3 Amalan Di Hari Jumaat

3 Amalan Di Hari Jumaat  
3 Amalan Di Hari Jumaat 

3 Amalan Di Hari Jumaat  


Salam Jumaat untuk semua pembaca Blog Santai. Renungan pagi pilihan Blog Santai adalah tiga amalan yang sangat dituntut dihari Jumaat. Amalan yang selalu kita dengar tapi mungkin jarang kita lakukan kerana kesibukan kita.

1. Selawat ke atas Rasulullah S.A.W

Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkan selawat kepada kupada hari itu., kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah S.A.W menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi 9 tidk hancur). (Hadis riwayat Abu Daud, Nasa'i dan ibnu Majah)

2. Membaca Surah Al-kahfi

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

3. Berdoa di waktu mustajab

Daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan". (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Waktu Mustajab Berdoa


1. Ketika imam mula duduk di atas minbar sehingga solat Jumaat. 

2. Selepas waktu Asar berdasarkan hadis Nabi:

 يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر

Erti : Hari Jumaat ada 12 jam yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka carilah ia dihujung waktu selepas solat Asar" (hadis riwayat Abu Daud- hadis sohih)

Semoga Allah memberkati hari Jumaat kita dengan tiga amalan di atas. Amiiin..
 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat