Baling, Daerah Paling Bahagia Di Malaysia

  Bandar Baling
 Baling, Bandar Paling Bahagia

Baling, Daerah Paling Bahagia Di Malaysia


Tahniah penduduk Baling yang muncul daerah paling bahagia di Malaysia. Kajian Indeks Kebahagiaan Negara 2013 menunjukkan kebahagiaan penduduk di Majlis Daerah Baling mencecah hampir 84.62 peratus. 

Bila terbaca berita ni, kita agak terkejut kerana dari apa yang kita baca dan dengar, Baling sangat sinonim dengan perkataan miskin. Jadi apa yang kita bayangkan adalah orang miskin adalah orang yang paling bahagia. Hmmm...
  
Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 di kampung Memali, Baling, Kedah. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai Operasi Angkara/Operasi Hapus.

Namun kita silap, Baling yang satu ketika dahulu sangat popular kerana pernah dikaitkan dengan peristiwa Memali di atas, dan juga kisah pemberontakan pelajar kerana isu kebuluran, kini berdiri megah dengan pelbagai pembangunan. Tahniah sekali lagi kepada semua penduduk Baling dan juga penguasa tempatan yang telah mengubah persepsi masyarakat tentang Baling. Semoga Baling terus membangun.

 Taman Rekreasi Air panas, Baling
 Taman Rekreasi Air Panas, Baling
 Maktab Rendah Sains Mara, Baling
 Maktab Rendah Sains Mara, Baling
 Menara Jam Baling
Menara Jam Baling 
 Kolej Komuniti Baling
Kolej Komuniti Baling

Tiga Daerah Paling Bahagia Di Malaysia


Selain daripada Baling, tiga lagi daerah yang mencatat indeks kebahagiaan yang tinggi adalah  Alor Gajah, Pekan dan Raub. Biarpun kita sendiri tidak pasti apakah kriteria yang digunakan untuk menguji tahap kebahagiaan di atas, tahniah kepada semua.

Comments

  1. saya tak tahu yang baling ada MRSM..nice info :D
    selamat menjalani ibadah berpuasa :D

    http://iolacaviarofficial.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. saya dh pernah smpi ke baling 2 kali... masa kenduri kawen kawan saya.. hmm... macam mana dinilaikan daerah paling bahagia tu kan..tak kisah lah, janji mereka hidup aman damai.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kita pun nak tau jugak kriteria dia...tapi tak apa ..yang penting dia orang hidup bahagiakan..

      Delete
  3. yg penting mereka hidup aman damai..selamat berpuasa RDZ..

    ReplyDelete
  4. Rasanya memang betul... Fiza dah pernah pegi semua daerah nie.. kawasan dia npk tenang..

    ReplyDelete
  5. Wahh.. hidup berbahagia, damai tetangga... 3x smart invest & salam Ramadhan.. :) :)

    ReplyDelete
  6. sokong Fiza... pernah sampai jugak...rasa tenang je masuk daerah sana :)

    ReplyDelete
  7. saya orang baling..dan saya memang bahagia...haha.. ..

    ReplyDelete
  8. wwahhh...klau macam nie esok lepas kawin dududk baling laa..takmo duduk KL..hehehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. Saya orang Baling, syukur jadi anak jati Baling... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah tinggal sebulan kat baling 13 tahun yang lalu.... memang ada aura kat sana. sampai sekarang kalau sebut Baling saya mesti terbayang Baling Yang Nyaman.. sungguh.. dengar jer Baling, saya rasa sejuk jer.. mcm naik cameron

      Delete
  10. husna yg dekat ni pon tak pernah smpai utk pusing2 area baling..huhuhu..

    ReplyDelete
  11. Orang Kl gak tak bahagia sebab hari2 kena layan traffic jam

    ReplyDelete
  12. Sya orng baling jgak...tpi bru tau ada mrsm rupanya...nampak sgat la jarng turun ke pekan baling.he2

    ReplyDelete
  13. Eemmmm...apa ya kriteria yg digunakan??

    ReplyDelete
  14. Asal-usul nama Baling diberi, ialah peristiwa di mana Raja Bersiung, membaling siungnya ke sini.

    ReplyDelete
  15. Aman damai kampung ku...lalala...bunyi org bahagia...
    Jemput datang Baling...tenang kt cni insha Allah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat