Breaking News

Monday, June 2, 2014

Di Soal Allah Kerana Lampu

http://4.bp.blogspot.com/_XEGwAAj-gCI/S_qJYGxPH3I/AAAAAAAAAoE/8QL-cRy4SPE/s1600/lampu_by_gmeboys.jpg 
Di Soal Allah Kerana Lampu

Di Soal Di Ahirat Kerana Lampu


Renungan Pagi pilihan Blog Santai adalah kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang memadamkan lampunya ketika bertemu seorang tetamu kerana tidak mahu dipersoalkan Allah di akhirat kelak.

Alkisahnya pada suatu hari salah seorang keluarga Khalifah Umar bin Abdul Aziz datang menemuinya kerana ada perkara yang amat mustahak. Ketika itu khalifah sedang berada di pejabat. Sebaik sahaja tetamu tersebut masuk, khalifah memadamkan lampu pejabatnya. Maka keduanya pun bercakap dalam gelap. Apabila tetamunya keluar, lampu tersebut dipasang semula.

Mereka yang menyaksikan kejadian itu kebingongan lalu bertanya khalifah megapa beliau memadamkan lampu ketika ada tetamu. Khalifah menjawab, yang datang itu adalah anggota keluargaku dan demi kepentingan keluarga pula. Sedangkan lampu ini milik negara. Jadi aku tidak mahu menggunakan hak negara untuk kepentingan keluarga. Aku tidak mau dipersoalkan Allah di akhirat kelak hanya kerana lampu tersebut.

Agaknya berapa ramai diantara kita yang melakukan perkara yang sama. Jom kita muhasabah diri. Terutama melibatkan barangan office yang bukan hak milik kita. Semoga kita juga tidak akan dipersoalkan di akhirat kelak.

1. Kena Cuba..Tak Ada Alasan
2. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia  
6. Pilihan Terbaik Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Pilih Ni..Kenapa Ya?

Google+   

18 comments:

  1. Nampaknya, banyak benda nanti kena soal di Akhirat, renung-renungkan selamat beramal!

    ReplyDelete
  2. Masya-Allah betapa istiqomahnya beliau
    Memang tak mampu utk kakak melakukan seperti itu dik..

    ReplyDelete
  3. nice sharing..untuk peringatan diri sendiri

    ReplyDelete
  4. subhanallah.. masyaAllah! speechless!

    ReplyDelete
  5. pernh dgr cerita ni.. jujur dan amanah sungguh :'(

    ReplyDelete
  6. sungguh jujur khalifah umar ini kan

    ReplyDelete
  7. Balas kunjungan dari http://www.kacamataview.com/ ,

    Hebat betul sifat kejujuran khalifah umar ini, kan bagus kalo pemimpin kita tidak kira parti jujur macam beliau

    ReplyDelete
  8. Sungguh terkesan dgn kisah ini...kadang kala kita terlupa dan terleka dgn perkara remeh tetapi amat besar kesannya!

    ReplyDelete
  9. pernah dgr cerita ini...terima kasih memperingatkan kembali...:DD

    ReplyDelete
  10. Skrng mmg ramai yg guna bajet kerja utk hal2 peribadi.. semoga menjadi peringatan utk renungan semua. T kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini Raudzah..

    ReplyDelete
  11. Subhanallah.....Banyaknya teladan yg di tunjukkan oleh khalifah kita ....
    Moga ada sekelumit jugak kejujuran pada pemimpin pemimpin kita

    ReplyDelete
  12. Subhanallah.. Kisah yg sungguh menyentuh qalbu...

    ReplyDelete
  13. Subhanallah, terima kasih kerana memberi peringatan ini dan untuk renungan semua agar muhasabah diri dan jujur pada diri sendiri...

    ReplyDelete
  14. mulia sungguh sifatnya...terima kasih sebab share this story kak...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  15. perkara yang ramai orang pandang remeh ...

    ReplyDelete

Designed By