Ibu Budak OKU Mengaku Tidak Bersalah

Ibu Budak OKU Mengaku Tidak Bersalah
 Ibu Budak OKU Mengaku Tidak Berslah

Ibu Budak OKU Mengaku Tidak Bersalah


Ibu budak OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai baru-baru, telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban semalam. Lolanopita Sadi, 40, yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah didakwa atas dua pertuduhan, iaitu mengabai dan meninggalkan anaknya tanpa pengawasan. Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan.

Walau apa jua keputusan kes ini nanti, kita harap kes ini bakal menyedarkan ramai pihak diluar sana, bukan hanya ibu Firdaus, bahawa kesibukan dunia tidak akan pernah terhenti. Jika kita terlalu mengejar dunia, tanggungjawab kita kepada Allah, diri sendiri dan juga keluarga pasti akan terabai.

Wanita OKU Di kurung dalam bilik gelap 
Wanita OKU Ditemui Dikurung Di Sebuah Bilik 

Wanita OKU Ditemui Dikurung Di Sebuah Bilik 


Selain daripada kes Firdaus, ada satu lagi kes wanita OKU yang ditemui dikurung disebuah bilik yang kecil dan gelap di Tumpat kelantan. Ketika ditemui polis dan Jabatan Kebajikan Daerah, pada khamis yang lepas, mangsa yang dikenali sebagai Nazitah turut berada didalam keadaan terbiar dipenuhi dengan najis dan air kencing. Namun Nazitah yang mengalami down syndrom  masih bernasib baik. Walaupun telah di kurung sejak 10 tahun yang lalu, pakaian beliau masih sempurna walaupun fizikalnya nampak tidak terurus. 



Alhamdulillah kita tak diuji Allah dengan kes-kes yang sebegini. Namun sebagai manusia, pastinya ada hikmah apabila Allah menguji mereka-mereka dengan kehadiran OKU dalam keluarga. Sekiranya mereka mampu untuk mengambil tanggungjawab ini dengan baik, pasti balasan yang baik menanti mereka. Namun jika tidak mampu untuk mengambil tanggungjawab tersebut, pastikan mereka dihantar ke tempat yang sepatutnya. Jangan tambahkan penderitaan mereka kerana mereka juga berhak untuk hidup bahagia..

Semoga kedatangan Ramadhan ini memberikan sinar baru untuk kita semua. Yang baik jadikan teladan dan yang buruk harus kita jauhkan. 

Comments

  1. kesian mereka semua..moga nasib mreka trus dibela...Aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Wan. Walau kurang sempurna mereka juga berhak hidup bahagia..

      Delete
  2. semoga semua akan selesai dengan cara adil

    ReplyDelete
  3. promote contest dua kali ;)

    ReplyDelete
  4. semoga nasib adik Firdaus terbela..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah berkat doa semua orang cik Tim..

      Delete
  5. ada iktibar akan pertemuaan adik firdaus..
    smakin terbela nasib golongan sbegini :)

    ReplyDelete
  6. On th bright side, moga lepas ni nasib para OKU akan terbela dan kesedaran masyarakat akan bertambah. Diorang pun manusia, ada hak di bumi Allah ni.

    ReplyDelete
  7. Moga Allah sentiasa lindungi adik Firdaus...
    Selamat menjalani ibadah puasa Raudzah

    ReplyDelete
  8. kemabali keasal pulak template

    ReplyDelete
  9. Semoga selepas ini tiada lagi insan2 OKU yang diperlakukan sebegini lagi...

    ReplyDelete
  10. Mungkin ada lagi mangsa2 yang terabai begini yang kita tak ketahui....

    Semoga di hari baik dan di bulan yang
    baik ini terbukalah hati2 mereka yang melakukan kezaliman begini untuk sedar dan insaf kembali...

    Salam Ramadhan Al Mubarak...

    ReplyDelete
  11. sedihnya.. byk pulak kes kena kurung ni. semoga mereka dilindungi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah.. Lepas satu, satu lagi kes.
      Apa nak jadi dengan manusia sekarang? Darah daging sendiri pun diperlakukan sedemikian rupa :(
      Wallahua'lam.

      Delete
  12. Sedih sangat, sebenarnya ramai lagi yang tidak bernasib baik... harap sangat pihak berwajib menyiasat kes seperti ini secara lebih mendalam... mereka juga layak hidup bebas.... :(

    ReplyDelete
  13. Astagfirullah... ada org yg masuk penjara yg diberi layanan kemanusiaan pun boleh jadi tak betul disebabkan tekanan jiwa. Ini kan pula dikurung mcm ni... 10 tahun bukan sekejap.. kesiannya...

    ReplyDelete
  14. susah nak judge bila ada kes kes macam nie...secara mudah kita boleh salahkan ibunya..tapi kita tak merasa apa yang ibunya rasa...semoga kita dihindri daripada masalah macam ini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  15. Semoga kes2 ini dpt membuka mata kita semua..supaya lebih perihatin terhadap OKU..

    ReplyDelete
  16. mereka dah tentu-tentunya di tempatkan di jannah,
    org yg tak ada hati dan perasaan jer yg sanggup kurung diaorg nie..
    biar mereka dpt hukuman dunia dgn segera..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat