Awas: Virus JE Kini Menyerang


 
Nyamuk Culex Pembawa Virus JE

Virus JE Kini Menyerang


Info serius pilihan
Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua adalah mengenai Virus JE yang kini semakin serius. Mengikut laporan, sebanyak 16 kes jangkitan virus Ensefalitis Jepun (JE) dengan empat kematian telah dikenalpasti sehingga semalam. Mangsa terbaru yang disyaki dijangkiti virus JE ialah seorang murid berusia 12 tahun dari Pulau Pinang.

Hasil siasatan mendapati mangsa terdedah kepada gigitan nyamuk pembawa virus JE semasa menyertai aktiviti perkhemahan di kawasan sekolah, yang terletak berhampiran dengan ladang khinzir, pada 24 hingga 26 April yang lepas.

Apa Itu JE?


JE adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Culex.

Tanda-Tanda Serangan JE


1. Demam
2. Sakit kepala
3. Lemah anggota badan
4. Resah meracau
5. Mengantuk
6. Sawan
7. Lumpuh
8. Tidak sedarkan diri/koma.

Pada peringkat awal, kebanyakan mangsa yang dijangkiti oleh virus ini akan mempamerkan tanda-tanda yang ringan atau mungkin juga, tiada tanda sama sekali. Namun pada peringkat yang lebih teruk, JE boleh menyebabkan kematian. 

Simptom-simptom awal jangkitan virus JE adalah seperti selesema, sakit kepala, demam dan tidak bermaya. Pada tahap yang lebih teruk, mangsa akan mengalami masalah gastrousus seperti muntah serta berasa keliru dan meracau-racau.
 

Bagaimana Virus JE Merebak?


Virus JE membiak di dalam tubuh khinzir. Apabila nyamuk betina Culex menghisap darah khinzir, ia membawa bersama virus JE.  Manusia boleh mendapat jangkitan JE jika digigit oleh nyamuk Culex yang membawa virus.

Tempoh pengeraman iaitu dari jangka masa seseorang itu mulai dijangkiti sehingga gejala-gejala JE muncul mengambil masa di antara empat hingga 16 hari.

Penyakit JE tidak boleh merebak daripada manusia kepada manusia. Misalnya, seseorang itu tidak boleh dijangkiti oleh virus sekiranya ia bersentuhan, bersalam atau mencium pesakit JE.
Hanya nyamuk Culex sahaja boleh meyebarkan virus JE. Ia membiak di tempat takungan air semula jadi yang kotor seperti kolam, lopak air, parit dan sawah padi.

Nyamuk Culex biasanya menggigit pada waktu senja hingga subuh iaitu di antara pukul 6.30 petang hingga 6.30 pagi. Nyamuk Culex lebih gemar menggigit khinzir berbanding manusia.

Langkah Pencegahan JE


Sama seperti Denggi, Virus JE juga boleh dicegah dengan beberapa cara. Antaranya: 

1. Elakkan kawasan takungan air yang boleh menggalakkan pembiakan nyamuk. 
2. Menggunakan ubat lingkaran nyamuk atau ubat nyamuk elektrik
3. Menggunakan baju serta seluar panjang yang bewarna cerah ketika keluar rumah.
4. Mendapatkan suntikan vaksin JE bagi mengelakkan trisiko serangan JE.

So hati-hati semua. Jika ada diantara mereka-mereka yang kita kenali mempunyai simptom demam, sakit kepala, loya dan muntah yang berlarutan segeralah dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan.

Comments

  1. bahaya sakit J.E ni...simptom dia sama macam demam biasa

    ReplyDelete
  2. macam2 sakit sekarang ni, tu yang risau tu... sama2lah kita jaga kesihatan...

    ReplyDelete
  3. ya Allah macam-maca msekarang nie ..risau

    ReplyDelete
  4. dapatkan rawatan segera ke klinik sekiranya ada tanda2 seperti di atas

    ReplyDelete
  5. Nice info... Risau dgn nyamk ni.. Kecik tapi bahaya..

    ReplyDelete
  6. salam. hesy! bahaya ni..kena hati-hati..

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum.. raudz,

    virus JE menyerang balik.. rasanyer tu hari ada mangsa yang kena virus nie...kena hati2. nie

    mselim3

    ReplyDelete
  8. Elok dimusnahkan je ladang Babi ni, dari tahun 2001 dulu dah cakap, tapi tak de apa tindakan pun!

    ReplyDelete
  9. Dulu klu tak silap pernah menyerang kan... mmg bahayalah...
    Promoted content sini.. :)

    ReplyDelete
  10. alamakkk... dia datang lagiii..!! haishhh

    ReplyDelete
  11. Pertama kali dengar virus JE ni. Ingatkan deggi je, JE pun ada.

    ReplyDelete
  12. This is more dangerous than Dengue I guess.

    ReplyDelete
  13. Naudzubillah.. Semoga kita semua dilindungi dari penyakit merbahaya ini.

    ReplyDelete
  14. bahayanyaa..kat area husna nih xde lndang babi, tp slalu jgak lah nmpak diorang tlepas..:(

    ReplyDelete
  15. ada terbaca semalam yg kes kematian tu...ish menakutkan

    ReplyDelete
  16. Semoga kita semua dilindungi...

    ReplyDelete
  17. rumah ni banyak nyamuk...takut je rasa... dah laa antibodi sha tak tahan sangat.... jauhkanlah dari virus ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat