Hikmah Berpuasa

http://i1092.photobucket.com/albums/i408/hafizmd/hikmahramadhan.jpg
Bagaimanakah Keadaan Puasa Kita?

Hikmah Berpuasa


Renungan pagi pilihan Blog Santai adalah tentang hikmah berpuasa di bulan Ramadan. Rasanya ramai yang tau bahawa setiap detik sepanjang bulan Ramadan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini. Ini kerana terdapat banyak hikmah yang telah Allah janjikan kepada umatnya yang berpuasa berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya : “Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pinta syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.

Puasa Menguji Sifat ikhlas


Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dan tuhannya. Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain. Tetapi kerana keihklasan, keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah, maka kita tidak melakukannya. 

Puasa Mendidik Jiwa


Puasa memaksa kita meninggalkan keinginan kita terhadap sesuatu perkara walaupun ianya dihalalkan kepada kita untuk melakukannya sebelum Ramadhan. Ini mendidik kita untuk menjadi lebih tegas dengan perkara-perkara yang diharamkan di luar bulan Ramadhan.

Puasa Menjadikan Kita Sabar


Puasa melatih kita supaya bersabar dalam berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang Ramadan. Puasa menyebabkan kita terpaksa memelihara perut, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Ianya memerlukan kesabaran dan keimanan. Sifat sabar ini amat penting untuk kita berhadapan dengan segala kemungkinan dalam kehidupan.

Puasa Membuka Hijab Dengan Allah


Ibadah puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadan berupaya membersihkan roh dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara seorang hamba dengan Tuhannya.

Puasa Adalah kejayaan sebenar


Puasa mengajar kita erti kejayaan yang sebenar. Orang yang berpuasa akan memperoleh dua kejayaan, pertama ketika berbuka dan kedua ketika menemui tuhannya.

Puasa Menyihatkan Tubuh Badan


Kajian mengesahkan puasa boleh menyihatkan badan serta menyembuhkan pelbagai penyakit yang tidak boleh dipulihkan oleh mana-mana ubat.

Comments

  1. salam ramadhan.nice sharing

    ReplyDelete
  2. banyak hikmah berpuasa yang kita kurang ambil tahu..thanks untuk peringatan nie raudzah..

    ReplyDelete
  3. ramadhan bulan pesta ibadah sebenar. jom lumba2 kita rebut.
    selamat menjalani ibadah puasa :)

    ReplyDelete
  4. Slmt mnjalani ibadah puasa kak raudzah!

    ReplyDelete
  5. Insyaallah...jom kita puasa,sape tak puasa rugikan

    ReplyDelete
  6. as salam ya ramadan untuk sis

    ReplyDelete
  7. Ye, sepatutnya puasa memberi lebih kesihatan kepada kita.

    ReplyDelete
  8. *Puasa mengajar kita sabar*... alhamdulillah... Sha kurang maki sepanjang bulan puasa ni... Sha banyak diamkan diri je.... :) heeee ~

    ReplyDelete
  9. Setiap perintah Allah ada kebaikannya utk kita...

    ReplyDelete
  10. Puasa mmg bnyk hikmah kebaikannya malah diakui oleh pakar perubatan diseluruh dunia... cuma mereka shj ada yg cuba menyembunyikan kebenarannya...

    ReplyDelete
  11. bulan untuk perbanyakkan ibadat...selamat berpuasa raudzah

    ReplyDelete
  12. Bulan yg mulia..semoga dpt dimanafaatkan dgn penuh kabaikan..in shaa Allah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat