Breaking News

Wednesday, May 21, 2014

Panda Gergasi Selamat Tiba Di Zoo Negara

Panda Gergasi
Selamat Datang Panda Gergasi

Panda Gergasi Selamat Tiba Di Zoo Negara


Info menarik Pilihan Blog Santai adalah kisah Pasangan Panda Gergasi, Fu Wa dan Feng Yi yang telah selamat tiba di Malaysia.  Keduanya tiba melalui Kompleks MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 7.53 pagi tadi dengan pesawat khas MASKargo Airbus 330-200 (MH6462) dari Chengdu, China. Sejurus tiba, pasangan panda Gergasi ini dibawa ke Zoo Negara untuk dikuarantinkan kira-kira sebulan di tempat khas yang telah siap dibina.

 Panda Gergasi
Pasangan Panda Gergasi. Panda jantan, Fu Wa (kiri), dan panda betina, Feng Yi.

Fakta Menarik Mengenai Panda Gergasi


1. Pasangan panda gergasi adalah simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun dia antara Malaysia dan China.
2. Pasangan panda gergasi akan berada di Malaysia selama 10 tahun.
3. Pasangan Panda Gergasi ini merupakan "haiwan" pertama menerima visa MM2H

  Panda Gergasi  
MyKad Panda Gergasi

4. Dengan 'visa' MM2H, pasangan panda gergasi ini layak secara dasarnya untuk "keluar dan masuk" Malaysia tanpa had sepanjang 10 tahun tinggal di Malaysia. hmmm
5. Malaysia perlu membayar sekitar RM3 juta kepada China setiap tahun untuk membela kedua panda gergasi ini.
6. RM25 juta telah dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara. Ianya  melibatkan kawasan khas berkeluasan 1.6 hektar.

 panda gergasi di zoo negara
 Panda Gergasi tarikan Utama Zoo Negara

7. Kos penjagaan pasangan Panda Gergasi dianggarkan sebanyak RM1.5 juta setahun.
8. Sekiranya kedua pasangan panda gergasi membiak, Malaysia perlu membayar China sebanyak RM2 juta dan hanya boleh menyimpan bayi panda gergasi itu untuk tempoh 2 tahun.

Diharap kehadiran pasangan panda gergasi ini dapat memberikan pulangan yang baik kepada Zoo Negara serta dapat mengembalikan zaman kegemilangan zoo negara yang telah berusia 51 tahun.

20 comments:

  1. Binatang ini memang harus terus di pelihara agar tidak punah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ..Panda gergasi adalah antara spesis yang hampir pupus..

      Delete
  2. haiwan pun ada visa macam orang gak ye. hehe

    ReplyDelete
  3. Wah... panda ni pun ada visa jugak...
    Inilah tarikan utama Zoo Negara lepas ni... :)

    ReplyDelete
  4. Kalau "bolehlah" nak tengok 2 ekor panda gergasi ni dari jarak dekat ataupun nak pegang. Bukan apa, entah-entah "orang" sebenarnya pakai baju beruang. Alah, macam cerita Gorilla.
    Sebenarnya Orang, tapi pakai topeng, tak pasal je kena bayar 3 juta setiap tahun.

    ReplyDelete
  5. mahalnya kos penjagaan utk panda2 tuu.....

    ReplyDelete
  6. patut lah mahal dah nak masuk zoo sekrg nie..

    ReplyDelete
  7. bukan main lagi KA tgk sambutan nyer ,...

    ReplyDelete
  8. Patana dan Patinu boleh menetap terus di Malaysia dan membiak .

    ReplyDelete
  9. aduhai.... berjuta2 belanjanya...... kerana panda... manusia yang untung... hahaha :)

    ReplyDelete
  10. owh...ada pasport rupanya...ingatkan panda ini masuk guna pas lawatan sosial..hehehe..menabung libresse sini..

    Regards.
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. Panda ni comel sangat... mesti tak boleh lepaskan peluang! kena pergi zoo tengok panda ni...

    ReplyDelete
  12. banyak kos dibelanjakan tuk panda ni...harap2 ianya mendapat pulangan yg setimpal....dapat anak pun kena bayar...pastu sementara lak tu...2 tahun jer...

    ReplyDelete
  13. Mcm berat je kiraan tu... boleh untung ke huhu...
    Cuci panda dengan vanish.. :D

    ReplyDelete

Designed By