email

    ReplyDelete
  11. Istigfar dpt mencegah dari perlakuan dosa.. in shaa Allah. Thanks sharing Raudzah..

    ReplyDelete
  12. setiap yg berlaku pada kita itu adalah ujian ... nestum lagi ...

    ReplyDelete

Designed By