Breaking News

Thursday, June 5, 2014

Hutang Penghalang Masuk Syurga

 http://1.bp.blogspot.com/-oFvqcRDyTUs/T6xlsE-SPII/AAAAAAAAAOk/92ppYkvzmCs/s320/hutang.png 
Hutang Penghalang Masuk Syurga

Hutang Penghalang Masuk Syurga


Renungan Pagi Jumaat pilihan Blog Santai adalah kisah Hutang yang menjadi penghalang masuk syurga.

Dalam kehidupan kita, hutang sudah menjadi satu keperluan. Tanpa hutang kita mungkin tidak akan memiliki sebuah rumah atau sebuah kereta. Tidak dinafikan berhutang adalah diharuskan dalam Islam bagi mereka yang memerlukan dan berhajat kepadanya, namun dalam masa yang sama perlu juga kita tahu bahawa Islam sesekali tidak menggalakkan kita berhutang secara berlebihan kerana ditakuti ianya menjadi penghalang kepada kita untuk memasuki syurga.

Nabi Muhammad S.A.W berpesan bahawa hutang tersebut akan dituntut di akhirat nanti. Oleh kerana wang sudah tidak berguna lagi di akhirat, maka kebaikan orang yang berhutang akan diambil bagi tujuan melunaskan hutangnya. 

 Hutang Penghalang Masuk Syurga (Klik Untuk Besarkan image)

Pernah suatu ketika, Rasulullah S.A.W duduk bersama para sahabat Baginda di tempat satu jenazah. Baginda kemudian mendongak atau mengangkat kepala Baginda ke langit kemudian meletakkan tapak tangan Baginda di atas dahi Baginda dan berkata: “Maha Suci Allah yang telah menurunkan suatu yang sangat dahsyat.’’ 

Pada keesokan harinya seorang sahabat telah bertanya kepada Baginda: Wahai Rasulullah apakah yang sangat dahsyat yang telah turun itu? Baginda bersabda yang bermaksud: 

“(Yang turun dahsyat itu) ialah mengenai hutang maka demi diri Muhammad di tangan-Nya (Allah Subhanahu Wataala), kalaulah seorang itu mati di dalam perang Sabilillah kemudian dihidupkan semula kemudian mati lagi dalam perang Sabilillah, kemudian dihidupkan semula akan tetapi ia ada mempunyai hutang yang belum dibayar maka ia tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga sehinggalah hutangnya itu dibayarkan atau diselesaikan.’’ (Riwayat Al-Imam Ahmad).

1. Kena Cuba..Tak Ada Alasan
2. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia  
6. Pilihan Terbaik Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Pilih Ni..Kenapa Ya?

Google+ 

12 comments:

  1. Nice sharing.... kalau boleh elaklah dari berhutang....

    ReplyDelete
  2. sekarang nak beli rumah nak beli kereta semua kena berhutang..apapun hutang memang perlu dilunaskan.

    ReplyDelete
  3. kalau boleh elakkan sama sekali tu..dan bila dah berhutang usahakan untuk membayarnya!

    Jom Baca Entri Terkini Saya

    ReplyDelete
  4. hutang pada zaman sekarang mmg tak dapat nak dielakkan. tapi sebaiknya berhutang ikut pd kemampuan

    ReplyDelete
  5. Peringatan yg baik Raudzah.. salam Jumaat hari yg berkat... subhanallah...
    3x nestum.. :)

    ReplyDelete
  6. Allah risau jugak kalau ada hutang tp tlupa..:(

    ReplyDelete

Designed By